Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, January 23, 2010

Memori Terindah

Okay, sebelum apa2. Kalau korang tak suka baca entry aku yang jiwang, korang boleh skip entry ni okay? Sebab entry ni memang jiwang. Hahaha... Jiwang ke??

Apa ada pada gambar di atas? Huhu... Jangan tanya lah. Saat aku menulis entry kali ni, aku sangat sangat SANGAT rindukan sayang aku kat KL. Uwa!!!! Nak balik KL. Balik??? Hello..... Miss Eriqa, sedar sikit awak tu baru je balik UUM tau. Hahaha...

Actually, gambar kat atas tu merupakan pemberian sayang aku sepanjang kitorang bersama. Huhu... Rantai kaki, rantai leher, dan cincin. Yang pastinya, semua adalah silver yea. Sebab aku tak berapa suka pakai emas. Hehehe... Nasib baik dia paham. Huhu...

Gelang kaki yang berloceng tu sebenarnya aku berkenan lepas tengok Kina pakai masa ke kelas. Waktu tu dia pakai skirt, then aku terdengar ada anklet berbunyi. Rupa2nya Kina punya anklet. Huhu... Jealous tau masa tu. Malam tu terus ngada2 ngadu kat sayang aku. That's why dia belikan aku satu masa aku balik KL hari tu.

Cincin yang besar tu sebenarnya cincin yang dia pakai. Hahaha... Jahat tak aku?? Tak jahat, sebab dia dah ambik salah satu cincin favourite aku. Cincin dia tu of course la tak muat untuk aku pakai kan? So aku jadikan buat rantai untuk rantai leher yang dia belikan untuk aku. Huhu...

Cincin yang satu lagi tu, aku rasa semua orang dah tahu kan? Itulah cincin pengikat hubungan kami. Biarlah orang nak cakap apa, aku jiwang terlebih2 ke, apa ke. Aku tak kisah. Sebab aku sangat2 bahagia bila berada di sisi dia.

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu. Huhu... Actually, minggu lepas aku ada cuti yang agak panjang. So, aku ambik keputusan nak pulang ke KL. Sebabnya? Aku dah terlalu rindukan dia. Sangat2 rindukan dia. Balik KL, aku tidur rumah mak angkat dia. Segan gila dowh. Hahaha... Nak balik rumah memang tak dapat la kan?? Sebabnya mama takkan bagi aku balik. Hahaha...... *ko tahu, ko diam2 sudah... jangan kecoh2 nak bagitahu mama.. terlepas cakap dengan mama.. memang aku lepuk ko...*

Aku balik KL hari Jumaat. Sampai kat KL dah petang. Dia ambik aku kat Pudu, singgah Pavilion, letak beg and terus pergi makan. Masing2 dah lapar sebab masing2 tak makan. Hahaha... Sengal kan?? Nak makan sekali punya pasal, kitorang berlapar dari pagi. Huhu...

Makan dengan Kak Nana, Mummy, Aton, Abg Amy, Ida and Apis. Huhu.. Lepas makan, aku melepak kat situ sementara tunggu dia habis kerja. Sepatutnya Mummy tak bagi sayang aku balik lambat, tapi apa boleh buat. Huhu... Aku paksa jugak dia balik awal. Bukan selalu pun aku dengan dia lepak macam tu. Huhu...

Memandangkan hari Isnin dia cuti, itu saja lah masa untuk kitorang spend masa together2. Hahaha... Sedih tak?? Aku balik dari hari Jumaat sampai Selasa, hari Isnin je aku lepak puas2 dengan dia. Tengok wayang, pergi makan, jalan2. Wooo.... Best gila tau. Baru rasa nikmat bercinta. Sebelum ni? Hurm.... Aku bahagia, tapi aku tak dapat rasa kebahagiaan seperti ini. Susah sangat nak dating. Hehehe...

Gambar aku dengan dia tak banyak sangat. Tangkap pun masa kat Pavilion. Masa ni baru lepas tengok wayang. Then nak pergi makan kat Pizza Hut. Aku open table untuk Kak Nana, Apis, and Ida. Semua sekali 5orang termasuk aku dengan dia.

Hari Selasa, dia dah kena serang migrain. Aku pulak yang rasa bersalah. Sebabnya, tiap2 malam dia tidur lewat. Aku yang paksa dia tidur lewat. Besoknya, pagi2 aku dah kejut dia pergi kerja. Sepanjang aku berada di KL, dia memang tak cukup tidur. Asyik kena kacau dengan aku. Huhu...

Walaupun aku bahagia bersama dia, ada ketika perselisihan faham tetap berlaku. Itu aku story entry berikutnya yea. Hehehe....

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: