Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, November 29, 2009

Pertama Kali Korban

Okay. Sebelum apa2, aku tahu aku dah lambat nak update semua gambar2 ni kan? Hehehe... Aku nak cerita pasal Hari Raya Aidiladha yang baru je lepas *baru ke??? >.<*. Jumaat lepas kita semua menyambut hari raya korban kan? Satu hari yang bermakna juga dalam keluarga aku di mana abg aku menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 24. Sebelum apa2, happy birthday my big bro *dia tak baca pun*.

Sempena birthday abg aku, dia buat hajat nak korban seekor kambing masa hari raya tu. Belum tentu akan jumpa tarikh yang sama selepas ini. Nak cerita, pagi raya aku bangun awal, tapi disebabkan hari panas nak gila, aku malas nak mandi. So, aku lepak dalam rumah, tengok tv. Hehehe..

Lepas je sembahyang raya, tuan punya kambing hantar kambing kat rumah pakcik aku. Yupe, korban dilakukan di hadapan rumah ye kawan2 semua. So, aku dapat lihat secara live. Heheh... Tapi, masya-Allah bau kambing tu punyalah busuk. Memang aku tak tahan langsung nak bau. Aku tak dapat nak snap gambar orang sembelih kambing tu, tapi gambar2 lain adalah jugak. Hehehe... Enjoy je la gambar2 kat bawah ni yea.

Ni turutan gambar semasa kambing ditambat sehinggalah disembelih.

Kambing digantung untuk memudahkan kerja2 melapah daging untuk diagihkan kepada orang2 kampung. Pakcik aku yang tolong agihkan. Kalau tak silap aku, ada dekat 23buah rumah yang berjaya diagihkan. Kambing yang abg aku buat korban tu agak besar dan berbaloi dengan harga yang abg aku bayar.

Ni pulak sesi membuang bulu2 kambing sebelum dagingnya dilapah.

Sesi melapah daging bermula. Jangan tanya macam mana, sebab aku langsung tak tengok. Tak tahan dengan bau dan tahap kegelian aku yang agak tinggi. Hehehe...

Seperti yang korang tahu, kitorang tak boleh nak makan daging yang dibuat korban kan? So tengah hari tu, kitorang 2family makan sambal tumis udang dan kari ikan bawal. Huhu.. Kalau korang nak tahu, tiap kali aku pergi rumah pakcik aku yang ni, mesti lauk adalah lauk seafood.

Malam tu before kitorang balik KL, kitorang makan ikan pari bakar. Pergh... Memang sedap. First time aku makan ikan pari. Terus tertarik dengan rasanya. Hehehe... Sedap2..

notatanganmengarang: aku edit gambar2 nie menggunakan photoshop dan photoscape..malas nak fikir nak susun macam mana..sorry kalau gambar tak berapa nak clear...

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: