Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, February 22, 2010

Movies Review

Kerja tetap kerja, tapi movie tetap akan aku curi masa untuk menontonnya. Hahaha....

Hari Rabu and Khamis, sayang aku cuti. Aku? Of course la dah tak kerja. Huhu... So, kitorang habiskan masa tengok wayang. Antara movie yang sempat aku tengok dalam masa 2hari adalah Percy Jackson and The Lightning Thief, Little Big Soldier, 14 Blades and True Legend.

True Legend: Beggar Su @ Su Can

14 Blades

Yupe, kalau korang nak tahu, 3 out of 4 was Chinese movie. Kenapa? Sebab aku memang suka tengok cerita Cine dari kecik sehingga sekarang. Tapi aku pilih jugak, biasanya movie yang aku tengok takkan lari genre dia. Mesti fighting, action. Kalau bab cintan cintun, susah sikit la. Sebab aku tak berapa minat. Hehehe...

Little Big Soldier

Percy Jackson and The Lightning Thief

lots of love,
[Miss Eriqa]

Kerja Sewaktu Cuti CNY

Seperti yang dimaklumkan, cuti CNY aku kena kerja. Sepatutnya seminggu, tapi aku mintak 5hari je. Sebab?? Aku nak rehat and spend masa dengan sayang aku. Aku kerja dari hari Jumaat sampai hari Selasa. Kalau nak diikutkan, aku masyuk jugak la. Tapi apa boleh buat. Aku short banyak. Memang cilaka siapa yang main duit aku tu. Yang pasti, duit yang kau ambik tu duit haram. Huhu...

Sepanjang kerja, aku diserang migrain, resdung, batuk sehinggakan suara aku pun boleh hilang. So, aku ganti break staf2 lain. Huhu... Nak buat macam mana, dah jadi senior. Huhu... Break aku macam biasa, break dengan sayang. Huhu... Tapi kerja kali ni memang memenatkan. Sebab kerja sekejap je kot. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

11022010: Lepas Rindu

Masya-Allah, dah bersawang rupanya blog aku ni. Lama gila tak update cerita baru. Padahal banyak je cerita yang boleh dikongsikan bersama. Entah lah, aku pun tak tahu kenapa aku malas sangat nak update. Hehehe....

Cuti CNY baru2 ni aku dipanggil bekerja sebab kekurangan staf. Aku ingatkan leader aku saja cakap macam tu sebab nak backup budak2 baru, bila datang sendiri kerja time cuti tu, betul la apa yang leader aku cakapkan. Huhu... Orang time2 cuti ni la bawak anak2 jalan2. Kadang2 aku jealous jugak. Orang lain cuti, aku kena kerja. Huhu... Tapi takpa la, double pay. Hahaha...

Aku sampai KL Sentral pukul 5pagi hari Khamis, 11/02/10. Mula2 memang rancang nak balik rumah naik LRT transit dekat Masjid Jamek. Tapi bila sayang aku tahu, terus dia tak bagi aku balik sendiri. So, pagi tu dia tak tidur nak tunggu aku sampai KL.

Sebabkan awal sangat nak balik rumah, dia bawak aku makan kat Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. Aku nak try sebab orang kata kat situ sedap, tapi bagi aku sedap lagi nasi lemak yang aku selalu beli. Murah pun murah. Huhu...

Lepas makan dia hantar aku balik. Sampai je rumah, aku tak boleh nak tidur. Huhu.... Sepatutnya aku keluar dengan sayang tengah hari tu *dia tak pergi kerja sebab kena serang migrain*, tapi dia terlajak tidur. Huhu.. Keluar agak lewat. Dalam pukul 3. Kitorang pergi makan kat Kampung Pandan, area rumah dia. Lapar sangat dah time tu. Hehehe...


Lepas makan, lepak kat Taman Tasik Ampang Hilir. Saja nak dating. Hehhe... Takda buat apa sangat pun kat sana. Kitorang bersembang macam dah setahun tak jumpa. Hehehe.. Ada saja cerita yang nak diborakkan. Tengok budak2 jogging. Kadang2 aku terfikir balik, diorang jogging ke diorang dating. Huhu.. Ada yang parent temankan, ada sorang budak tu, aku rasa pelari wakil sekolah kot. Tengok ayah dia strict latih dia. Kan best kalau aku boleh masuk zaman sekolah. Huhu...



Habis lepak kat tasik, kitorang gerak ke Bukit Cinta, Cheras. Jujur aku cakap, itu kali pertama aku jejak kaki ke situ. Satu tempat yang menarik untuk menikmati pemandangan KL pada waktu petang menginjak ke malam. Melihat matahari terbenam, amat menenangkan perasaan aku. Huhu...

Aku kalau keluar dating, mesti takkan ke tempat lain. Lepak GSC tengok wayang, pergi makan2, pergi mana2 bukit untuk lihat pemandangan matahari terbenam. Sangatlah menenangkan jiwa. Huhu... Romantik? Tak pernah.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, February 09, 2010

Hanya Dia

Siti Nurhaliza & Kris Dayanti - Hanya Dia

Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia

**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

p/s:satu lagu yang benar2 menyentuh perasaan aku.. betapa indah lirik yang dikarang.. betapa merdu music yang dicipta.. betapa indah percintaan kerana ketulusan hati..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, February 04, 2010

Merapu dan Dibidas

Hurm.. Tadi baru sempat tengok blog aku. Huhu... Aku kena bidas lagi. Hahaha... Well.. Kadang2 kita tak boleh selalu menang kan?? Okay2.. Aku mengaku kalah. Huhu... Mungkin aku dah semakin kurang pembacaan. So, nak bidas kata2 orang pun tak boleh nak menang. Huhu...

To Anonymous, @ Dan *baru je tahu nama dia*, saya mintak maaf yea kalau menyinggung perasaan awak. Bukan niat nak menyalahkan awak. Mungkin ada betulnya kata2 awak, saya perlu lebih banyak membaca sebelum boleh membidas. Belum cukup ilmu di dada.

Well, that's what life are. Gain knowledge, as knowledge make us become more matured to judge other. As for me.... I wanna go home!!!! *okay ayat takda kaitan dengan cerita di atas*

lots of love,
[Miss Eriqa]