Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, November 22, 2009

Makanan Adalah Segalanya

Aku nak cakap pasal makanan boleh? Hahaha...

Kelmarin, bertolak dari uum aku singgah tidur kat rumah makcik aku dekat kuala kurau, perak. Makcik aku ni memang pandai masak. Entah kenapa, aku cakap dengan mama, hari tu nak makan pisang goreng tak dapat sebab takda yang bergoreng lagi. So aku dah kempunan kat situ. Huhu... Cakap dengan mama, suddenly mama aku cakap suruh makcik aku masak. On the way ke rumah makcik aku, mama beli la pisang. Tapi tak dapat pisang nak goreng. Dapat pisang nak buat cokodok je. Tapi aku paksa gak mama cari pisang nak buat goreng. Huhu... At last, aku dapat gak pisang tu. Hehehe...

Sampai kat rumah makcik aku, aku suruh la makcik aku gorengkan pisang tu. Ye ye.. Dapat jugak aku pisang goreng yang sangat panas. Then aku cakap kat makcik aku, nanti balik raya ak nak makan laksa. Dia kata nanti dia masakkan. Yes!! Aku sangat seronok. Huhu...

Malam tu, makan pun sedap gak. Hehehe... Sambal tumis udang dan lemak ketam. Huhu... Sangat lah sedap. Udang pulak dapat udang harimau and udang lipan yang besar2. Sangatlah puas makan. Huhu...

Semalam makan tengahari kari ikan puyu. Tapi aku tak makan banyak. Sebabnya aku leka menyuapkan adik sepupu aku yang paling bongsu tu makan. Sangat seronok. Sampaikan aku pun boleh kenyang tau. Huhu... Masa makan malam semalam, mama masak sambal tumis udang lagi. Hehehe...

Pakcik aku kerja dengan tekong ke laut. So, kalau ada lebihan, dia akan bawak balik simpan kat rumah. Memang aku seronok sebab kalau pergi rumah dia, mesti dapat makan seafood free. Hehehe... Kalau kat luar nak beli punya lah mahal. Huhu...

Yang pastinya, 2,3hari ni, aku dapat makan yang sedap2 dan murah. Hehehe... Sangat memuaskan hati aku. Huhu... Raya haji nanti aku balik lagi kampung. Rumah makcik aku yang sama. Hehehe... Dia akan masakkan aku laksa. Then hari raya ada kuah kacang, nasi himpit. Aduh... Makin bertambah2 la badan aku naik. Hahaha...

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

[z@ck] said...

bila balik rumah..sgala bnda yg kita nak makan akan tersedia..home sweet home babeh

[Miss Eriqa] said...

hehehe...
betul cakap zack..
huhu...
kadang2 tak payah beli pun..
beli sendiri..
dapat lagi banyak dari beli..