Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, January 28, 2010

Balasan Komen Anonymous

Anonymous

Helo.. Tolonglah fikir betl-betul sebagai seorang mahasiswi. Jangan percaya sepenuhnya apa yang dicakap oleh kerajaan.Betulkah Tun Mahathir tela bangunkan negara ini? Atau dia bankrapkan negara ini?
-Projek penswastaan : adakah rakyat mendapat manfaat?
-Proton : rakyat ada manfaat?Padahal proton yang dieksport lagi murah drpd proton tempatan.
Hanya kroni shj yg dapat manfaat.
Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibuatnya yang tidak diketahui umum.
Bacalah sumber lain yang bukan drpd sumber kerajaan..
Non-bumi faham tentang perlunya membantu Bumi. Tapi yang menjadi masalah ialah pelaksanaannya. Adakah yang benar-benar miskin diberi bantuan?
Kenapa seorang itu boleh dapat berpuluh ribu AP? Kenapa seorang bekas menteri besar boleh bina banglo berpuluh juta? Cuba fikirlah..


Mungkin ada yang pelik kenapa aku post komen ni pada starting entry aku kali ni bukan? Sebab hanya satu, aku nak reply komen si individu misteri ni. Biasanya aku reply komen dalam entry itu jugak, tapi kali ni, biarlah aku buat open reply. Pada individu yang membaca, maaf kalau awak rasa saya bodoh dan tak layak bercakap atau bergelar seorang mahasiswi.

Di sini saya akan menjawab setiap persoalan awak sekiranya saya mampu untuk menjawabnya. Kerana saya hanyalah seorang pelajar yang masih terlalu muda untuk mengenal dunia politik.

Projek penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun sewaktu pemerintahannya, sehingga kini memberikan keselesaan dan manfaat kepada rakyat jelata. Jika benar seperti yang dikatakan oleh saudara bahawa projek penswastaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak memberikan manfaat, mengapa sehingga kini, ramai rakyat Malaysia menggunakan kemudahan lebuhraya untuk keselesaan mereka sendiri? Bukankah projek2 lebuhraya ini merupakan salah satu daripada projek penswastaan yang dilakukan oleh Tun?

Dalam RMK ke-9, 16tambahan projek telah dilakukan yang menelan belanja sebanyak RM 18 bilion untuk menambah kemudahan lebuhraya secara keseluruhannya sepanjang 604.5kilometer dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Keadaan kesesakan trafik yang dialami oleh penduduk Kuala Lumpur juga dapat dikurangkan melalui projek2 ini. Kita juga perlu mengambil kira mengenai masa dan jarak yang dapat dikurangkan apabila projek2 penswastaan ini dilakukan. Ini hanyalah salah satu daripada projek2 penswastaan yang dilakukan oleh Tun dalam membangunkan negara sepanjang pemerintahannya.

Jika benar perkiraan saudara bahawa Tun telah membankrapkan negara, pada pengiraan saya pula, tidak mungkin Malaysia masih boleh berdiri dengan gahnya di mata dunia sekiranya Malaysia telah bankrap. Benar, sewaktu Tun menjadi PM Malaysia, banyak pembangunan telah dilakukan dan dianggap gajah putih oleh pihak2 luar, tetapi lihat kini. KLIA menjadi salah sebuah lapangan terbang yang mendapat pengiktirafan negara. Putrajaya yang pembangunannya banyak dikritik oleh pihak lain, kini menjadi salah sebuah mercu tanda negara selain Bangunan Berkembar Petronas (KLCC).

Jika benar seperti kata saudara bahawa Tun hanya membankrapkan negara, di mana harus kita letakkan pengiktirafan yang diberikan oleh dunia kepada Malaysia? Dari sebuah negara yang dianggap negara ketiga oleh dunia, kini Malaysia menjadi salah sebuah negara yang sedang membangun dan menjadi tumpuan pada pelabur untuk melabur. Apakah ini semua dikatakan tidak memberi manfaat kepada rakyat?

Kemasukan pelaburan2 asing ke dalam negara memberikan peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan. Lihat sahaja bagaimana penduduk di sekitar Kulim meningkatkan taraf hidup mereka apabila Bandar ICT dibina dan dimajukan oleh kerajaan. Lihat juga bagaimana penduduk sekitar Sepang dan Nilai juga dapat meningkatkan taraf hidup mereka apabila berlaku pembangunan di sekitar kawasan tersebut.

Apakah kerajaan tidak membantu golongan yang memerlukan? Jika ditanya pada pendapat saya, kerajaan tidak mampu untuk membantu setiap seorang dari rakyatnya, namun jika dilihat pada bantuan2 kerajaan yang telah dihulurkan, apakah masih boleh dikatakan bahawa kerajaan mengabaikan mereka yang memerlukan? Rakyat Malaysia sendiri harus membuka minda, mencari peluang untuk mengubah cara kehidupan mereka, meningkatkan taraf hidup mereka. Kita tidak mampu mengubah cara hidup kita jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya.

Maaf dipinta kepada mereka yang menganggap saya berlagak pandai. Apa yang dikatakan hanyalah berdasarkan fakta dan pengetahuan. Maaf jika buat saudara individu misteri jika menganggap saya memperbodohkan anda. Jika ada fakta2 yang dinyatakan di atas adalah salah, maaf dipohon dari semua. Sekian terima kasih...

lots of love,
[Miss Eriqa]

1 comment:

Dan said...

Hi..
-Tujuan saya post komen tu bukanlah hendak memperbodohkan siapa-siapa, tetapi cuma hendak bekongsi pendapat dan pengetahuan shj..
Tiada siapa yang bodoh jika tekun berusaha.

-Iya lebuhraya merupakan projek penswastaan dan memang rakyat mendapat banyak manfaat kerana jarak perjalanan dipendekkan.Soalnya, kenapa PLUS dibenarkan menaikkan kadar tol setiap 3 tahun sedangkan keuntungannya tinggi? Jika kerajaan tidak benarkan, kena bayar pampasan kepada PLUS pulak.Itu duit rakyat.. Adakah orang yang waras akan buat kontrak macam tu?

-Betulkah lebuhraya di KL dapat mengurangkan kesesakan? Setahu saya tiap-tiap hari bayar tol tiap-tiap hari sesak. Itu kena tanya org KL yang bawa kereta.

-Lepas diswastakan pulak,jika sykt tu mengalami kerugian,kerajaan pulak yang kena tanggung. Cth MAS. Logik apa itu? Untung swasta dapat, rugi kerajaan tanggung.

-Ya memang itu ada KLIA,KLCC, Sepang F1.Pada masa yg sama,kita juga ada kwsn setinggan,ada orang yang tak mampu beli rumah. Jadi bagaimana benda-benda tu dapat menolong mereka? Subsidi gula dikurangkan dpt jimat RM 1BILLION. Tapi dibelanjakan dalam F1 pula.. Betulkah gula naik harga dapat mengurangkan kadar diabetes?

-Maksud bankrap di sini bukannya secara literal. Tetapi bermaksud berlaku banyak pembaziran dana negara. Banyak yang mengalir ke dalam poket orang yang tertentu.

-Di Thailand,RM 50k dapat beli Vios/Honda City.Di sini boleh beli apa?Proton dapat bertahan sampai hari ini kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas kereta luar negara menyebabkan kebanyakan org x mampu beli.Thailand juga tak perlu bayar cukai jalan tiap-tiap tahun dan tiada jalan bertol tetapi jalan masih cantik. Saya bukan mengagung-agungkan negara luar tetapi sekadar menunjukkan yang masih banyak peningkatan yang boleh kita buat.

-Lagi satu,Indon dah mula mendahului M'sia dalam FDI walaupun tak ada KLIA,Putrajaya dsb.

-Saya tak tahu keadaan di Kulim dan Nilai jadi tak boleh nak komen.

-Kenapa tidak disebut isu AP dan banglo bekas menteri besar?

-Sebagai pelajar universiti, anda tak boleh menerima apa sahaja yang dikeluarkan oleh kerajaan. Mesti buat analisis dan pikir betul-betul. Pelajar universiti juga mesti bersedia untuk membincangkan suatu perkara dengan rasional dan logik secara santun. Kalau kita tidak betul dlm suatu hal,kita sedia terima kritikan.Bukan spt kerajaan yang sentiasa menegaskan bahawa dia shj yang betul.

Mohon maaf jika menyinggung perasaan sesiapa.

Have a nice day, miss eriqa..