Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, December 13, 2009

Apa Erti Hubungan Itu

Kenapa bila kita ada seseorang yang memahami kita, tapi kita masih ingin mencari teman lain yang boleh menemankan kita bila kita kesunyian? Bukan nak membuka pekung sesiapa, tapi siapa yang terasa tu, aku mintak maaf.

Life aku terlalu banyak terjebak dengan perhubungan yang sebegini. Aku terlibat jugak, tapi nasib baik tak terlalu jauh hubungan tu. Kadang2 hubungan tu menyakitkan aku, tapi alhamdulillah aku punya seseorang untuk menggembirakan aku.

Dalam kehidupan kawan2 aku sendiri, ada yang sudah pun berpnuya. Tapi, bila hubungan percintaan tu menjadi hubungan jarak jauh, pasti akan ada pihak yang inginkan teman tapi mesra untuk dijadikan teman. Kenapa dan mengapa perkara ini berlaku?

Aku? Entahlah, aku tak pasti. Dulu masa 2bulan berjauhan dengan abg, aku pun ada hubungan lain. Hubungan sekadar untuk mengisi kekosongan di lubuk hati. Tapi bila aku kembali berdekatan dengan abg, aku rasakan semua kembali seperti asal. Tapi, berlainan dengan apa yang aku rasakan sekarang.

Aku rapat dengan seseorang sekarang. Jauh di sudut hati, aku inginkan kegembiraan yang aku rasakan sekarang berpanjangan. Biarpun antara kami punya bakal mempunyai insan lain yang lebih berhak untuk disayangi, tapi aku tak harapkan hubungan ini akan timbul retak2 yang boleh memecahkan kami.

Sayangkah aku pada dia? Ya aku sayangkan dia. Biarpun aku takut untuk mengakuinya, tapi aku tahu yang aku sayangkan dia. Biarlah apa yang bermain dalam gelodak hati aku, menjadi perbualan rahsia *rahsia ke?* antara aku dan mimi. Ya, aku tahu apa yang dia katakan tu betul, tapi aku tak sanggup untuk mengakuinya. Mengakui kebenaran kata2 mimi membuatkan aku terluka, membuatkan luka lama berdarah kembali.

Okay2, aku rasa aku dah melalut. Pasal hubungan teman tapi mesra yang wujud bila percintaan jarak jauh berlaku. Pada pendapat korang, perlu ke semua tu berlaku? Bagi aku itu bergantung pada sikap seseorang. Kadang2, aku rasakan semua tu tak perlu andai kata ada pihak yang akan terluka di masa akan datang.

So, pada mereka yang punya hubungan seperti ini, fikir2 kan lah apa yang perlu korang lakukan suapaya korang tidak melukan perasaan yang ikhlas menyayangi diri korang dan insan yang korang sayang.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: