Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, January 25, 2010

Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad. Seorang tokoh negara, seorang wira negara yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Menyebut nama Tun, sudah pasti semua orang akan bercakap mengenai kemajuan yang telah dilakukan oleh beliau terhadap pembangunan negara. Ada yang berkata pemikiran Tun yang liberal, memandang jauh ke hadapan telah membawa Malaysia ke mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang membangun.

Kenapa aku bagi intro mengenai Tun? Bertempat di DKG 2/1, tepat jam 2.34petang, Tun melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dengan diiringi Tun Dr Siti Hasmah Muhammad Ali dan mendapat tepukan gemuruh dari para penonton. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, nyanyian lagu Lagenda dari kumpulan koir PBS dan seloka dari seorang jemputan mengenai Tun.

Syarahan yang diberikan oleh Tun bertajuk 'Peranan Mahasiswa dalam Mengangkat Malaysia ke Negara Maju' benar2 dapat memikat para hadirin. Isi2 yang diutarakan Tun sewaktu memberikan syarahannya tidak kurang hebatnya. Sepanjang sejam dalam memberikan syarahannya, Tun menyentuh kepentingan ilmu yang harus dikumpul oleh mahasiswa dalam membantu negara mencapai status negara maju.

Selain itu, Tun juga menyentuh serba sedikit mengenai pembangunan industri yang kini menjadi sektor utama dalam menyumbang kepada hasil negara. Malaysia yang sebelum ini bergantung pada sektor pertanian mula mengubah kebergantungannya kepada sektor industri yang diharapkan dapat membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Tun ada menyebut, status negara maju tidak dapat diukur melalui GDP dan pendapatan per kapita. Ini kerana negara yang mempunyai penduduk yang kurang dan GDP yang tinggi mungkin tidak mendapat status negara maju, malah ada negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang rendah dan GDP yang tinggi diangkat statusnya menjadi negara maju.

Dalam sesi soal jawab bersama hadirin, salah satu soalan yang diusulkan kepada Tun ada menyentuh mengenai politik kaum. Dalam menjawab persoalan itu, Tun berkata bahawa politik kaum boleh dihapuskan jika para pemimpin dapat berfikir lebih mendalam mengenai kesejahteraan dan keamanan yang kita alami sekarang. Tun juga ada menyentuh mengenai bilangan mahasiswi yang lebih ramai di pusat pengajian tinggu berbanding mahasiwa. Tertarik dengan satu petikan dari jawapan yang diberikan oleh Tun, berbunyi "tak tau nak jadi pa.. bodoh sangat ka??".

Satu soalan yang diajukan kepada Tun mengenai penurunan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dari 10% kepada 7% dikatakan berpatutan kerana dengan keadaan ekonomi sekarang, agak mustahil untuk Malaysia mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 10% akibat dari kejatuhan ekonomi sewaktu krisi kewangan melanda ASEAN pada tahun 1997 dan dunia pada 2007.

Dengan 2krisis yang berlaku dalam tempoh 10tahun, keadaan ekonomi negara masih belum lagi mencapai keadaan stabil apatah lagi dengan keadaan mata wang kita yang semakin jatuh di pasaran antarabangsa. Tun ada menyebut, sekiranya Malaysia tidak dapat mencapai kadar pertukaran USD$1=RM2.50, selagi itulah Malaysia perlu mencari jalan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara.

Secara keseluruhannya, sesi syarahan yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad benar2 dapat memberikan para hadirin pengetahuan dan ilmu baru yang harus dikongsi bersama.

Untuk menghadiri sesi syarahan ini, aku terpaksa berdiri dari pukul 130petang sehinggalah pukul 400petang. Satu jangka masa yang agak lama, tetapi sangat berbaloi. Bertemu orang nombor satu negara pada suatu ketika dulu, mendengar input2 yang berguna, ini merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan.

Bayangkan, untuk mendengar syarahan Tun selama sejam itu, ada pelajar yang terpaksa berdiri sepanjang Tun memberikan syarahannya. Tidak kurangnya dengan pelajar yang terpaksa duduk bersila di hadapan pentas dan di tangga2 dewan kuliah semata2 untuk bersama2 mendengar syarahan Tun. Dewan kuliah yang sebelum ini tidak pernah penuh biarpun sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, dipenuhi dengan para pelajar pada petang tadi.


Dekat tangga pun penuh

Ini kat bahagian depan tepi sebelah kiri

Bahagian depan sebelah kanan

notatanganyangmengarang: penat berdiri masih lagi terasa.. masih lagi terngiang2 syarahan yang diberikan oleh Tun petang tadi..

lots of love,
[Miss Eriqa]

3 comments:

[z@ck] said...

respek sama Tun M!

Anonymous said...

Helo.. Tolonglah fikir betl-betul sebagai seorang mahasiswi. Jangan percaya sepenuhnya apa yang dicakap oleh kerajaan.Betulkah Tun Mahathir tela bangunkan negara ini? Atau dia bankrapkan negara ini?

-Projek penswastaan : adakah rakyat mendapat manfaat?

-Proton : rakyat ada manfaat?Padahal proton yang dieksport lagi murah drpd proton tempatan.

Hanya kroni shj yg dapat manfaat.

Dan banyak lagi perkara-perkara yang dibuatnya yang tidak diketahui umum.

Bacalah sumber lain yang bukan drpd sumber kerajaan..

Non-bumi faham tentang perlunya membantu Bumi. Tapi yang menjadi masalah ialah pelaksanaannya. Adakah yang benar-benar miskin diberi bantuan?
Kenapa seorang itu boleh dapat berpuluh ribu AP? Kenapa seorang bekas menteri besar boleh bina banglo berpuluh juta? Cuba fikirlah..

[Miss Eriqa] said...

zack: betul betul betul... respek Tun..

anonymous: pendapat mungkin berbeza bg setiap individu.. saya akan jawab persoalan awak dalam entry lain.. khas utk awk, individu misteri..