Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, January 28, 2010

Samudera - Silaturrahim

Dalam diam2 sudah sebulan usia percintaan kitorang. Aik?? Sebulan pun nak kecoh ke?? Hahaha... Aku punya suka la. Tak suka jangan baca. Hahaha..... Tadi borak2 dengan dia. Tiba2 dia bagi aku satu lagu. Sebuah lagu indah yang bagi aku amat bermakna.

Samudera - Silaturrahim

Engkaulah rohaniku
Mengalir di jiwa
Kau nur berkilauan
Di jantungku
Nafas kuhela menyebut
Indah namamu
Kau yang satu

Aku saksikan ujian
Alam terbentang
Namun dirimu jadi pujaan
Walau diganti di tangan
Bulan dan bintang
Rela denganmu disatukan

Kucari kutanya
Hanya sebut namamu
Ku sedar ku lena
Kau tetap bersama

Kini kau yang kumiliki
Nama rupa dan cara
Bersatu jasad dan nyawaku
Kita serupa

Sempurna janji kita
Bersaksikan bumi
Dan tujuh petala langit tinggi
Aku pasti
Merasai cinta suci
Silatulrahim

Kasihmu tiada dapat ku cari ganti
Hinggaku rela hancur keranamu
Tiada kata dapat kulafazkan lagi
Waktu di syurgawi cintamu

lots of love,
[Miss Eriqa]

Balasan Komen Anonymous

Anonymous

Helo.. Tolonglah fikir betl-betul sebagai seorang mahasiswi. Jangan percaya sepenuhnya apa yang dicakap oleh kerajaan.Betulkah Tun Mahathir tela bangunkan negara ini? Atau dia bankrapkan negara ini?
-Projek penswastaan : adakah rakyat mendapat manfaat?
-Proton : rakyat ada manfaat?Padahal proton yang dieksport lagi murah drpd proton tempatan.
Hanya kroni shj yg dapat manfaat.
Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibuatnya yang tidak diketahui umum.
Bacalah sumber lain yang bukan drpd sumber kerajaan..
Non-bumi faham tentang perlunya membantu Bumi. Tapi yang menjadi masalah ialah pelaksanaannya. Adakah yang benar-benar miskin diberi bantuan?
Kenapa seorang itu boleh dapat berpuluh ribu AP? Kenapa seorang bekas menteri besar boleh bina banglo berpuluh juta? Cuba fikirlah..


Mungkin ada yang pelik kenapa aku post komen ni pada starting entry aku kali ni bukan? Sebab hanya satu, aku nak reply komen si individu misteri ni. Biasanya aku reply komen dalam entry itu jugak, tapi kali ni, biarlah aku buat open reply. Pada individu yang membaca, maaf kalau awak rasa saya bodoh dan tak layak bercakap atau bergelar seorang mahasiswi.

Di sini saya akan menjawab setiap persoalan awak sekiranya saya mampu untuk menjawabnya. Kerana saya hanyalah seorang pelajar yang masih terlalu muda untuk mengenal dunia politik.

Projek penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun sewaktu pemerintahannya, sehingga kini memberikan keselesaan dan manfaat kepada rakyat jelata. Jika benar seperti yang dikatakan oleh saudara bahawa projek penswastaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak memberikan manfaat, mengapa sehingga kini, ramai rakyat Malaysia menggunakan kemudahan lebuhraya untuk keselesaan mereka sendiri? Bukankah projek2 lebuhraya ini merupakan salah satu daripada projek penswastaan yang dilakukan oleh Tun?

Dalam RMK ke-9, 16tambahan projek telah dilakukan yang menelan belanja sebanyak RM 18 bilion untuk menambah kemudahan lebuhraya secara keseluruhannya sepanjang 604.5kilometer dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Keadaan kesesakan trafik yang dialami oleh penduduk Kuala Lumpur juga dapat dikurangkan melalui projek2 ini. Kita juga perlu mengambil kira mengenai masa dan jarak yang dapat dikurangkan apabila projek2 penswastaan ini dilakukan. Ini hanyalah salah satu daripada projek2 penswastaan yang dilakukan oleh Tun dalam membangunkan negara sepanjang pemerintahannya.

Jika benar perkiraan saudara bahawa Tun telah membankrapkan negara, pada pengiraan saya pula, tidak mungkin Malaysia masih boleh berdiri dengan gahnya di mata dunia sekiranya Malaysia telah bankrap. Benar, sewaktu Tun menjadi PM Malaysia, banyak pembangunan telah dilakukan dan dianggap gajah putih oleh pihak2 luar, tetapi lihat kini. KLIA menjadi salah sebuah lapangan terbang yang mendapat pengiktirafan negara. Putrajaya yang pembangunannya banyak dikritik oleh pihak lain, kini menjadi salah sebuah mercu tanda negara selain Bangunan Berkembar Petronas (KLCC).

Jika benar seperti kata saudara bahawa Tun hanya membankrapkan negara, di mana harus kita letakkan pengiktirafan yang diberikan oleh dunia kepada Malaysia? Dari sebuah negara yang dianggap negara ketiga oleh dunia, kini Malaysia menjadi salah sebuah negara yang sedang membangun dan menjadi tumpuan pada pelabur untuk melabur. Apakah ini semua dikatakan tidak memberi manfaat kepada rakyat?

Kemasukan pelaburan2 asing ke dalam negara memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan. Lihat sahaja bagaimana penduduk di sekitar Kulim meningkatkan taraf hidup mereka apabila Bandar ICT dibina dan dimajukan oleh kerajaan. Lihat juga bagaimana penduduk sekitar Sepang dan Nilai juga dapat meningkatkan taraf hidup mereka apabila berlaku pembangunan di sekitar kawasan tersebut.

Apakah kerajaan tidak membantu golongan yang memerlukan? Jika ditanya pada pendapat saya, kerajaan tidak mampu untuk membantu setiap seorang dari rakyatnya, namun jika dilihat pada bantuan2 kerajaan yang telah dihulurkan, apakah masih boleh dikatakan bahawa kerajaan mengabaikan mereka yang memerlukan? Rakyat Malaysia sendiri harus membuka minda, mencari peluang untuk mengubah cara kehidupan mereka, meningkatkan taraf hidup mereka. Kita tidak mampu mengubah cara hidup kita jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya.

Maaf dipinta kepada mereka yang menganggap saya berlagak pandai. Apa yang dikatakan hanyalah berdasarkan fakta dan pengetahuan. Maaf jika buat saudara individu misteri jika menganggap saya memperbodohkan anda. Jika ada fakta2 yang dinyatakan di atas adalah salah, maaf dipohon dari semua. Sekian terima kasih...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, January 25, 2010

Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad. Seorang tokoh negara, seorang wira negara yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Menyebut nama Tun, sudah pasti semua orang akan bercakap mengenai kemajuan yang telah dilakukan oleh beliau terhadap pembangunan negara. Ada yang berkata pemikiran Tun yang liberal, memandang jauh ke hadapan telah membawa Malaysia ke mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang membangun.

Kenapa aku bagi intro mengenai Tun? Bertempat di DKG 2/1, tepat jam 2.34petang, Tun melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan diiringi Tun Dr Siti Hasmah Muhammad Ali dan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, nyanyian lagu Lagenda dari kumpulan koir PBS dan seloka dari seorang jemputan mengenai Tun.

Syarahan yang diberikan oleh Tun bertajuk 'Peranan Mahasiswa dalam Mengangkat Malaysia ke Negara Maju' benar2 dapat memikat para hadirin. Isi2 yang diutarakan Tun sewaktu memberikan syarahannya tidak kurang hebatnya. Sepanjang sejam dalam memberikan syarahannya, Tun menyentuh kepentingan ilmu yang harus dikumpul oleh mahasiswa dalam membantu negara mencapai status negara maju.

Selain itu, Tun juga menyentuh serba sedikit mengenai pembangunan industri yang kini menjadi sektor utama dalam menyumbang kepada hasil negara. Malaysia yang sebelum ini bergantung pada sektor pertanian mula mengubah kebergantungannya kepada sektor industri yang diharapkan dapat membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Tun ada menyebut, status negara maju tidak dapat diukur melalui GDP dan pendapatan per kapita. Ini kerana negara yang mempunyai penduduk yang kurang dan GDP yang tinggi mungkin tidak mendapat status negara maju, malah ada negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang rendah dan GDP yang tinggi diangkat statusnya menjadi negara maju.

Dalam sesi soal jawab bersama hadirin, salah satu soalan yang diusulkan kepada Tun ada menyentuh mengenai politik kaum. Dalam menjawab persoalan itu, Tun berkata bahawa politik kaum boleh dihapuskan jika para pemimpin dapat berfikir lebih mendalam mengenai kesejahteraan dan keamanan yang kita alami sekarang. Tun juga ada menyentuh mengenai bilangan mahasiswi yang lebih ramai di pusat pengajian tinggu berbanding mahasiwa. Tertarik dengan satu petikan dari jawapan yang diberikan oleh Tun, berbunyi "tak tau nak jadi pa.. bodoh sangat ka??".

Satu soalan yang diajukan kepada Tun mengenai penurunan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dari 10% kepada 7% dikatakan berpatutan kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, agak mustahil untuk Malaysia mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 10% akibat dari kejatuhan ekonomi sewaktu krisi kewangan melanda ASEAN pada tahun 1997 dan dunia pada 2007.

Dengan 2krisis yang berlaku dalam tempoh 10tahun, keadaan ekonomi negara masih belum lagi mencapai keadaan stabil apatah lagi dengan keadaan mata wang kita yang semakin jatuh di pasaran antarabangsa. Tun ada menyebut, sekiranya Malaysia tidak dapat mencapai kadar pertukaran USD$1=RM2.50, selagi itulah Malaysia perlu mencari jalan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara.

Secara keseluruhannya, sesi syarahan yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad benar2 dapat memberikan para hadirin pengetahuan dan ilmu baru yang harus dikongsi bersama.

Untuk menghadiri sesi syarahan ini, aku terpaksa berdiri dari pukul 130petang sehinggalah pukul 400petang. Satu jangka masa yang agak lama, tetapi sangat berbaloi. Bertemu orang nombor satu negara pada suatu ketika dulu, mendengar input2 yang berguna, ini merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan.

Bayangkan, untuk mendengar syarahan Tun selama sejam itu, ada pelajar yang terpaksa berdiri sepanjang Tun memberikan syarahannya. Tidak kurangnya dengan pelajar yang terpaksa duduk bersila di hadapan pentas dan di tangga2 dewan kuliah semata2 untuk bersama2 mendengar syarahan Tun. Dewan kuliah yang sebelum ini tidak pernah penuh biarpun sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, dipenuhi dengan para pelajar pada petang tadi.


Dekat tangga pun penuh

Ini kat bahagian depan tepi sebelah kiri

Bahagian depan sebelah kanan

notatanganyangmengarang: penat berdiri masih lagi terasa.. masih lagi terngiang2 syarahan yang diberikan oleh Tun petang tadi..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, January 23, 2010

Kekecewaan

Sepanjang aku berada di KL, aku rasakan sangat bahagia. Kebahagiaan yang tak pernah aku temui sebelum ini. Huhu... Tapi, ada ketika, perselisihan faham juga berlaku. Itulah yang berlaku antara aku dengan dia sewaktu berada di KL. Perselisihan faham yang membuatkan aku betul2 kecewa, betul2 sedih. Setiap hari hanya tangisan yang menemani tidur aku sejak mengetahui mengenai perkara itu. Tapi kini, aku seolah2 sudah dapat menerima perkara itu.

'B sedih da wat bby kecewa, tanpa di paksa air mata nie keluar, betapa sayg nye b kat bby Tuhan saja yg tau, b minta maaf atas kebodohan b yg lalu, b x sangka jd mcm nie, b menyesal sgt. B x tau yg b da lakukan kesalahan. Maaf kan b sayg, maaf kan b...'

Kerana kekecewaan yang aku rasakan terlalu dalam untuk aku terima, berkali2 kemaafan dia pohon dari aku. Tapi entahlah, terlalu berat untuk aku maafkan kesalahan lampau dia. Hanya masa yang dapat menyembuhkan kelukaan ini.

Aku cuba untuk melupakan, tapi aku tak dapat. Aku cuba memaafkan, tapi aku tak mampu. Kini, hanya masa yang aku inginkan. Hurm.... Aku kecewa, tapi aku masih sayangkan dia. Terlalu sayang kan dia.

notakaki: sayang kadang2 perlukan kekecewaan, tapi bila kekecewaan terlalu berat untuk ditanggung, kelukaan yang akan hadir membawa parut yang sentiasa berdarah...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Memori Terindah

Okay, sebelum apa2. Kalau korang tak suka baca entry aku yang jiwang, korang boleh skip entry ni okay? Sebab entry ni memang jiwang. Hahaha... Jiwang ke??

Apa ada pada gambar di atas? Huhu... Jangan tanya lah. Saat aku menulis entry kali ni, aku sangat sangat SANGAT rindukan sayang aku kat KL. Uwa!!!! Nak balik KL. Balik??? Hello..... Miss Eriqa, sedar sikit awak tu baru je balik UUM tau. Hahaha...

Actually, gambar kat atas tu merupakan pemberian sayang aku sepanjang kitorang bersama. Huhu... Rantai kaki, rantai leher, dan cincin. Yang pastinya, semua adalah silver yea. Sebab aku tak berapa suka pakai emas. Hehehe... Nasib baik dia paham. Huhu...

Gelang kaki yang berloceng tu sebenarnya aku berkenan lepas tengok Kina pakai masa ke kelas. Waktu tu dia pakai skirt, then aku terdengar ada anklet berbunyi. Rupa2nya Kina punya anklet. Huhu... Jealous tau masa tu. Malam tu terus ngada2 ngadu kat sayang aku. That's why dia belikan aku satu masa aku balik KL hari tu.

Cincin yang besar tu sebenarnya cincin yang dia pakai. Hahaha... Jahat tak aku?? Tak jahat, sebab dia dah ambik salah satu cincin favourite aku. Cincin dia tu of course la tak muat untuk aku pakai kan? So aku jadikan buat rantai untuk rantai leher yang dia belikan untuk aku. Huhu...

Cincin yang satu lagi tu, aku rasa semua orang dah tahu kan? Itulah cincin pengikat hubungan kami. Biarlah orang nak cakap apa, aku jiwang terlebih2 ke, apa ke. Aku tak kisah. Sebab aku sangat2 bahagia bila berada di sisi dia.

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu. Huhu... Actually, minggu lepas aku ada cuti yang agak panjang. So, aku ambik keputusan nak pulang ke KL. Sebabnya? Aku dah terlalu rindukan dia. Sangat2 rindukan dia. Balik KL, aku tidur rumah mak angkat dia. Segan gila dowh. Hahaha... Nak balik rumah memang tak dapat la kan?? Sebabnya mama takkan bagi aku balik. Hahaha...... *ko tahu, ko diam2 sudah... jangan kecoh2 nak bagitahu mama.. terlepas cakap dengan mama.. memang aku lepuk ko...*

Aku balik KL hari Jumaat. Sampai kat KL dah petang. Dia ambik aku kat Pudu, singgah Pavilion, letak beg and terus pergi makan. Masing2 dah lapar sebab masing2 tak makan. Hahaha... Sengal kan?? Nak makan sekali punya pasal, kitorang berlapar dari pagi. Huhu...

Makan dengan Kak Nana, Mummy, Aton, Abg Amy, Ida and Apis. Huhu.. Lepas makan, aku melepak kat situ sementara tunggu dia habis kerja. Sepatutnya Mummy tak bagi sayang aku balik lambat, tapi apa boleh buat. Huhu... Aku paksa jugak dia balik awal. Bukan selalu pun aku dengan dia lepak macam tu. Huhu...

Memandangkan hari Isnin dia cuti, itu saja lah masa untuk kitorang spend masa together2. Hahaha... Sedih tak?? Aku balik dari hari Jumaat sampai Selasa, hari Isnin je aku lepak puas2 dengan dia. Tengok wayang, pergi makan, jalan2. Wooo.... Best gila tau. Baru rasa nikmat bercinta. Sebelum ni? Hurm.... Aku bahagia, tapi aku tak dapat rasa kebahagiaan seperti ini. Susah sangat nak dating. Hehehe...

Gambar aku dengan dia tak banyak sangat. Tangkap pun masa kat Pavilion. Masa ni baru lepas tengok wayang. Then nak pergi makan kat Pizza Hut. Aku open table untuk Kak Nana, Apis, and Ida. Semua sekali 5orang termasuk aku dengan dia.

Hari Selasa, dia dah kena serang migrain. Aku pulak yang rasa bersalah. Sebabnya, tiap2 malam dia tidur lewat. Aku yang paksa dia tidur lewat. Besoknya, pagi2 aku dah kejut dia pergi kerja. Sepanjang aku berada di KL, dia memang tak cukup tidur. Asyik kena kacau dengan aku. Huhu...

Walaupun aku bahagia bersama dia, ada ketika perselisihan faham tetap berlaku. Itu aku story entry berikutnya yea. Hehehe....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Movies Review

Okay.. First of all, aku nak update tentang movie2 yang aku dah tengok untuk minggu lepas. Yea right, cerita dah basi. Hahaha... Aku punya suka la. Korang sendiri tahu kan, yang lappy aku seminggu bermasalah. Huhu...

First movie yang aku dapat tengok, Old Dogs lakonan John Travolta. Movie yang menarik untuk ditontong oleh para bapa, *i guess*. Huhu... Lakonan yang bersahaja, yang menarik. Lawak yang dilakukan agak menjadi. Huhu... Puas hati la menonton movie ni.
Next movie, aku tengok Did You Hear About the Morgans? lakonan Hugh Grant and Sarah Jessica Parker. Satu movie yang humor. Mudah diikuti. Tak terlalu berat. Tapi sangat sweet and romantic. Sangat suka tengok movie ni. Huhu...
Then, aku tengok movie The Spy Next Door lakonan Jackie Chan. Kalau cakap tentang JC, mesti orang akan terfikir movie dia banyak aksi. Tapi untuk movie kali ni, tak terlalu banyak aksi dipertontonkan. Lebih sesuai ditonton oleh kanak2 yang inginkan aksi2 yang menarik dan kelakar. Tapi seperti biasa, pasti ada aksi2 lucu yang boleh mencuit hati penonton setia JC. *aku ke??*
Last but ot least, aku tengok movie Adnan Sempit. Jangan banyak soal kenapa aku tengok movie Melayu, sedangkan sebelum ni aku cakap aku tak berapa gemar tengok movie Malaysia. Lawak yang diketengahkan oleh Ahmad Idham berjaya membuatkan penonton ketawa sepanjang menonton. Sehinggakan ada yang menggunakan beberapa petikan dari movie ini untuk dijadikan sebagai satu gurauan bersama rakan2.
Yang pastinya, movie2 yang aku sempat tonton untuk beberapa hari yang lepas, berjaya membuatkan aku tersenyum dan gembira. Kegembiraan sudah pasti dirasai bila aku bersama insan tersayang.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, January 21, 2010

Kehilangan

Sudah terlalu lama rasanya aku tidak menulis apa2 untuk blog aku ini. Sudah bersarang agaknya. Terlalu sibukkah aku sehingga blog ini aku tinggalkan tidak berpenghuni untuk sekian lamanya? Hurm...

Sibuk sekarang sudah menjadi teman aku yang paling rapat. Keadaan kelas yang tiada masa untuk berehat membuatkan aku terlalu penat untuk mengisi masa lapang aku dengan menulis di sini mahupun melepak di facebook. Permainan Cafe World aku pun aku suruh adeq aku yang tolong mainkan. Hurm...

Satu lagi masalah timbul. 4sem berada di UUM, 1semester di matriks telah menjadikan aku tuan punya lappy kesayangan itu untuk tempoh 2tahun setengah. Kenapa?? Sebab lagi sekali laptpy itu mengalami masalah dan terpaksa dihantar ke 'hospital' untuk dimasukkan ke ICU. Benci!!!! total 5sem, bermaksud sudah 5kali aku masalah aku yang sama berlaku. Tak suka!!! Boleh dikatakan setiap kali daftar untuk masuk semester baru, pasti lappy kena masuk ICU.

Owh yea. Aku ada beberapa cerita baru untuk dikongsikan bersama. Tapi, aku rasa biarlah aku cerita kan dalam post2 yang akan datang. Korang..... Aku rindu nak berblogging sperti dulu!!! Rindunya.....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, January 08, 2010

Erti Sebuah Kehilangan

Satu kesilapan yang aku lakukan dulu pernah membuatkan kami renggang sehingga hampir ke angka setahun. Namun aku telah sedar akan kesalahan itu, membuatkan aku semakin menghargai dirinya. Tapi kini, hubungan semakin renggang aku rasakan. Apakah kesibukan menjadi penghalang kami menjadi rapat seperti dulu. Atau apakah kesilapan yang aku telah aku lakukan menjadikan sebegini rupa.

Jika benar kesilapan telah aku lakukan, maafkanlah aku wahai sahabat. Aku mengerti dengan pendirian dirimu, aku mengerti akan kesedihan yang engkau tanggung. Seksa aku kehilangan seseorang yang aku sayang tidak mungkin akan sama dengan seksanya aku kehilangan dirimu.

Jika benar kesibukan menjadi penghalang kita, jangan sesekali engkau lupakan aku sahabatmu. Renggangnya hubungan kita membuatkan aku terkapai2 mencari erti sebuah persahabatan dan keceriaan. Benar aku mampu ceria bersama mereka dan si dia, namun keceriaan bersama dirimu lebih bermakna di saat aku keseorangan.

Persahabatan kita bukan lagi menjadi persoalan. Berbelas tahun kita menjadi sahabat, membuatkan kita mengenali sikap diri kita masing2. Namun, aku lupa dan sekali lagi aku melakukan kesilapan itu. Maafkanlah aku wahai sahabat.

Engkau di sana berbahagia bersama mereka teman barumu, begitu jua aku di sini. Namun, tidak pernah sekali aku melupakan kenangan yang pernah kita lakarkan dalam kanvas putih untuk aku pamerkan dalam kehidupan aku. Namun kini, masih mampukan aku melakarkan semula lukisan persahabatan itu.

Maafkan aku jika aku pernah buat kau berduka. Maafkan aku jika aku pernah menyakiti dirimu. Tidak pernah terniat dari pihak aku untuk melakukan perkara itu. Tidak banyak yang aku pinta darimu sebagai seorang sahabat. Berikanlah aku peluang sekali lagi untuk aku tebus kesalahan aku kali ini. Mungkin sudah terlalu banyak peluang yang kau berikan sebelum ini. Aku mengharapkan peluang terakhir ini untuk aku kotakan kata2 ini.

Sahabat, kebahagiaan sudah aku temui bersama dirinya. Kenangan silam telah dapat aku tinggalkan. Tiada lagi air mata untuk dirinya yang tidak berhak. Tiada lagi kerinduan untuk dirinya yang bukannya menjadi milik aku. Kasih dan sayang aku hanya milik dirinya yang engkau kenali biarpun hanya bertegur sapa buat beberapa kali.

Benar kata pujangga, manusia berubah mengikut masa. Kita semakin meningkat umur. Menjadi lebih dewasa dan menjadi lebih matang. Matang untuk berfikir dan mengambil tindakan. Kata maaf aku hulurkan. Tidak aku ingini, persahabatan yang telah kita bina bertahun2 hancur hanya kerana kesilapan bodoh yang telah aku lakukan. Maafkan aku wahai sahabat.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, January 07, 2010

050110: Cerita Hari Selasa

Huhu.. Cerita mungkin dah lapuk. Tapi aku takda masa untuk update blog aku. Hehehe... Last tuesday, aku dengan kina keluar ke jitra. Tujuan utama aku pergi sana of course sebab nak tengok wayang.

Apalah aku ni, masa kerja kat GSC dulu tak nak pulak ambil peluang tengok wayang free, bila dah balik UUM baru sibuk2 nak pergi tengok wayang. Bukan tak nak tengok masa kerja hari tu, tapi aku takda masa. Kerja lebih masa, then kalau habis kerja awal aku lepak dengan my sayang. Huhu... Nak tengok wayang kena mintak kebenaran manager dulu. Kadang2 tu, aku malas nak pergi tanya. Hehehe... Lagipun, movie nie keluar masa aku dah on the way balik ke UUM. So nak tak nak, kena la tengok kat sini. Hurm.....

Okay, get back to the story. Aku yang pilih movie. Sebabnya?? Aku yang ajak kina keluar. Huhu.... Kitorang tengok movie Sherlock Holmes. What can i said about this movie? Nice plot and character. Really love the scenario in the movie. Huhuhu....

On the way nak ke jitra, bus yang kitorang naik rosak. Kes yang paling malang buat aku untuk permulaan tahun 2010. Hahahahaha........ Lucky for us, takyah nak tunggu lam2 untuk get the next bus. As for UUM's student, korang mesti tahu kan bus apa yang aku maksudkan. Hehehe... memang bus tu je yang selalu bawa masalah pada kita kan?? Huhu...

Sampai kat jitra mall, pergi beli tiket and makan. Huhu... Sangatlah lapar okay. Lepas tengok wayang, tak buat apa pun. Jalan2 pusing2 dalam jitra mall. Then balik. Satu perjalanan yang sangatlah memenatkan. Sebab apa lagi kalau bukan sebab bus yang membuatkan kami penat. Anyway, this was a great journey and a great experience. Hahaha....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Movie Review: Sherlock Holmes

Nothing much to said bout this movie as it was really nice. Maybe to some of viewers, Sherlock Holmes can be just a movie, but for his fans, i think this movie was really nice. The plot won't be to heavy to understand. The way Robert Downey Jr plays his role as the Sherlock Holmes was really nice. It just feels like reading the books. But to be truth, i never ead the book. Hahaha... Anyone who can tell me where to get the books??? Anyone?? The tricks play by Lord Blackwood was really facinating as he was able to cheat the audience on how he perform his so called 'black magic'. Huhu... For overall review for this movie, click here. I give 4.5 from 5 stars. One of the worth movie to be watch for the beginning of 2010 [for those who watch it in 2010]. Or maybe at the end of 2009 [for those who watch it last year].

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, January 04, 2010

Azam Tahun Baru

Hari ni dah masuk hari ke4 kita melangkah ke tahu 2010. Sudah pasti, bila tiba tahun baru, pasti akan ada yang bertanya, apa azam tahun baru? Apakah penting untuk kita menanamkan azam tahun baru setiap kali tahun baru menjelma? Jika penting, apakah azam2 itu terlaksana? Hurm...

Entahlah, aku tak pasti dengan keadaan yang berlaku. Bagi aku, azam tahun baru boleh dicipta, tapi pastikan azam2 itu terlaksana. Jangan sekadar berbicara mengenai azam tahun baru tapi langsung tiada tindakan untuk melaksanakan azam2 tersebut.

Azam tahun baru aku? Hurm..... Aku cuma harap aku dapat berubah. Biarlah tidak banyak tapi memadailah jika perubahan yang berlaku boleh membuatkan hubungan aku dengan teman2 rapat kembali pulih seperti sediakala. Kenapa aku inginkan perubahan yang sebegini? Hurm....

Tahun 2009 banyak memberikan aku kenangan yang indah2 juga tidak lupa kepedihan dan kesakitan serta kedukaan yang membuatkan aku 'jatuh'. Aku tidak kehilangan rakan dan teman, tapi aku kehilangan kemesraan yang pernah hadir dan wujud antara kami.

Dan sudah pasti juga aku mengharapkan aku dapat mencapai satu kejayaan pada tahun ini. Sudah cukup aku mengecewakan mereka dengan keputusan yang agak teruk untuk 3semester. Betapa keputusan2 itu juga mengecewakan aku. Hurm....

Percintaan aku? Hurm... Tahun 2009 menyaksikan pengakhiran hubungan aku dengan abg. Aku harapkan pengakhiran ini dapat memberikan semula kemesraan aku dan rakan2 yang telah hilang sebelum ini. Penghujung tahun 2009 juga menyaksikan aku menyemai benih cinta bersama my sayang. Aku harap ini dapat berkekalan.

Apa yang aku coretkan di atas, lebih kepada azam2 aku yang ingin aku capai untuk tahun 2010. So, kawan2, apa azam tahun baru korang?????

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, January 01, 2010

Rentetan Kehidupan 2009

Jan - Aku menempuh semester ke2 di UUM. Tak banyak insiden yang berlaku, tapi bila dah hujung2 bulan tu, aku rasakan seolah2 aku dan abg dah timbul retak yang boleh memecahkan kami.

Feb - Bulan cinta bagi mereka yang sedang bercinta. Tapi aku? Aku gaduh dengan abg lagi waktu nie. Memang tekanan yang amat berat sangat aku rasakan. Tapi aku masih cuba untuk menerima kenyataan yang aku dengan abg masih boleh bersama.

Mac - Ingatkan 2bulan awal je aku gaduh dengan abg. Tapi masuk bulan Mac lagi sekali aku gaduh. Dah la waktu ni aku memang tengah serabut dengan assignment yang makin bertambah2. Due date pulak macam nak bagi aku mati. Semuanya dekat2. Again migrain aku datang. Datang dalam keadaan aku tidak sedia untuk menerima kehadirannya. Aduh..... Sakit yang teramat sangat.

April - Bulan penentu untuk aku sebagai seorang pelajar di UUM. And of course, it's my birthday!!! Hehehe... Celebrate dengan member2. Abg bagi aku teddy bear yang agak besar. Tak banyak sangat kisah yang berlaku. Final yang agak berderet membuatkan aku rasa agak penat dan serabut.

Mei - Aku dah mula kerja dekat GSC Pavilion. Tak banyak sangat kisah bulan Mei. Post aku pun kalau korang baca memang tak banyak mana. But then, aku kenal dengan K. Life aku seronok, tapi aku gaduh dengan dia. Sedih balik. Huhu...

Jun - Takda apa yang menarik pun bulan nie. Result final aku dah keluar. Menangis aku dalam glass room kat GSC. Dapat tahu result masa tengah tunggu turn nak closing sales. Hahaha.... Lasty, takda siapa berani nak tegur. Aku rapat dengan adeq n my sayang. Tapi masa nie, my sayang cuma seorang abg n seorang kawan je. Not more than that. Sebab aku busy sangat dengan life aku, again aku gaduh dengan abg. Rasa2nya, tahun nie paling banyak aku gaduh dengan abg.

Julai - Masuk kembali mendaftar di UUM. Semester ke3 dengan harapan aku boleh berubah. Tapi aku silap, awal2 sem je aku dah dapat masalah. Pasal si K la. Pasal apa, aku malas nak cakap. Jadual pack gila. Life semakin sunyi sebab senior aku banyak yang dah sambung buat practical.

Ogos - Bulan yang agak mencabar. Aku demam paling lama dalam sejarah aku. Sejarah ke?? Sepanjang yang aku ingatlah. Kes aku masuk hospital tak dikira ye. Huhu... Aku demam untuk tempoh 2minggu. Itu pasal la aku cakap sejarah. Lama gila baru nak elok. Sebabkan demam, aku banyak kali ponteng kelas. Takut kena barred dari ambil final pun ada jugak rasa. Aku dah baik dengan adeq.

Sept - Nothing special dalam bulan ni. Life macam biasa. Aku rapat dengan adeq, K and abg lan *my sayang*. Tekanan mula aku rasai. Migrain seolah2 menunjukkan pentanda untuk menyerang. Aduh... Tak larat. Tiap kali exam je, mesti aku akan migrain. Bulan ni kita raya kan? Tak banyak beza pun. Aku raya kat kl je macam biasa.

Okt - Hurm.. Minggu final semakin menghampiri. Jangan lupa dengan tarikh akhir penyerahan project2 final yang kebanyakannya memegang percentage yang besar dalam final. Hurm.. Life aku macam biasa. Kelas pun banyak yang dah habis. Aku jumpa abg sekali je kot bulan ni. Huhu...

Nov - Final aku bermula. Tekanan masih lagi aku rasakan. Tak suka. Final aku makin serius. Bulan ni aku gaduh dengan abg lan. Sebab apa? Sebab aku rasa sangat2 terpinggir bila dia rapat dengan seseorang yang aku tak suka!!! Aku balik KL seminggu sebelum raya. Tahun ni raya haji jatuh waktu hari lahir abg aku. So, raya tahun ni kitorang balik untuk buat korban. Abg aku lah yang buat korban. Sekali seumur hidup. Apatah lagi sama date dengan birthday dia. Huhu... Bulan ni jugak aku dapat jumpa semula dengan abg lan, adeq n krol. Terlerai rindu pada mereka. Tapi, aku rindukan abg.

Dec - Aku dah mula kerja dekat GSC Pavilion semula. Kerja sekadar untuk mengisi masa lapang selain melepaskan rindu aku pada mereka2 yang berada di sana. Huhu... Aku dengan abg semakin renggang sehinggakan dia terasa aku meminggirkan dia. Result final sem3 dah keluar. Buat aku sedih lagi. Sangat sedih. Sebabnya result aku jatuh lagi seterusnya menyebabkan CGPA aku berada di bawah target. Menangis aku. Bulan ini jugak menyaksikan aku dan my sayang bersama. Dan hubungan aku dengan abg berakhir. Puas untuk aku memikirkannya. Kerana tidak sanggup rasanya menyakiti hati insan lain semata2 untuk kebahagiaan aku. Huhu... Dan sekarang, aku bahagia dengan my sayang. To him, tq sebab menyayangi diri ini.

2009 membawakan aku seribu erti. Erti persahabatan, erti kasih sayang, erti kecurangan. 2009 juga mengajarkan erti perit hidup sebagai seorang pelajar dan erti keperitan mencari duit untuk sesuap nasi supaya kehidupan boleh diteruskan. Yang pastinya, aku mengharapkan agar 2010 akan memberikan aku satu sinar baru dan kebahagiaan yang aku rasakan dengan my sayang boleh diteruskan.

lots of love,
[Miss Eriqa]