Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, November 24, 2009

Movie Review: Astro Boy

Tadi lepak dengan abg lan, adeq n krol kat gsc pavilion. Macam dah takda tempat lain je nak lepak kan? Hehehe... Itu je tempat yang aku seronok nak lepak. Huhu...

Tadi ingat nak tengok 2012. Yalah, semalam kan aku dah lari plan. Tapi tadi pun sama gak. Hahaha... Mana tak lari, kalau waktu aku sampai tayangan dah mula. Nak tunggu abg lan settle kan pasal 3D nak masuk. Then kitorang pergi makan. So, tak sempat nak tengok 2012. Bila tengok balik tayangan yang ada, aku ambil keputusan nak tengok Astroboy.

Cerita dimulakan dengan kematian anak saintis yang juga merupakan ketua Kementerian Sains di Metro City, Toby yang tidak dapat diterima oleh ayahnya, Tenma. Malah Tenma telah mereka sebuah robot yang mempunyai kenangan dan memori Toby semasa hidupnya. Namun, akhirnya 'Toby' dibuang. Namun, kehidupan 'Toby' tidak aman kerana diganggu oleh anasir jahat kerana inginkan Blue Core yang menjadi nyawa kepada 'Toby'. Nak tahu details, click here.

Pada pandangan aku, Astro Boy akan lebih menarik kalau suara dia dalam bahasa Jepun. Akan lebih menarik. Yalah, Astro Boy sendiri asal dari Jepun. Kualiti gambar dan suara tidak dinafikan menarik. Plot untuk Astro Boy tidaklah begitu berat untuk difahami. Tapi antara semua, ada satu je yang aku tak faham. Dari mana dan siapa budak2 yang ada dekat Surface. Kalau tengok jarak antara Surface dengan Metro City, memang tidak logik budak2 tu semua boleh berada di situ, apatah lagi Surface merupakan tempat pembuangan robot2 lama yang tidak boleh digunakan lagi. Dari 5bintang, aku bagi 4bintang. Secara overall, Astro Boy sangat menarik untuk ditonton.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: