Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, January 04, 2010

Azam Tahun Baru

Hari ni dah masuk hari ke4 kita melangkah ke tahu 2010. Sudah pasti, bila tiba tahun baru, pasti akan ada yang bertanya, apa azam tahun baru? Apakah penting untuk kita menanamkan azam tahun baru setiap kali tahun baru menjelma? Jika penting, apakah azam2 itu terlaksana? Hurm...

Entahlah, aku tak pasti dengan keadaan yang berlaku. Bagi aku, azam tahun baru boleh dicipta, tapi pastikan azam2 itu terlaksana. Jangan sekadar berbicara mengenai azam tahun baru tapi langsung tiada tindakan untuk melaksanakan azam2 tersebut.

Azam tahun baru aku? Hurm..... Aku cuma harap aku dapat berubah. Biarlah tidak banyak tapi memadailah jika perubahan yang berlaku boleh membuatkan hubungan aku dengan teman2 rapat kembali pulih seperti sediakala. Kenapa aku inginkan perubahan yang sebegini? Hurm....

Tahun 2009 banyak memberikan aku kenangan yang indah2 juga tidak lupa kepedihan dan kesakitan serta kedukaan yang membuatkan aku 'jatuh'. Aku tidak kehilangan rakan dan teman, tapi aku kehilangan kemesraan yang pernah hadir dan wujud antara kami.

Dan sudah pasti juga aku mengharapkan aku dapat mencapai satu kejayaan pada tahun ini. Sudah cukup aku mengecewakan mereka dengan keputusan yang agak teruk untuk 3semester. Betapa keputusan2 itu juga mengecewakan aku. Hurm....

Percintaan aku? Hurm... Tahun 2009 menyaksikan pengakhiran hubungan aku dengan abg. Aku harapkan pengakhiran ini dapat memberikan semula kemesraan aku dan rakan2 yang telah hilang sebelum ini. Penghujung tahun 2009 juga menyaksikan aku menyemai benih cinta bersama my sayang. Aku harap ini dapat berkekalan.

Apa yang aku coretkan di atas, lebih kepada azam2 aku yang ingin aku capai untuk tahun 2010. So, kawan2, apa azam tahun baru korang?????

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: