Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, November 29, 2009

Si Bulat

Ni siapa? Ni adeq sepupu aku. Nama dia sama dengan nama aku, Nur Ain. Hehehe... Pakcik aku cakap, nak ambik berkat kot. Hehehe... Entah kenapa, aku sangat sayang kan si bulat nie. Kenapa aku panggil bulat? Sebabnya masa kecik2 dia ni agak tembam. Dan memang perangai aku tak suka nak panggil nama sendiri. Hehehe.. So sampai bila2 aku tetap akan panggil dia bulat.

Dia ni manja tau. Sangat manja. Dan sangat disayangi mak aku. Hehehe.... Si bulat ni tak reti nak menangis atau buat perangai. Mungkin sebab tu mak aku suka kot. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Pertama Kali Korban

Okay. Sebelum apa2, aku tahu aku dah lambat nak update semua gambar2 ni kan? Hehehe... Aku nak cerita pasal Hari Raya Aidiladha yang baru je lepas *baru ke??? >.<*. Jumaat lepas kita semua menyambut hari raya korban kan? Satu hari yang bermakna juga dalam keluarga aku di mana abg aku menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 24. Sebelum apa2, happy birthday my big bro *dia tak baca pun*.

Sempena birthday abg aku, dia buat hajat nak korban seekor kambing masa hari raya tu. Belum tentu akan jumpa tarikh yang sama selepas ini. Nak cerita, pagi raya aku bangun awal, tapi disebabkan hari panas nak gila, aku malas nak mandi. So, aku lepak dalam rumah, tengok tv. Hehehe..

Lepas je sembahyang raya, tuan punya kambing hantar kambing kat rumah pakcik aku. Yupe, korban dilakukan di hadapan rumah ye kawan2 semua. So, aku dapat lihat secara live. Heheh... Tapi, masya-Allah bau kambing tu punyalah busuk. Memang aku tak tahan langsung nak bau. Aku tak dapat nak snap gambar orang sembelih kambing tu, tapi gambar2 lain adalah jugak. Hehehe... Enjoy je la gambar2 kat bawah ni yea.

Ni turutan gambar semasa kambing ditambat sehinggalah disembelih.

Kambing digantung untuk memudahkan kerja2 melapah daging untuk diagihkan kepada orang2 kampung. Pakcik aku yang tolong agihkan. Kalau tak silap aku, ada dekat 23buah rumah yang berjaya diagihkan. Kambing yang abg aku buat korban tu agak besar dan berbaloi dengan harga yang abg aku bayar.

Ni pulak sesi membuang bulu2 kambing sebelum dagingnya dilapah.

Sesi melapah daging bermula. Jangan tanya macam mana, sebab aku langsung tak tengok. Tak tahan dengan bau dan tahap kegelian aku yang agak tinggi. Hehehe...

Seperti yang korang tahu, kitorang tak boleh nak makan daging yang dibuat korban kan? So tengah hari tu, kitorang 2family makan sambal tumis udang dan kari ikan bawal. Huhu.. Kalau korang nak tahu, tiap kali aku pergi rumah pakcik aku yang ni, mesti lauk adalah lauk seafood.

Malam tu before kitorang balik KL, kitorang makan ikan pari bakar. Pergh... Memang sedap. First time aku makan ikan pari. Terus tertarik dengan rasanya. Hehehe... Sedap2..

notatanganmengarang: aku edit gambar2 nie menggunakan photoshop dan photoscape..malas nak fikir nak susun macam mana..sorry kalau gambar tak berapa nak clear...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, November 24, 2009

Movie Review: Astro Boy

Tadi lepak dengan abg lan, adeq n krol kat gsc pavilion. Macam dah takda tempat lain je nak lepak kan? Hehehe... Itu je tempat yang aku seronok nak lepak. Huhu...

Tadi ingat nak tengok 2012. Yalah, semalam kan aku dah lari plan. Tapi tadi pun sama gak. Hahaha... Mana tak lari, kalau waktu aku sampai tayangan dah mula. Nak tunggu abg lan settle kan pasal 3D nak masuk. Then kitorang pergi makan. So, tak sempat nak tengok 2012. Bila tengok balik tayangan yang ada, aku ambil keputusan nak tengok Astroboy.

Cerita dimulakan dengan kematian anak saintis yang juga merupakan ketua Kementerian Sains di Metro City, Toby yang tidak dapat diterima oleh ayahnya, Tenma. Malah Tenma telah mereka sebuah robot yang mempunyai kenangan dan memori Toby semasa hidupnya. Namun, akhirnya 'Toby' dibuang. Namun, kehidupan 'Toby' tidak aman kerana diganggu oleh anasir jahat kerana inginkan Blue Core yang menjadi nyawa kepada 'Toby'. Nak tahu details, click here.

Pada pandangan aku, Astro Boy akan lebih menarik kalau suara dia dalam bahasa Jepun. Akan lebih menarik. Yalah, Astro Boy sendiri asal dari Jepun. Kualiti gambar dan suara tidak dinafikan menarik. Plot untuk Astro Boy tidaklah begitu berat untuk difahami. Tapi antara semua, ada satu je yang aku tak faham. Dari mana dan siapa budak2 yang ada dekat Surface. Kalau tengok jarak antara Surface dengan Metro City, memang tidak logik budak2 tu semua boleh berada di situ, apatah lagi Surface merupakan tempat pembuangan robot2 lama yang tidak boleh digunakan lagi. Dari 5bintang, aku bagi 4bintang. Secara overall, Astro Boy sangat menarik untuk ditonton.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, November 23, 2009

Movie Review

Okay. Ni aku nak cerita pasal aku keluar siang tadi. Sepatutnya aku tengok 2012. Adeq aku n sepupu aku tengok senario. Tapi, sepupu aku ni tak nak ikut adeq aku. So, aku kena join sekali la tengok senario.

Lawak diorang macam biasa lah. Boleh diterima pakai. Lawak memang lawak. Enjoy la tengok cerita ni. Sepatutnya aku jumpa dengan abg angkat aku n geng2 aku kat gsc. Tapi boleh pulak semuanya cuti. So, besok aku g jumpa diorang. And of course aku nak tengok wayang lagi. Huhu... 2012, wait for me.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, November 22, 2009

Makanan Adalah Segalanya

Aku nak cakap pasal makanan boleh? Hahaha...

Kelmarin, bertolak dari uum aku singgah tidur kat rumah makcik aku dekat kuala kurau, perak. Makcik aku ni memang pandai masak. Entah kenapa, aku cakap dengan mama, hari tu nak makan pisang goreng tak dapat sebab takda yang bergoreng lagi. So aku dah kempunan kat situ. Huhu... Cakap dengan mama, suddenly mama aku cakap suruh makcik aku masak. On the way ke rumah makcik aku, mama beli la pisang. Tapi tak dapat pisang nak goreng. Dapat pisang nak buat cokodok je. Tapi aku paksa gak mama cari pisang nak buat goreng. Huhu... At last, aku dapat gak pisang tu. Hehehe...

Sampai kat rumah makcik aku, aku suruh la makcik aku gorengkan pisang tu. Ye ye.. Dapat jugak aku pisang goreng yang sangat panas. Then aku cakap kat makcik aku, nanti balik raya ak nak makan laksa. Dia kata nanti dia masakkan. Yes!! Aku sangat seronok. Huhu...

Malam tu, makan pun sedap gak. Hehehe... Sambal tumis udang dan lemak ketam. Huhu... Sangat lah sedap. Udang pulak dapat udang harimau and udang lipan yang besar2. Sangatlah puas makan. Huhu...

Semalam makan tengahari kari ikan puyu. Tapi aku tak makan banyak. Sebabnya aku leka menyuapkan adik sepupu aku yang paling bongsu tu makan. Sangat seronok. Sampaikan aku pun boleh kenyang tau. Huhu... Masa makan malam semalam, mama masak sambal tumis udang lagi. Hehehe...

Pakcik aku kerja dengan tekong ke laut. So, kalau ada lebihan, dia akan bawak balik simpan kat rumah. Memang aku seronok sebab kalau pergi rumah dia, mesti dapat makan seafood free. Hehehe... Kalau kat luar nak beli punya lah mahal. Huhu...

Yang pastinya, 2,3hari ni, aku dapat makan yang sedap2 dan murah. Hehehe... Sangat memuaskan hati aku. Huhu... Raya haji nanti aku balik lagi kampung. Rumah makcik aku yang sama. Hehehe... Dia akan masakkan aku laksa. Then hari raya ada kuah kacang, nasi himpit. Aduh... Makin bertambah2 la badan aku naik. Hahaha...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Home Sweet Home

Okay. Aku selamat sampai di rumah jam 8 malam tadi. Bertolak dari perak pukul 2. Yang menyebabkan aku lambat sampai rumah adalah kerana kegagalan signal kereta berfungsi sewaktu ingin mengisi minyak di pekan rawang. Macam mana boleh jadi pun aku tak tahu. Huhu...

Ayah aku lupa nak isi minyak masa kat highway, sebabnya semalam dah isi masa pergi jumpa tok ngah aku. Then suddenly, sampai kat rawang, baru sedar. Masuk la pekan rawang, sebab kalau nak tunggu sampai tol duta, ayah aku kata tak sempat. Masa nak bagi signal nak masuk stesen minyak, bru sedar signal tak boleh pakai. Buang masa betul.

Pergi satu bengkel baiki kereta. Macam2 dia cakap. Bateri tak cas, wiring masalah kena bawak kedai aksesori la, minyak takda la. Aku dah rasa macam, *ko apahal? tak reti baiki kereta ke?*. Yalah, tak logik la sebab aku rasa tu semua takda kaitan. Hahaha...

Then, selang sebuah dari bengkel tu ada satu lagi bengkel baiki kereta. Aku tengok abg tu check kereta, dalam hati aku cakap *abg ni mesti ada sijil*. Kenapa? Sebab dia specialist untuk kereta Fiat. Not just that tau, aku tengok kat banner dia, most of the car yang dia specialist, semuanya brand kereta yang mahal2. Merc, BMW, Audi, macam2 la. So, okay la kan. Boleh la percaya.

Dia check memang teratur. Then, dia kata ada barang rosak. Some sort of relay signal kot. Entah la, aku tak berapa pasti pulak. Benda tu electronic device. So, nak tak nak kena tukar la. Huhu... Itu lah kisahnya hari ni. Disebabkan itu, aku sampai rumah lambat. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, November 19, 2009

Hanya Dia

Kenapa dia terlalu baik untuk aku? Apakah aku tidak pernah rasa bersyukur adanya dia menceriakan hidup aku? Kenapa aku selalu buat dia marah? Sedangkan dia tidak pernah memarahi aku? Segalanya dia pendamkan. Seolah2 aku tidak pernah melakukan kesalahan.

Mampukah aku teruskan segalanya tanpa dia di sisi? Mampukah aku teruskan perjalanan ini tanpa sokongan dari dirinya? Kenapa kali ini aku benar2 tewas di tangan seorang lelaki? Kenapa kali ini aku benar2 tidak mampu menipu diri aku dengan mencari insan lain? Mengapa dia terlalu istimewa dalam hidup aku?

Aku masih punya kawan sebagai teman jika dia meninggalkan aku. Tapi mampukah aku berasa ceria seperti sekarang? Betapa dia membuatkan aku tersenyum dengan kata2 manjanya. Betapa dia membuatkan aku tertawa dengan sikapnya yang menarik perhatian aku. Betapa dia membuatkan aku berduka saat aku merindui dirinya.

Ya, aku pernah bercinta. Aku pernah rasa bahagia. Namun, kebahagiaan yang aku rasakan dengan dirinya, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata2. Rindu aku, kasih aku, sayang aku, cinta aku, jiwa aku, hati aku, semua adalah miliknya. Biarpun aku terpisah jarak dan waktu, dia tetap dalam hati aku. Tetap menjadi yang teristimewa dalam diri aku.

Siapa dia? Insan yang bertakhta di hati aku, insan yang sering membuat aku menangis, tersenyum dan tertawa. Hanya dia, [Abg Syg].

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, November 18, 2009

Hidup Kosong

Rasanya sangan lama aku tak post apa2 cerita baru kan? Maaflah, tapi aku baru sahaja menamatkan final exam aku untuk semester ini. Huhu... Sangat lah tak tahu nak cakap apa. Hehehe...

Life aku akan jadi macam biasa selepas ini. Jumaat ni aku balik KL. Bermakna aku akan kembali bekerja. Huhu.. Kadang2 kesian jugak. Ye lah, kalau aku kerja, siapa yang nak tolong mama kat rumah. Tapi, kalau aku tak kerja, mana aku nak cari duit. Huhu... Takpa2 nanti aku akan tolong mama sikit2. Hehehe...

Hurm... Aku mungkin tak jumpa abg sebelum balik bercuti. Yelah, aku bz kot. Barang tak packing apa pun. Hehehehe... Sangat tak boleh blah. Huhu...

KL sabar yea. Akan aku jejak kaki pada hari Jumaat atau Sabtu nanti.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, November 13, 2009

Selamat Ulang Tahun Buat Yang Teristimewa

Ini entry sticky mode. Entry terbaru ada di bawah. Itupun kalau ada. Huhu... Sebelum apa2, kalau korang rasa korang meluat nak baca entry aku yang jiwang, korang leh abaikan entry ni. Entry ni khas buat abg.

13 November 2009.
Tarikh hari ni. Tak sangka aku, hari ni genap 2tahun hubungan aku dengan abg. Aku sendiri tak sangka yang aku akan betahan lama macam ni dengan abg. Hubungan yang aku rasakan tidak mungkin dapat bertahan, bertahan jua sehingga 2tahun.

Buat insan yang teristimewa,
Terima kasih kerana sudi menyayangi lynn dan menerima lynn seadanya.
Terima kasih kerana sudi menghadiahkan lynn memori dan kenangan yang tidak akan lynn lupakan.
Terima kasih kerana sudi menjadi perkara terindah dalam hidup lynn.

Abg,
Lynn tak pernah menjangkakan hubungan kita akan bertahan selama ini. Biarpun terlalu banyak kesalahan yang lynn lakukan, tetapi abg masih sudi memaafkan dan menyayangi lynn. Maafkan lynn kerana selalu menyakiti hati abg. Sesungguhnya lynn tak pernah terniat untuk melakukan tiap kesalahan yang lynn lakukan pada abg. Penyesalan yang hadir selepas kesalahan itu sampai pada pendengaran abg dan kesudian abg memaafkan lynn, membuatkan lynn menangis kebodohan lynn sendiri. Betapa lynn mengabaikan kasih sayang yang abg berikan.

Abg,
Perhatian, layanan yang abg berikan pada lynn, biarpun tak dapat memuaskan hati lynn, mencabar kepercayaan lynn pada abg. Tetapi abg masih tetap di sisi lynn, mempercayai lynn, menyayangi lynn. Betapa lynn bodoh untuk menilai semua tu. Hanya keseronokan yang menjadi perhatian lynn. Sehinggakan abg bersedih dengan sikap lynn. Betapa lynn bodoh mempermainkan kasih sayang abg.

Abg,
Hubungan yang wujud antara kita, sering membuatkan lynn menangis. Tangisan yang sering kali hadir bila lynn merindui abg. Biarpun kita dekat, komitmen membuatkan kita terlalu jauh. Hinggakan wujud satu perasaan kecil di hati lynn apakah lynn tiada tempat di hati abg. Namun, abg masih setia menyayangi lynn. Masih setia merindui lynn. Betapa lynn buta untuk menilai segalanya.

Abg,
Biarpun kita berjauhan, tapi abg tetap di hati lynn. Abg adalah insan yang selalu membuatkan wajah suram ini tersenyum, tertawa riang. Tingkah laku abg, senyuman abg, membuatkan lynn rasa disayangi. Tidak pernah sekali lynn terfikir yang lynn boleh bahagia bersama abg. Lynn rasa bahagia, rasa disayangi bila di sisi abg.

Abg,
Benarkan lynn terus merindui abg.
Benarkan lynn terus menyayangi abg.
Benarkan lynn terus mencintai abg.
Benarkan lynn terus menanti abg.
Benarkan lynn terus berada di sisi abg bila abg memerlukan.
Andai satu hari nanti, lynn terluka dan lynn berduka, ubatilah kelukaan dan kedukaan lynn dengan senyuman dan rasa kasih sayang abg pada lynn. Tidak banyak lynn minta dari abg, sekadar secebis rasa kasih, rasa sayang, dan perhatian dari abg.

Abg,
Happy anniversary ke2. Biarpun pada abg, tarikh 13 November hanya satu tarikh yang tidak mempunyai makna, bagi lynn tarikh ini cukup membuatkan lynn tersenyum dan terus tersenyum tiap kali terkenangkan abg. Terima kasih kerana terus berada di sisi lynn. Lynn akan terus sayangkan abg. Lynn takkan lupakan kenangan kita. Abg perkara terindah yang pernah lynn alami.

Yang tulus menyayangi dan mencintai,
Lynn

Sunday, November 08, 2009

Selamat Ulang Tahun Buat 'Cahaya Mata'

20tahun yang lalu, dunia menerima seorang lagi khalifah di atasnya. Kelahiran seorang puteri dalam keluargnya, memberikan kegembiraan kepada mereka. Cahaya mata, itulah maksud nama yang dipilih, memberikan seribu pengertian kepada dirinya.

20tahun telah berlalu, dia masih seperti dulu. Keriangan yang ditunjukkan, tidak dibuat2. Senyuman yang terukir sentiasa di wajahnya, memberikan ketenangan di pihak yang lain.

Tanggal 8 November 2009, genaplah dia berumur 20tahun. Seorang gadis yang riang dengan tawa dan keletah manjanya, sering menjadi penawar kepada sahabatnya. Seorang gadis yang sentiasa menjadi dirinya, itulah dia Nur'Ain binti Zulkefli.

Dalam dunia maya, dia lebih dikenali sebagai Little Ain Zulkefli. Mungkin sudah ada yang mengenali dirinya, mungkin juga yang belum.

Ice mocholatte, merupakan tempat luahan perasaan jika dia tidak mampu bercerita. Di situ jugalah dia coretkan jiwanya yang bercelaru. Namun, ain tetap ain. Dia tidak mungkin akan menjadi orang lain. Kerana dia sentiasa menjadi dirinya.

Buat Nur'Ain Zulkefli, selamat ulang tahun kelahiran yang ke20. Semoga tahun ini memberikan seribu kenangan dan pengajaran buat dirimu. Di doakan semoga perjalanan hidupmu dipermudahkan, dipanjangkan umur untuk menuntut ilmu, dan dimurahkan rezekimu.

Tidak ada hadiah yang mahal mampu aku berikan sebagai tanda aku mengingati tarikh 8 November, namun cukup sekadar kasih dan sayang sebagai seorang kawan dan kakak *aku lahir bulan 4 okay* yang mampu aku berikan selain dari long lasting friendship.

Ingatlah pesan pujangga wahai adikku,

Sekali kita berkawan,
Selamanya kita akan menjadi sahabat,
Biarpun tidak terucap betapa aku menyayangimu sahabat,
Ingatlah bahawa dirimu sentiasa dalam ingatan.

Kasih dan sayang tidak perlu diungkapkan,
Cukup jika engkau mengetahui,
Betapa aku sayang akan dirimu,
Seorang adik,
Seorang sahabat,
Juga seorang teman.

Jika mereka meninggalkan dirimu,
Aku masih setia menemanimu meneruskan perjuangan,
Jika mereka membenci dirimu,
Aku masih setia menyayangimu sehingga akhirnya,
Namun aku bukanlah kesatria terhebat,
Hanya seorang teman,
Hanya seorang rakan,
Hanya insan yang bergelar sahabat.

notapengarang: ain, sorry..gambar semua rembat dari fb ko..hehehe...jangan marah..nanti dah tak comel..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, November 03, 2009

Makan Dan Jejak Kasih

Baru balik dari Mak Pah Cafe @ lebih dikenali sebagai kedai bumbung biru. Di mana? Hehehe... Di Arau, berdepan dengan KMP. Yupe, aku dan rumate sekali lagi membuat satu kerja gila di mana kami keluar pada pukul 830 malam. Perjalan ke arau takda masalah pun. Alhamdulillah. Biarpun jalan ke sana tak banyak lampu jalan, cahaya bulan cukup terang menyinari. Hehehe...

Ajak khalilah jumpa sekali. Tak lama lepas tu, dia datang. Huhu.. Sangat seronok berjumpa dengan teman lama. Huhu.. Gambar ada, tapi kena edit dulu. Baru cantik. Nanti aku post ek.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, November 02, 2009

Beban Berkurangan

Dah lepas satu beban. Beban ke? Lebih rasa macam bom kot. Huhu...

Tadi paper MA 2. Management accounting pada siapa2 yang tak tahu MA tu apa. Soalan susah tahap cipan. Macam jawab soalan paper professional je. Taku sangat. Next paper, FM 2. Financial management. Satu lagi paper yang boleh buat aku takut. Huhu...

Exam kali ni aku tk tahu la macam mana. Takut semestinya. Hope2 lepas ni, aku boleh buat lebih baik.

Wish me luck.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, November 01, 2009

Dah Setahun Lebih

Aku langsung tak menyedari, rupa2nya blog aku dah pun mencecah setahun. Huhu... Tak sangka jugak aku masih mampu untuk menulis biarpun setahun telah berlalu. Blog cecah setahun bulan lepas, tapi lupa nak post pape. Takpalah, nanti aku post khas buat blog aku. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]