Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, January 08, 2010

Erti Sebuah Kehilangan

Satu kesilapan yang aku lakukan dulu pernah membuatkan kami renggang sehingga hampir ke angka setahun. Namun aku telah sedar akan kesalahan itu, membuatkan aku semakin menghargai dirinya. Tapi kini, hubungan semakin renggang aku rasakan. Apakah kesibukan menjadi penghalang kami menjadi rapat seperti dulu. Atau apakah kesilapan yang aku telah aku lakukan menjadikan sebegini rupa.

Jika benar kesilapan telah aku lakukan, maafkanlah aku wahai sahabat. Aku mengerti dengan pendirian dirimu, aku mengerti akan kesedihan yang engkau tanggung. Seksa aku kehilangan seseorang yang aku sayang tidak mungkin akan sama dengan seksanya aku kehilangan dirimu.

Jika benar kesibukan menjadi penghalang kita, jangan sesekali engkau lupakan aku sahabatmu. Renggangnya hubungan kita membuatkan aku terkapai2 mencari erti sebuah persahabatan dan keceriaan. Benar aku mampu ceria bersama mereka dan si dia, namun keceriaan bersama dirimu lebih bermakna di saat aku keseorangan.

Persahabatan kita bukan lagi menjadi persoalan. Berbelas tahun kita menjadi sahabat, membuatkan kita mengenali sikap diri kita masing2. Namun, aku lupa dan sekali lagi aku melakukan kesilapan itu. Maafkanlah aku wahai sahabat.

Engkau di sana berbahagia bersama mereka teman barumu, begitu jua aku di sini. Namun, tidak pernah sekali aku melupakan kenangan yang pernah kita lakarkan dalam kanvas putih untuk aku pamerkan dalam kehidupan aku. Namun kini, masih mampukan aku melakarkan semula lukisan persahabatan itu.

Maafkan aku jika aku pernah buat kau berduka. Maafkan aku jika aku pernah menyakiti dirimu. Tidak pernah terniat dari pihak aku untuk melakukan perkara itu. Tidak banyak yang aku pinta darimu sebagai seorang sahabat. Berikanlah aku peluang sekali lagi untuk aku tebus kesalahan aku kali ini. Mungkin sudah terlalu banyak peluang yang kau berikan sebelum ini. Aku mengharapkan peluang terakhir ini untuk aku kotakan kata2 ini.

Sahabat, kebahagiaan sudah aku temui bersama dirinya. Kenangan silam telah dapat aku tinggalkan. Tiada lagi air mata untuk dirinya yang tidak berhak. Tiada lagi kerinduan untuk dirinya yang bukannya menjadi milik aku. Kasih dan sayang aku hanya milik dirinya yang engkau kenali biarpun hanya bertegur sapa buat beberapa kali.

Benar kata pujangga, manusia berubah mengikut masa. Kita semakin meningkat umur. Menjadi lebih dewasa dan menjadi lebih matang. Matang untuk berfikir dan mengambil tindakan. Kata maaf aku hulurkan. Tidak aku ingini, persahabatan yang telah kita bina bertahun2 hancur hanya kerana kesilapan bodoh yang telah aku lakukan. Maafkan aku wahai sahabat.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: