Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, December 31, 2010

Hari Terakhir 2010

Hari terakhir 2010. Apa yang menarik?? Sekarang semua sedang bercakap mengenai kehebatan pasukan bola sepak Malaysia merangkul juara di AFF Suzuki Cup 2010 yang berakhir 2 hari lepas. Yeah, permainan yang sangat menarik untuk ditonton. Aku yang jarang tengok bola sepak tempatan boleh tertarik untuk menonton perlawanan harimau malaya. 3 perlawanan terakhir memang memberikan nafas baru kepada industri sukan negara. Menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan peningkatan di luar jangkaan.

Okay2, cukup dengan cerita pasal harimau malaya. Hahaha... Baru aku perasan, lama gila aku tak update blog. Kali terakhir adalah 3minggu lepas, sebelum berakhirnya peperiksaan akhir aku untuk semester ini.

Aku malas nak mengarut. Sebenarnya aku ada je beberapa cerita menarik. Hurm.... Nanti ada masa aku update di sini. Apa2 pun, Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua rakan2 blogger. Moga tahun baru ini memberikan seribu kenangan indah dan mematangkan kita dalam menempuh kehidupan akan datang.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, December 10, 2010

Kembali Bosan

Selepas bermaustatin di bilik Mimi hampir sebulan (masa study week and minggu exam) aku kembali semula ke bilik aku. Kenapa aku tak duduk je kat bilik, tap menumpang di bilik orang lain. Hurm.. Mungkin orang akan ingat yang aku ada masalah, tapi sebenarnya ada sebab lain yang membuatkan aku jadi macam tu.

Actually, korang tahu kan, yang Mimi tue BFF aku. And secara kebetulan, aku boleh rapat dengan roomate dia, Sponge. Sepanjang aku lepak dekat Tradewinds, aku kenal dengan junior2 Mimi yang punya fiil mereka tersendiri. Tapi aku takda lah maksudkan yang aku kenal dengan semua. Mostly yang aku kenal, budak sebelah bilik Mimi. Itupun sebab diorang suka lepak and buat havoc kat dalam bilik.

Sepanjang aku di sana, tak nafi bila aku rasa bosan. Yea, memang bosan. Tapi perasaan bosan tu boleh dikira dengan jari. Normally nya aku akan rasa bosan bila diorang semua tidur, ada yang study, and waktu2 yang kita sendiri tahu yang itu masa untuk diri dia sendiri.

Dekat sana aku sangat2 gembira. Tak rasa langsung yang aku menumpang di bilik orang. Kebanyakan masa aku diisi dengan gelak dan tawa, yang mana aku tak dapat di bilik aku sendiri. Yea, aku tak rasa happy di bilik sendiri. Kenapa?? Entahlah, aku pun tak tahu. Hurm...

Jujur aku katakan, aku rindu saat2 di bilik diorang. Biarpun aku baru je balik dari sana. Hurm.. Rasanya, inilah yang akan aku rasa bila aku menyewa bersama mereka. Huhu... And you know what?? Dekat sana aku dipaksa untuk study. Hahaha... Itu yang paling seronok. Kalau tidak, jangan haraplah aku nak study kalau kat bilik. Hehhee..

Actually, before aku balik bilik, aku ada buat sedikit financial planning untuk tahun hadapan. Apa yang telah aku rancang?? Aku post next entry yea... Till then, see ya...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, December 08, 2010

Sedih Dan Buntu

Sedih bila abg aku cakap jangan ambik Nokia N8 sebab dah banyak complaint yang dapat dari customers yang dah guna hp ni. Most of them cakap yang motherboard untuk N8 cepat rosak. So, apa yang aku patut lakukan??? Hurm...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Pengalaman Berharga Mengajar Seribu Pengajaran

Okay, actually aku update ni sebab ada benda yang aku nak kongsi bersama dengan korang. Satu pengalaman dan pengajaran untuk aku. Huhu...

Actually, tadi aku ke Changlun. Pergi klinik sebab badan aku gatal2. Naik allergic tapi, tak dapat dikenal pasti sebab apa allergic tu datang. Mula2, aku biarkan. Sebab aku malas nak ambil tahu pasal hal tu. Tapi kalau dekat 2minggu benda tu berlaku, memang aku tak dapat tahan.

Sampai kat Changlun, tengok2 doktor tengah rehat. So, kena tunggu pukul 3 baru boleh jumpa doktor. So, aku dengan Sponge pergi makan dulu. Lepas makan, aku ke C-Mart, shopping barang sikit. Hehehe... Then, ke klinik. Lepas jumpa doktor, dapat ubat, ke Watson sebab nak beli dettol. Ceritanya bermula kat sini lah.

Aku ambik 5barang untuk aku bayar. Disebabkan barang tak banyak, aku letak barang2 tu dalam helmet. Sebab malas nak pegang bakul. Sampai dekat kaunter, aku bayarlah barang2 yang aku nak bayar ke kaunter. Lepas tu, ke Marrybrown nak belikan junior akunya makanan.

Dekat Marrybrown baru aku perasan, yang aku bawak keluar dettol tanpa membayar sebab dia tersorok di belakang purse aku dalan helmet. So aku dah rasa serba salah. Perlu ke aku patah balik dan bayar atau aku just buat tak tahu dan terus balik ke UUM. Tanya pandangan Sponge. Lepas tu, fikir punya fikir, aku ambik keputusan patah balik untuk bayar barang tu.

Lepas tu aku gelak sorang. Aku pun pelik, macam mana aku boleh terlepas pandang dettol tu. Padahal dettol tu barang utama kenapa aku ke Watson. Hahaha...

So kesimpulannya, sebelum keluar dari mana2 kedai, sila pastikan segala barang yang hendak dibeli telah dibayar. So takkan jadi macam kes aku. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, December 02, 2010

Kebosanan Di Waktu Cuti

Aku tinggal lagi 3papers sebelum final untuk semester ini berakhir. Agak bosan la weyh bila fikir kena balik rumah untuk satu tempoh masa yang lama. Bosan sebab aku tak tau nak buat apa kat rumah. Nak jaga baby, mama hantar baby rumah pengasuh. Mama tak rasa aku boleh jaga baby tu. Kalau fikir balik pun, memang la aku pun tak rasa aku mampu nak jaga baby baru lahir. Hehehe...

Owh yea, aku ada rancangan sebenarnya untuk cuti nie. Tapi tak pasti lagi akan terlaksana atau tidak. Apa rancangan aku?? Hehehe..

1. Tidur puas2. Hahaha...Bila ko dah besar, dah study kat u, ko akan tahu seksanya tak dapat tidur yang mencukupi. Rasa kalau dapat tidur kejap tue, heaven lah sangat. Hahaha...

2. Makan apa yang aku kempunan. Hahaha.. Kat dalam Sintok nie susah weyh nak dapat makan sedap2. KFC kena ke Jitra, Pizza Hut pun kat Jitra, Mc Donalds kena ke Alor Star. Sesak wei, kalau every time nak makan kena keluar kan duit tambang yang harga lebih kurang sama dengan harga set makan. Hahaha...

3. Kemas bilik aku. Aku lebih nak renovatekan bilik tue. Hehehe.. Nak tukar cat bilik. Tapi tak pasti la berjaya atau tidak rancangan aku yang ini. Ayah aku tak bagi tukar cat sebab dia kat baru lagi cat bilik tu. Tapi kalau ikut aku, aku tak suka warna cat bilik tu. Sebab dia warna hijau. Aku paling tak suka warna hijau, Rasa2nya barang2 aku mana ada lagi satu pun berwarna hijau. Hahaha...

4. Nak beli few perabot baru untuk bilik tu. Walaupun bilik itu akan ditinggalkan kosong untuk beberapa bulan, dan aku akan kembali mendiami bilik itu untuk satu tempoh masa yang kejap, aku still nak bilik aku nampak cantik. Huhu...

5. Nak kerja kot. Tapi entahlah. Sebab aku macam malas nak kerja. Tapi rasa macam nak kerja. Tengok keadaan dan mood la. Tak pasti nak kerja atau tidak. Hahaha...

6. Semakin aku update kat entry nie, semakin merapu aku rasa dengan entry aku. Rasanya ini entry paling merapu aku. Hahaha... Terserlah kesengalan aku di sini kan?? Hahhaa...Ha.. Cakap pasal entry, aku rasa aku nak tukar layout baru kot. Hehehe... Saya sukakannya!!!

Dah la, malas aku nak merapu panjang2. Sebab makin panjang, makin merapu aku rasa. Hahaha... K la, cau dulu yea!!!!

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, November 28, 2010

Idaman Kalbu - Sebelum Penghujung Tahun Depan

Ada sedikit masa lagi sebelum paper seterusnya pada 1 December 2010. Lama lagi? Yea agak lama. Hahaha... Tapi aku dah mula cuak dengan paper ni. Takut seyh tak dapat score. Mahu aku kecundang di tengah jalan. Harapan aku nak naikkan pointer aku untuk semester ni. Hope so leh buat. Hehehe....



Sejak minggu peperiksaan bermula, aku bermaustatin di Tradewinds, bilik Mimi. Kenapa? Sebab aku tahu aku tak boleh nak study kalau berseorangan di bilik. Bukan nak cakap tak jealous tengok rumate aku study, cuma rasa sunyi sangat. Aku perlukan life and situasi yang ceria untuk study. Bukannya senyap, sunyi sepi. Pernah jugak la kena sound few times dengan rumate sebab bising. Then, simpan dalam je la. Hahaha...



Tadi aku survey handphone baru. Ha, buat yang tak tahu, aku sangat minat gadget. Itu yang dah rasa bosan dengan hp sekarang. Huhu... Hp yang aku aim untuk sebelum penghujung tahun depan ialah...... Jeng jeng jeng.. Hahaha... Saja nak buat suspen je kan. Hahaha....


Inilah idaman kalbu aku. Nokia N8.


Nokia N8 ada beberapa warna pilihan, tetapi bergantung pada negara jugak. Aku nak aim untuk warna biru atau silver or black. Smart!!


Ini pulak view dari bahagian depan. Nak cari bahagian belakang takda gambar. Kalau nak tengok, sila usha ke web Nokia yea.


Antara specifications yang ada pada Nokia N8 yang membuatkan aku berkenan.


Dimensions
  • Size: 113.5 x 59 x 12.9 mm
  • Weight (with battery): 135 g
  • Volume: 86 cc
Display and user interface
  • Screen size: 3.5"
  • Resolution: 16:9 nHD (640 x 360 pixels) AMOLED
  • 16.7 million colours
  • Capacitive touch screen
Keys and input methods
  • Physical keys
  • Finger touch support for text input and UI control
  • On-screen alphanumeric keypad and full keyboard
Personalisation
  • Up to three customisable home screens
  • Customisable profiles
Memory
  • Internal memory: 16 GB
  • MicroSD memory card slot, hot swappable, up to 32 GB
Applications
  • Calendar, Contacts, music player, internet, messaging, photos, Ovi Store, Maps, Videos, WebTV, Office document editors, Video & photo editor, Mail, Chat, Radio
  • PC Applications: Nokia Ovi Suite, Nokia Ovi Player
Email and messaging
  • Easy-to-use email client with attachment support for images, videos, music and documents .doc, .xls, .ppt, .pdf, .zip
  • HTML support for email
  • Unified email client for multiple protocols: Yahoo!® Mail, Gmail™, Windows Live™, Hotmail and other popular POP/IMAP services, Mail for Exchange, IBM Lotus traveler
  • Editing of key office documents
  • Email web widget for home screen
  • Chat instant messaging support: OVI Chat, Yahoo, AIM, Windows Live, Gtalk, MySpace*
  • Unified MMS/SMS editor
  • Conversational view for SMS
  • Push email and expanded portal support available through Nokia Messaging for Email and Instant Messaging
Call management
  • Contacts: advanced contacts database with support for multiple phone and e-mail details per entry with personal thumbnail pictures and video clips
  • Speed dialling, voice dialling (speaker independent) and voice commands
  • Logs of dialled, received and missed calls
  • Conference calling
  • Integrated hands-free speaker
  • Video calling
Browsing and internet
  • Full web browsing of real web pages
  • Web browsing with touch control
  • Supported markup languages: HTML, XHTML MP, WML, CSS
  • Supported protocols: HTTP v1.1, WAP
  • TCP/IP support
  • Visual history, HTML and JavaScript support
  • Flash Lite 4 will support a majority of Flash Player 10.1 content
  • Nokia Mobile Search
  • RSS reader
  • Support for streaming video
GPS and navigation
  • Integrated GPS, A-GPS receivers
  • Ovi Maps with free car & pedestrian navigation
  • Wi-Fi Positioning
  • Compass and accelerometer for correct orientation of display
  • Use Nokia Ovi Suite to get the latest country maps for Ovi Maps on N8 for free
Camera
  • 12 megapixel camera with Carl Zeiss optics
  • Fullscreen 16:9 viewfinder with easy-to-use touchscreen parameters
  • Xenon flash
  • Face recognition software
  • Autofocus
  • Focal length: 5.9 mm
  • F number/Aperture: F2.8
  • Still images file format: JPEG/EXIF
  • Zoom up to 2x (digital) for still images
  • Zoom up to 3x (digital) for video
  • Secondary camera for video calls (VGA, 640 x 480 pixels)
Image capture
  • Automatic location tagging (Geotagging) of images and videos
  • Images automatically taken in the correct orientation
  • Pinch zoom in Photos image viewer
  • View photos by tag cloud, month, album, slide show
  • Photo editor
  • Online Share with connectivity to popular sharing services
Other
  • Internal memory: 16 GB
  • MicroSD memory card slot, hot swappable, up to 32GB
  • High-Speed microUSB to PC connectivity
Video cameras
  • 12 megapixel with Carl Zeiss optics
  • HD quality 720p resolution
  • Shoot 16:9 videos in HD
  • Video capture in 720p 25 fps with codecs H.264, MPEG-4
  • Settings for scene, video light, white balance, colour tone
  • Secondary camera VGA for video calls
Music features
  • Flick scroll to browse the albums in your music collections
  • Nokia Music Player
  • FM transmitter
Gaming
  • Use the touch UI to play games
  • Dedicated graphics processor with OpenGL 2.0 enables 3D graphics
  • Java games
  • Use the accelerometer to play games
Specs nie semua aku copy paste dari web Nokia. So, kalau korang nak tahu full specs, silalah ke laman web tersebut. Huhu... Specs2 yang aku list kat sini antara reason kenapa aku nak aim hp ini sebelum penghujung tahun depan. Doa2lah kalau aku dapat beli hp ini tau. Tak sabar nak kumpul duit nak beli hp ni.

p/s:semua gambar adalah ihsan Encik Google yea..kecuali yang dimension untuk hp..itu dari ENcik Nokia...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Tinggal

Meninggalkan blog buat sementara waktu. Perjuangan untuk berperang dengan peperiksaan akhir telah bermula. Good luck untuk semua..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, November 23, 2010

Movies Review: Harry Potter and The Deathly Hallows dan Takers

Blogwalking di beberapa blog kawan2 sebentar tadi. Banyak yang aku terlepas cerita *okay tipu*. Bila baca pasal entry Hari Raya diorang, aku pun nak share jugak la macam mana hari raya aku. Bagi yang dah tahu, kamu boleh duduk diam2 yea. Hehehe...

Hari Raya Aidiladha kali ni memang bermakna. Kenapa? Sebab aku keluar 'beraya' di GSC Pavilion. Hahahhaa... Sebab tu aku cakap, raya kali ni memang best buat aku. Hehehe.. Hari tu saja aku tengok 2movies. Yang pertama, of course la Harry Potter. Dah lama kot aku tunggu movie nie keluar. Takkan mahu sia2 kan peluang berada di KL tanpa menonton filem ini. Hahaha...



The final chapter of the "Harry Potter" saga comes to the screen in this feature adaptation of the popular novel by children's fantasy author J.K. Rowling, with series veterans Steve Kloves and David Yates writing and directing, respectively. The "Deathly Hallows" will be split up into two films, with Part 2 set for release in 2011.

It all begins where Harry Potter will be transfered into a secret place secretly. Unfortunately, their plan had been expose by traitor to Lord Voldermort and result in one of them injured and the other one were dead. Who is dead?? Who is injured?? If you had read the books, you'll know it. The first part was not so 'magical' but the plot was created nicely according to the book. Don't ask me what is my rate to the movie, but watch it and judge it by yourself.

Second movie, aku tengok Takers. Lakonan Paul Walker. Dia je aku ingat nama pelakon, yang lain hampeh. Haha.. Ha, ada lagi sorang, tapi aku tak ingat nama. Heyden apa ntah. Yang berlakon dalam Star Wars dulu tu. Hehehe.. Satu action movie yang menarik. Penuh dengan aksi2 yang mendebarkan. Permulaan yang terus memuncak. Tapi, thumbs up for the movie.


Police detectives Jack Welles (Matt Dillon) and Eddie Hatcher (Jay Hernandez) investigate a daring heist by a group of well-organised bank robbers who left no traces. The crew are led by Gordon Cozier (Idris Elba), consists of John (Paul Walker), A.J. (Hayden Christensen), and brothers Jake (Michael Ealy) and Jesse (Chris Brown) Attica. The crew is missing out a former member, Ghost (T.I.), who was caught during a previous robbery five years ago. In his absence, Jake has begun a relationship with his former girlfriend Rachel Jansen (Zoe Saldana), who has accepted his proposal for marriage. Things change when Ghost surprises the crew after getting paroled after serving time in a penitentiary, and now a shot at a $30 million heist.

Yang pasti, kedua2 movie memang menarik. Menepati citarasa aku sebagai seorang peggemar filem2 aksi. Next in mind, Rapunzel. Hahaha... Jangan gelak. Yea. Aku sangat suka tengok kartun2 yang menarik seperti ini. Lagi2 tayangan dari Disney. Huhu...

p/s:sila klik di title untuk tengok review di Cinema Online

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, November 14, 2010

Movie Review: R.E.D

Pronounce it as RED. Hahhaa... Best gila movie nie. Red kat sini bukat bermakna merah tau, tapi somethings like Retired Extremely Dangerous. Yang dapat title RED nie Frank Mosses. Sebab dia ni someone yang talented dalam CIA tapi dah retired.

Plot yang menarik. Tapi mula2 tue cam blur gak ar. Then, bila rumah Frank dah mula kena serbu, then plot berkembang semakin menarik. Action digarap dengan penuh klimaks. Menarik sangat.


Overall, aku rate at 4.5. Cerita nie memang thumbs up. Tak rugi kalau dapat tengok lagi sekali. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, November 13, 2010

Movie Review: Unstoppable

Unstoppable. Kalau tengok pada maksud perkataan ni, maksud dia sesuatu yang tidak mampu dihentikan. Tapi, secara jujurnya, movie ini merupakan satu movie yang sangat2 seronok. Namun, masih ada sedikit kecacatan pada movie ini, di mana perjalanan cerita yang agak perlahan pada permulaan movie.


Oscar-winner Denzel Washington and "Star Trek's" Chris Pine teams with action maestro Tony Scott in this non-stop thriller. A massive unmanned locomotive, nicknamed "The Beast" and loaded with toxic cargo, roars through the countryside, vaporizing anything put in front of it. A veteran engineer (Washington) and a young conductor (Pine), aboard another train in the runaway's path, devise an incredible plan to try and stop it - and prevent certain disaster in a heavily populated area.

Ini adalah review yang diambil olahan Anne Jamaludin dari Cinema Online.

Star Rating: 
Overall: 
Cast: 
Plot:  (permulaan cerita yang agak perlahan)
Effects: 
Cinematography : 

Watch this if you liked: “Speed”, “Derailed”, “Atomic Train”, “The Taking of Pelham 123”

From the man who brought us "Top Gun" and "Beverly Hills Cop II", Tony Scott is definitely doing it again with "Unstoppable". Another one to be added to the train thriller collection, this is just not another "Speed" on the railroad. Tony re-employed the railroad setting of his previous work "The Taking of Pelham 123" but only this time instead of hijacking, the subjugated train is actually a runaway on its own. The movie is loosely based on the 2001 'Crazy Eights' unmanned train incident, in which the half-mile-long freight train carrying combustible liquids and poisonous gas are on a high risk of wiping out an entire city. The movie takes a more thrilling turn when two family men, a veteran locomotive engineer Frank Barnes (Denzel Washington) and a young train conductor Will Colson (Chris Pine), decided to take things into their own hands to chase the runaway train in a different locomotive in order to bring it under control before an impending doom.

This engaging movie will give you an adrenaline rush albeit with its simple plot! It's all thanks to the creative inset by Scott and the exceptional performance by Denzel and Chris. Both actors had a wonderful, dynamic chemistry; who could deny Denzel's prowess as he injects humour underneath his character's hard exterior, making the movie worth numerous laughs from time to time! On the other hand, Chris Pine proves he is more than just an eye-candy as opposed to his previous movie roles with his portrayal as a troubled husband, who calmly faces the most panic-inducing moments in the movie. Witness as their respective characters have a tongue-in-cheek banter along their first day of work together and how they managed to set aside their differences for a greater cause: to save innocent lives. The effects however, are straight-up from a classic train collision scenario but it will go unnoticed as fast-paced and nerve-wrecking sequences take over the main trip.

Overall this movie is definitely worth to be enjoyed regardless if you're a big fan of speed-related thrillers, Denzel Washington and Chris Pine or not. No movie can be blunt if you have Denzel in it. The reviewer believes "Unstoppable" deserves a four out of five for the most alarming movie session and amazing acting ever.


lots of love,
[Miss Eriqa]


Wednesday, November 03, 2010

Beban Berakhir

Akhirnya, beban assignment aku dah setel. Rasa senang sangat hati bila beban dah lepas. Huhu..

Actually, selama beberapa hari nie aku bertapa di bilik Mimie. Hehehe.... Kenapa? Aku tak boleh duduk sorang. Aku akan rasa kehilangan, malah rasa sedih. So, lepas lepak lunch dengan Mimie on Saturday, terus hangout kat sini. Hehehe...

Kalau ikutkan, now dah masuk hari ke 5 aku bertapa di sini. At least takda la aku rasa nak nangis. Hahaha... Biarlah orang nampak aku gembira, tapi hakikatnya aku takut aku akan terus tumbang. Hehehe...

Owh yea, mungkin ramai dah tahu kan, Kedah dilanda banjir yang teruk. Ikut kata Mimie, lagi teruk dari tahun 2005 di mana keadaan yang sama pernah berlaku. Akhirnya, selepas 3hari hujan turun secara lebat dan tanpa henti semalam hujan berhenti sewaktu subuh. Alhamdulillah, seronok sangat. Saat aku menulis ni, matahari telah mula memancarkan kepanasan habanya kepada kami rakyat Sintok. Hehehe...

Aku terfikir satu je, macam mana nak jawab exam nanti ek?????

Actually, ini bukanlah first time aku alami banjir dalam sejarah hidup aku. Aku ingat lagi masa aku kecik dulu, kawasan kat Miharja pun pernah banjir. Teruk jugak lah, sebab few kereta alami kerosakan. Hehehe... Now, again aku mengalaminya di UUM. Dengar cerita, UITM Arau akan mengalami masalah makana. Aku harap UUM tidak akan jadi begitu..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 30, 2010

Sedikit Lega

Baru lepas borak dengan buah hati saya. Hehehe... Terasa sedikit lega. Tapi, yang pasti takkan ada siapa yang tahu perasaan sebegini. Mungkin Mimi dapat memahami. More or less, she just like me.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, October 29, 2010

Terasing

Kenapa aku rasakan, kadang2 aku lebih selesa bersama orang luar dari keluarga sendiri? Salah ke bila aku perluka seseorang, dan aku mengharapkan mereka yang bergelar keluarga?

Aku rasa betul2 sakit hati. Bukan nak burukkan keluarga sendiri tapi entahlah. Mungkin aku tak sebertuah orang lain, dan mungkin juga aku tak seteruk orang lain. Tapi, cukuplah aku begini.

Yea, aku penat. Penat dengan karenah mereka. Penat dengan segala2nya. Aku perlukan masa untuk aku. Bukannya masa untuk rasa down begini. Final nak dekat. Sangat dekat. Kenapa saat2 begini aku ditimpah pelbagai dugaan?

Aku tak sekuat yang orang sangka kan. Aku tak setabah mereka. Aku penat. Aku terlalu penat. Sampai bila harus aku jadi seperti ini? Tiada yang peduli, tiada yang hargai.

Terasa diri sangat terasing bila tidak dipedulikan mereka. Terasa diri tidak berguna saat kata2 penghinaan yang aku dengar. Terasa diri lebih baik tiada dari ada.

Sesungguhnya, saat entry ini ditaip, air mata mengalir akibat tekanan. Air mata mengalir bagaikan air yang sungai. Betapa aku jatuh, betapa aku sedih. Aku sangat2 perlukan mereka yang boleh berkongsi masalah. Seorang pendengar yang setia.

Aku tak mampu harungi semuanya keseorangan. Aku perlukan mereka. Namun aku sedar, mereka tidak mampu berada di sisi aku sepanjang masa. Biarlah masa yang menyembuhkan luka2 ini. Biarlah masa menentukan, apakah hati ini akan tercalit satu lagi luka yang akan terus berdarah. Biarlah masa menentukan apakah hati yang luka akan sembuh tanpa sekelumit dendam. Andai ada dendam terpalit, maafkanlah aku. Kerana sesungguhnya aku memang seorang pendedam.

p/s:biarlah masa menentukan segalanya..mereka yang aku maksudkan dalam setiap perenggan adalah tidak sama..mereka adalah insan2 berbeza...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, October 28, 2010

3 Perkara Sepanjang Minggu Ulangkaji

BOSAN

NGANTUK

LAPAR

BOSAN

NGANTUK

LAPAR

Boleh bayangkan bosannya hidup aku sewaktu study week nie???

lots of love,
[Miss Eriqa]

Bebel Dan Terus Membebel

Kelas untuk semester ini sudah berakhir. So, aku akan menempuh satu lagi cabaran iaitu FINAL EXAM. Hurm... Tak pasti sama ada aku akan dapat perform well atau tidak. Hurm.. Sangat lah bosan di bilik tanpa melakukan apa2.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, October 27, 2010

Poll Baru

Dalam saat aku bosan tadi, aku dah buat poll baru dekat Nuffnangs..
Hehehe.....
So, jemput2lah menjawab poll yang baru itu yea.
Nak tengok sejauh mana reader *blog nie ada reader ke??* kenal aku berdasarkan entry2 aku sebelum ni.
So, silalah uji minda anda.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, October 24, 2010

Satu Zaman, Seribu Kenangan Menggamit Memori

Aku jarang bercerita cerita masa aku kat matriks kan? Hehehe... Biasa mesti cerita aku kat universiti je. Kali ni aku nak bukak peti memori, menceritakan kenangan yang ada sepanjang di matriks.

Nak menyemak gambar masa kat matriks, tak boleh. Lepas laptop kena format dengan abg aku, terus segalanya hilang. Buat aku sakit hati je. Huhu...

Masa dekat matriks, segalanya kenangan manis. Biarpun ada ketika sesama rumate aku bermasam muka, tapi segalanya bagaikan satu kenangan. Bila difikirkan semula, betapa indahnya waktu2 yang ada jika dapat diulang semula.

Aku study kat Kolej Matrikulasi Perlis. Mula2 aku tak berapa nak suka masuk matriks, sebab aku rasa cam matriks ni tak best. Dah la dapat kat Arau, ulu pulak tu. Wayang takda, karaoke pun takda. Senang cakap, apa pun takda. Paling besar pun kat Kangar, ada The Store. Tempat kitorang lepak beli barang keperluan. Itu pun kalau nak g Kangar, kena naik teksi sapu. Pergi balik mesti makan dalam rm10-rm15.

Zaman matriks, biarpun kitorang rasa stress tapi stress masih boleh dihandle dengan cukap bagus. Takda rasa cam stress sekarang. Huhu... Biarpun  masa matriks dulu outing hujung minggu, tapi kami rasa sangat la seronok.

Bilik kat matriks bukan macam bilik kat UUM. Rasanya, gabung 3bilik di UUM dapat satu bilik di matriks. See, best kan. Bilik kitorang besar, terbahagi kepada 3bahagian. pemisahnya hanyalah dinding. Kiranya, dari satu bahagian ke satu bahagian, kitorang boleh melintas. Hehehe... Bahagian tengah tempat meja study. Dekat situ ada 8meja study. Tapi satu bilik hanya ada 4orang je. So, masing2 amik 2meja study. Bahagian blah kanan and blah kiri ialah tempat tidur. Hanya ada katil (double decker okay) and almari je. Actually, bilik tu untuk 8orang, tapi pihak pengurusan matriks memang letak 4orang je sebilik.

Inilah rumate aku kat matriks dulu.


Dari kiri: Aku, Nur Syazwani, Nor Izma, Nur Shahida
Lokasi: Tasik Melati

Ini kenangan masa dah nak habis matriks. Beberapa minggu sebelum kitorang habis matriks kitorang keluar g Padang Besar and Tasik Melati. Saja have fun. Actually, aku ada edit gambar. Tapi sayang, gambar tu semua dah hilang.


Lokasi: Padang Besar


Dari atas: Nur Haziqah, Nur Syazwani, Nur Shahida, Nor Izma, Aku, Nur Syamimi
Bawah: Mohd Azfar
Lokasi: Restoren Pizza Hut Kangar
Gambar yang kat atas nie, masa kitorang keluar sempena birthday aku. Nak tahu, mula2 rumate aku si Wani tak nak keluar. Sebab merajuk dengan buah hati si Azrul. Puas kena pujuk baru nak keluar. Sedih aku tau. Yelah, birthday aku, suppose have fun. Huhu.. Kiranya masa nie celebrate advanced birthday aku. Sebabnya, birthday aku jatuh hari biasa. Time birthday aku, kitorang just makan kek dalam bilik. Even though simple, sangat memberi makna. Hehehe...


Dari kiri: Aku, Nur Syazwani, Nur Shahida, Nor Izma, Nur Haziyah, Nur Fatin
Lokasi: Koridor depan pintu bilik

Masa nie aku tak ingat kitorang nak kemana, rasanya aku ada jamuan kot dekat Dewan Sri Kayang (DSK). Azieyah dengan Kak Atin adalah rumate. Bilik diorang sebelah bilik aku. Kadang2 aku suka lepak kat bilik diorang.

Masa matriks dulu, aku rapat dengan Azieqah. Nak hujung2 tue aku rapat dengan Mai. Dalam kelas aku rapat dengan Cik Pah and Tiqah. Siapa diorang?? Meh aku enterprame gambar dulu. Lepas tu baru aku sambung serita.


Ini Atiqah. Si becok yang kuat gelak dan sangat sukakan kucing. Selalu duduk sebelah dia dalam kuliah. Kalau aku tertidur *dengan sengaja* dia suka kacau aku. Huhu... Dia ni pun jiran aku. Pemisah hanyalah toilet and bilik basuh. Huhu... No bilik dia kat matriks dulu 202.


Yang inilah Azieqah. Dia selalu bagi saya nasihat and ceramah agama secara percuma. Hahaha... Buat pengetahuan semua, masa matriks dulu saya agak nakal dan sosial. Well, budak KL nak berubah serta merta memang tak dapat nak tolong la. Hahaha.. Dia sangat baik dan lembut *secara ironinya, sila terbalikkan*.


Inilah Cik Pah. Nama dia panjang, Syarifah Nur Syazwani. Pendekkan? Jadi la Cik Pah. Aku rasa aku sorang je kot panggil dia Cik Pah. Hehehe... Dalam kelas aku mesti duduk sebelah dia. Dia suka sangat mesej dalam kelas. Tapi, tak pernah tidur. Hahaha... Terbalik dengan aku. Hehehe...


Ini Maizatul. Budak pandai yang selalu jadi mangsa saya untuk ajar apa yang saya tak paham. Hehhe... Cantik kan?? Yea, dia perasan dia gemuk, tapi dia maintain cantik okay.

Diorang sangat mewarnai kehidupan matriks aku. Kalaulah boleh aku kembali ke zaman itu semula. Alangkah indahnya.....

p/s:sila jangan marah sebab aku curik gambar korang dari FB...hehehe....

 lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 23, 2010

Blur Tanpa FB

Rasanya buar 4jam aku deactivated aku puny account FB. Bosan pun ada jugak. Hahaha.. Kita tengok la berapa hari boleh bertahan tanpa FB. Hehehe...

Actually, aku cam serba salah tau nak deactivated account tue. Sebabnya, kat situ la kawan2 aku ramai. Plus, aku selalu online dengan abg and adeq aku kat situ. Tengok keadaan la. Rasanya tak jadi ko t deactivated account tue. Hahaha... Mungkin akan online balik tapi kadang2. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Deactivated FB

Tepat jam 2petang, aku dah deactivated account FB. Bukan apa, rasanya terlalu banyak masa aku dihabiskan bersama FB berbanding dengan buku2 aku untuk semester ini. Tumpuan untuk final harus dilakukan serta merta. Hehehe... Hope to see everyone again in another 2months..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, October 22, 2010

Misi Berjaya

Semalam sebelum tido bukan main aku rancang nak bangun awal hari ni sebab nak kemas bilik bagai. Sekali pukul 10 jugak aku bangun. Hahaha.... Nak buat macam mana kalau malam tadi tak boleh nak tido. Sudahnya aku dapat migrain hari ni. Mak aii.. Dah lama aku tak kena migrain rasanya. 

Apa kes cerita pasal kena migrain ni? Hahhaa... Sebenarnya aku nak cerita pasal kerajinan aku kemas bilik hari ni. Hehehe... Sangatlah seronok bila tengok katil, meja dan jugak almari aku kemas tersusun. Huhu.. Jangan ditanya apakah selama ini tidak kemaskah bilik aku. Hehehe..

Tengok gambar kat bawah. Ni gambar lepas aku dah siap mop bilik. Cantik tersusun kan?? Sila abaikan dinding yang tidak cantik di belakang itu yea. Hehehe...



Ni meja study aku. Aku akan lepak kat sini sepanjang hari kalau takda kelas atau ke mana2. Jadinya, tempat ni akan bersepah setiap kali aku tengah buat assignment. So, banyak assignment aku dah submit. So aku kemas bagi cantik la tempat ni. Buat aku lagi suka lepak kat sini. Hehehe...

Cantik kan bilik aku?? Hehe.... So, misi aku nak kemas bilik hari ni berjalan dengan lancarnya. Hehehe... Aku siap basuh baju sampai 2baldi lagi tu. Sangat seronok. Hahaha.... Jangan tanya kenapa aku basuh baju sampai 2baldi. 

Kesudahan misi ni -> bilik cantik, lantai licin, kepala migrain + bersin sepanjang hari disebabkan resdung. Kesimpulannya: saya tak suka kemas bilik. Hahaha.. 

Yea kawan2, memang aku tak suka kemas bilik. Sebab aku akan kena resdung dan migrain. Nak pastikan bilik sentiasa kemas memang tak lah kan. Kemas memang kemas, tapi tak sekemas kalau aku betul2 kemas bilik. Jangan terkejut tau. Aku boleh bersin sepanjang hari. Stop pun kejap2. Rasanya dalam 5minit, pas tu jadi balik bersin. Dari dulu lagi, memang aku akan ngelat kalau kena kemas bilik yang ada habuk. Huhu.. Nasib la siapa jadi laki aku. Hahaha...

p/s: takpe.. sebab dia memang suka kemas bilik..hehehe....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, October 18, 2010

Hetic Life

Online sebentar di lab FPK yang lembab. Hahaha... Rasanya, dari 7subject yang aku belajar semester nie, baru 3 subjects yang dah habis silibus.. But some how, aku masih lagi tak boleh ponteng kelas as there will be another presentation and so on. So, next Wednesday will be 2presentations, on Thursday need to submit Management Science assignment, and i got another presentation on the morning class. Aa well as executive meeting for BLE class at the evening.

Wow, what a hetic life i had this week. Hurm.... Saya mahu balik!!!! Nak sangat balik KL... Aku kerinduan dan tekanan berada di sini..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 16, 2010

Erti Persahabatan Dalam Diri

Sebelum aku mula untuk berbicara, aku mahu gelak puas2 sebab aku berjaya menyiapkan karangan tadika + budak sekolah sebanyak 4 jenis karangan. Hahahahahah... LOL...

Kenapa aku kata karangan tadika @ budak sekolah?? Sebabnya, aku tidak pernah menulis seskema itu yea wahai kawan2. Menulis untuk tujuan pemarkahan peperiksaan, itu tidak dapat dielakkan. Tetapi menulis di blog dengan ayat skema itu?? Owh... Tidak pernah aku lakukan. Hahaha... Geli dowh aku nak baca balik karangan2 itu.

Entry skema yang aku maksudkan adalah mengenai kawan2 baik aku sejak dari sekolah hinggalah ke universiti. Kena aku kata ada part2? Takkan ada berlaku bahagian jika kita yang tidak membahagikannya. Bukannya untuk menunjukkan siapa yang paling baik dengan aku atau tidak.

Part 1 - Ini adalah kawan baik selamaya *alamak skema lagi* @ Best Friends Forever aku. Secara jujurnya aku mengatakan, tanpa mereka berdua, hidup aku jadi sunyi dan sepi. Mereka yang mewarnai kehidupan aku, yang menjadikan aku setabah ini. Dan yang pasti, mereka lah yang paling memahami siapa aku sebenarnya.

Part 2 - Entry ini adalah khas buat clique aku iaitu The Devils. Disebabkan aku jarang berjumpa mereka, itu tidak bemaksud aku tidak baik atau tidak rapat dengan mereka. Malah aku sendiri tak sangka yang aku dan mereka masih boleh kekal menjadi kawan biarpun telah lama aku tinggalkan dunia persekolahan. Malah, aku sendiri tidak menjangkakan kerana aku jenis yang tidak pandai membuat kawan. Dan untuk pastikan persahabatan itu kekal lama, aku perlukan sefahaman dengan mereka.

Part 3 - Ini adalah untuk mereka2 yang rapat dengan aku sewaktu di Matrikulasi. Yea, aku rapat dengan mereka di UUM, tapi aku kenal mereka sewaktu di Matrikulasi lagi. Aku sendiri tak pernah menjangkakan bahawa aku boleh menjadi baik dengan mereka kerana sewaktu di Matrikulasi aku lebih suka keseorangan dan bersendirian. Tapi siapa sangka, aku dan diorang boleh menjadi kawan di UUM.

Part 4 - Entry ini adalah untuk mereka yang baik dengan aku sewaktu di UUM. Perkenalan dengan mereka memberikan aku seribu kemanisan dalam hidup bila terpaksa berjauhan dengan BFF aku. Mereka semua berada di DPP yang sama dengan aku. Dengan mereka aku senang tertawa dan senang bercerita.

Aku amat mengharapkan persahabatan ini tidak akan terputus sehingga bila2. Kita boleh mencari kawan baru, tetapi untuk mencari keserasian dalam persahabatan itu sesungguhnya amat susah. Kita boleh mengatakan kita kenal siapa kawan kita, hakikatnya kita adalah insan yang paling jauh mengenali dirinya.

Satu pesanan aku buat readers *ada ke yang baca* semua, jangan khianati persahabatan anda sekiranya anda tidak mahu dikhianati suatu hari nanti. Dunia ini adalah karma kehidupan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Kawan Baik Saya Part 4

Sewaktu di UUM, saya juga ada beberapa orang kawan baik yang selalu melayan karenah saya. Saya sayang kawan2 saya di sini.

Mereka berdua adalah roommate di blok lama saya. 


Nama kakak ni ialah Noor Hazwani Bahaudin.Dia tua 2tahun. Saya panggil dia Kak Wanie. Tapi, perangai dia kadang2 macam budak2 sikit. Dia seorang yang manja. Hehehe... =D


Yang ini adalah roommate Kak Wanie. Nama kakak ni Aminah Othman. Saya panggil dia Yong. Maksudnya kak long. Tapi dia bukan anak sulung. Saya panggil dia Yong sebab dia orang Perak. Orang Perak je yang selalu guna perkataan Yong.


Si cantik jelita ini adalah Julie Hennie Mohamad. Saya dan kawan2 panggl dia Julie, tapi saya suka pendekkan lagi jadi Jue. Dia juga satu blok dengan saya sewaktu semester 1 dan 2. 


Si kecil ini ialah Nur Ain Zulkefli. Saya panggil dia Ain. Sama kan macam nama terakhir saya? Dia jiran sebelah bilik saya sewaktu semester 1 dan 2.

Saya kenal mereka berempat sewaktu mula2 menjejakkan kaki di UUM. Mula2 saya segan untuk bertegur sapa dengan mereka, tetapi lama kelamaan saya menjadi rapat dengan mereka.


Ini ialah Noor Hazwani Abd Kahar. Saya panggil dia Wanie. Dia merupakan roommate Mimie juga sewaktu semester 1 hingga 3. Disebabkan saya selalu lepak di bilik Mimie, secara tidak langsung saya juga berkawan baik dengan dia.


Yang ini ialah Aisyah Aris. Saya panggil dia Sponge. Ala2 macam Sponge Bob tue. Jangan salah sangka, dia bukan roommate saya tetapi dia ialah roommate kepada Mimie. Saya kenal dia sewaktu semester 4 disebabkan saya suka lepak dekat bilik Mimie sampai malam. Bila dah malam, saya jadi takut nak balik sendiri. So, saya suka suruh dia hantar saya balik. Lagipun, dia merupakan kawan sekelas saya sewaktu semester 4 dalam kelas Audit 2.

Mesti pelik kenapa saya panggil dia Sponge kan? Bukan saya sorang yang panggil dia Sponge. Kawan2 dia yang lain pun panggil dia Sponge. Sebab dia suka Sponge Bob sangat2. Dan dia banyak koleksi barangan Sponge Bob. Sebab itu kami ramai2 panggil dia Sponge. Hehehe...

Saya sayang mereka. Kerana mereka selalu membuatkan hidup saya ceria. Terima kasih kawan2.

p/s: jangan gelak sewaktu membaca.. sebab aku tahu macam karangan budak sekolah kan?? hahhaa.... dan sila jangan marah sebab aku curik gambar2 korang dari fb.. hahaha...

lots of love,
[Miss Eriqa]