Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, November 13, 2009

Selamat Ulang Tahun Buat Yang Teristimewa

Ini entry sticky mode. Entry terbaru ada di bawah. Itupun kalau ada. Huhu... Sebelum apa2, kalau korang rasa korang meluat nak baca entry aku yang jiwang, korang leh abaikan entry ni. Entry ni khas buat abg.

13 November 2009.
Tarikh hari ni. Tak sangka aku, hari ni genap 2tahun hubungan aku dengan abg. Aku sendiri tak sangka yang aku akan betahan lama macam ni dengan abg. Hubungan yang aku rasakan tidak mungkin dapat bertahan, bertahan jua sehingga 2tahun.

Buat insan yang teristimewa,
Terima kasih kerana sudi menyayangi lynn dan menerima lynn seadanya.
Terima kasih kerana sudi menghadiahkan lynn memori dan kenangan yang tidak akan lynn lupakan.
Terima kasih kerana sudi menjadi perkara terindah dalam hidup lynn.

Abg,
Lynn tak pernah menjangkakan hubungan kita akan bertahan selama ini. Biarpun terlalu banyak kesalahan yang lynn lakukan, tetapi abg masih sudi memaafkan dan menyayangi lynn. Maafkan lynn kerana selalu menyakiti hati abg. Sesungguhnya lynn tak pernah terniat untuk melakukan tiap kesalahan yang lynn lakukan pada abg. Penyesalan yang hadir selepas kesalahan itu sampai pada pendengaran abg dan kesudian abg memaafkan lynn, membuatkan lynn menangis kebodohan lynn sendiri. Betapa lynn mengabaikan kasih sayang yang abg berikan.

Abg,
Perhatian, layanan yang abg berikan pada lynn, biarpun tak dapat memuaskan hati lynn, mencabar kepercayaan lynn pada abg. Tetapi abg masih tetap di sisi lynn, mempercayai lynn, menyayangi lynn. Betapa lynn bodoh untuk menilai semua tu. Hanya keseronokan yang menjadi perhatian lynn. Sehinggakan abg bersedih dengan sikap lynn. Betapa lynn bodoh mempermainkan kasih sayang abg.

Abg,
Hubungan yang wujud antara kita, sering membuatkan lynn menangis. Tangisan yang sering kali hadir bila lynn merindui abg. Biarpun kita dekat, komitmen membuatkan kita terlalu jauh. Hinggakan wujud satu perasaan kecil di hati lynn apakah lynn tiada tempat di hati abg. Namun, abg masih setia menyayangi lynn. Masih setia merindui lynn. Betapa lynn buta untuk menilai segalanya.

Abg,
Biarpun kita berjauhan, tapi abg tetap di hati lynn. Abg adalah insan yang selalu membuatkan wajah suram ini tersenyum, tertawa riang. Tingkah laku abg, senyuman abg, membuatkan lynn rasa disayangi. Tidak pernah sekali lynn terfikir yang lynn boleh bahagia bersama abg. Lynn rasa bahagia, rasa disayangi bila di sisi abg.

Abg,
Benarkan lynn terus merindui abg.
Benarkan lynn terus menyayangi abg.
Benarkan lynn terus mencintai abg.
Benarkan lynn terus menanti abg.
Benarkan lynn terus berada di sisi abg bila abg memerlukan.
Andai satu hari nanti, lynn terluka dan lynn berduka, ubatilah kelukaan dan kedukaan lynn dengan senyuman dan rasa kasih sayang abg pada lynn. Tidak banyak lynn minta dari abg, sekadar secebis rasa kasih, rasa sayang, dan perhatian dari abg.

Abg,
Happy anniversary ke2. Biarpun pada abg, tarikh 13 November hanya satu tarikh yang tidak mempunyai makna, bagi lynn tarikh ini cukup membuatkan lynn tersenyum dan terus tersenyum tiap kali terkenangkan abg. Terima kasih kerana terus berada di sisi lynn. Lynn akan terus sayangkan abg. Lynn takkan lupakan kenangan kita. Abg perkara terindah yang pernah lynn alami.

Yang tulus menyayangi dan mencintai,
Lynn

No comments: