Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, December 25, 2009

Anugerah Terindah

Jika tahun2 lepas, suku tahun ke4 pasti memberi aku seribu kesedihan, tapi tahun ini aku merasakan sebaliknya. 201209 membawa aku seribu erti kegembiraan. Huhu....

Jika 6bulan lepas, 190609 aku menjadi seorang adeq kepada dia, tapi tanggal 201209 menjadikan aku seorang kekasih kepada dirinya. Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa aku sanggup melepaskan abg, semata2 untuk abg angkat aku? Biarlah apa yang berlaku menjadi satu tanda tanya pada mereka di luar, tapi bukan pada mereka yang berada di sekeliling aku.

Genap 6bulan aku jadi adeq angkat dia, secara rasmi aku menjadi kekasih hatinya. Ceritanya biarlah aku dan dia saja yang tahu. Tapi sesungguhnya, sudah lama aku tidak dapat merasakan perasaan segembira ini. Perasaan disayangi tanpa kehadiran insan lain. Perasaan disayangi setulus hatinya. Abg tidak mungkin akan aku lupakan. Dia kenangan terindah bagi aku. Tapi, insan istimewa yang hadir sekarang, anugerah terindah buat aku. Satu anugerah untuk aku berubah.

Buat Mazlan Shah,
Terima kasih kerana sudi memberikan aku seribu pengertian tentang percintaan. Perasaan gembira yang aku rasakan kini, tidak pernah lagi aku alami sebelum ini. Biarpun sebelum ini aku pernah bercinta, tapi percintaan kali ini memberikan aku seribu kemanisan. Seribu pengertian. Akan aku doakan percintaan kita berkekalan. Kerna aku sudah terlalu penat memainkan perasaan lelaki yang tulus menyayangi aku. Dan aku sendiri sudah penat mencari lelaki yang tulus aku sayangi.

Buat abg,
Lynn mohon seribu kemaafan kerana melepaskan abg sebelum masanya. Lynn harus fikirkan segalanya. Setelah segalanya lynn fikirkan, lynn tahu lynn harus melepaskan abg. Bukan tidak menyayangi, tapi lebih kepada lynn harus fikirkan perasaan insan yang hadir antara kita. Abg perkara terindah yang lynn pernah hadir dalam hidup lynn. Lynn akan terus mengingati abg dalam hidup lynn.

Buat rakan2, aku cuma harap agar korang merestui perhubungan aku kali ini. Doakan lah hubungan ini akan berkekalan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: