Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, November 08, 2009

Selamat Ulang Tahun Buat 'Cahaya Mata'

20tahun yang lalu, dunia menerima seorang lagi khalifah di atasnya. Kelahiran seorang puteri dalam keluargnya, memberikan kegembiraan kepada mereka. Cahaya mata, itulah maksud nama yang dipilih, memberikan seribu pengertian kepada dirinya.

20tahun telah berlalu, dia masih seperti dulu. Keriangan yang ditunjukkan, tidak dibuat2. Senyuman yang terukir sentiasa di wajahnya, memberikan ketenangan di pihak yang lain.

Tanggal 8 November 2009, genaplah dia berumur 20tahun. Seorang gadis yang riang dengan tawa dan keletah manjanya, sering menjadi penawar kepada sahabatnya. Seorang gadis yang sentiasa menjadi dirinya, itulah dia Nur'Ain binti Zulkefli.

Dalam dunia maya, dia lebih dikenali sebagai Little Ain Zulkefli. Mungkin sudah ada yang mengenali dirinya, mungkin juga yang belum.

Ice mocholatte, merupakan tempat luahan perasaan jika dia tidak mampu bercerita. Di situ jugalah dia coretkan jiwanya yang bercelaru. Namun, ain tetap ain. Dia tidak mungkin akan menjadi orang lain. Kerana dia sentiasa menjadi dirinya.

Buat Nur'Ain Zulkefli, selamat ulang tahun kelahiran yang ke20. Semoga tahun ini memberikan seribu kenangan dan pengajaran buat dirimu. Di doakan semoga perjalanan hidupmu dipermudahkan, dipanjangkan umur untuk menuntut ilmu, dan dimurahkan rezekimu.

Tidak ada hadiah yang mahal mampu aku berikan sebagai tanda aku mengingati tarikh 8 November, namun cukup sekadar kasih dan sayang sebagai seorang kawan dan kakak *aku lahir bulan 4 okay* yang mampu aku berikan selain dari long lasting friendship.

Ingatlah pesan pujangga wahai adikku,

Sekali kita berkawan,
Selamanya kita akan menjadi sahabat,
Biarpun tidak terucap betapa aku menyayangimu sahabat,
Ingatlah bahawa dirimu sentiasa dalam ingatan.

Kasih dan sayang tidak perlu diungkapkan,
Cukup jika engkau mengetahui,
Betapa aku sayang akan dirimu,
Seorang adik,
Seorang sahabat,
Juga seorang teman.

Jika mereka meninggalkan dirimu,
Aku masih setia menemanimu meneruskan perjuangan,
Jika mereka membenci dirimu,
Aku masih setia menyayangimu sehingga akhirnya,
Namun aku bukanlah kesatria terhebat,
Hanya seorang teman,
Hanya seorang rakan,
Hanya insan yang bergelar sahabat.

notapengarang: ain, sorry..gambar semua rembat dari fb ko..hehehe...jangan marah..nanti dah tak comel..

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: