Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, February 22, 2010

11022010: Lepas Rindu

Masya-Allah, dah bersawang rupanya blog aku ni. Lama gila tak update cerita baru. Padahal banyak je cerita yang boleh dikongsikan bersama. Entah lah, aku pun tak tahu kenapa aku malas sangat nak update. Hehehe....

Cuti CNY baru2 ni aku dipanggil bekerja sebab kekurangan staf. Aku ingatkan leader aku saja cakap macam tu sebab nak backup budak2 baru, bila datang sendiri kerja time cuti tu, betul la apa yang leader aku cakapkan. Huhu... Orang time2 cuti ni la bawak anak2 jalan2. Kadang2 aku jealous jugak. Orang lain cuti, aku kena kerja. Huhu... Tapi takpa la, double pay. Hahaha...

Aku sampai KL Sentral pukul 5pagi hari Khamis, 11/02/10. Mula2 memang rancang nak balik rumah naik LRT transit dekat Masjid Jamek. Tapi bila sayang aku tahu, terus dia tak bagi aku balik sendiri. So, pagi tu dia tak tidur nak tunggu aku sampai KL.

Sebabkan awal sangat nak balik rumah, dia bawak aku makan kat Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru. Aku nak try sebab orang kata kat situ sedap, tapi bagi aku sedap lagi nasi lemak yang aku selalu beli. Murah pun murah. Huhu...

Lepas makan dia hantar aku balik. Sampai je rumah, aku tak boleh nak tidur. Huhu.... Sepatutnya aku keluar dengan sayang tengah hari tu *dia tak pergi kerja sebab kena serang migrain*, tapi dia terlajak tidur. Huhu.. Keluar agak lewat. Dalam pukul 3. Kitorang pergi makan kat Kampung Pandan, area rumah dia. Lapar sangat dah time tu. Hehehe...


Lepas makan, lepak kat Taman Tasik Ampang Hilir. Saja nak dating. Hehhe... Takda buat apa sangat pun kat sana. Kitorang bersembang macam dah setahun tak jumpa. Hehehe.. Ada saja cerita yang nak diborakkan. Tengok budak2 jogging. Kadang2 aku terfikir balik, diorang jogging ke diorang dating. Huhu.. Ada yang parent temankan, ada sorang budak tu, aku rasa pelari wakil sekolah kot. Tengok ayah dia strict latih dia. Kan best kalau aku boleh masuk zaman sekolah. Huhu...



Habis lepak kat tasik, kitorang gerak ke Bukit Cinta, Cheras. Jujur aku cakap, itu kali pertama aku jejak kaki ke situ. Satu tempat yang menarik untuk menikmati pemandangan KL pada waktu petang menginjak ke malam. Melihat matahari terbenam, amat menenangkan perasaan aku. Huhu...

Aku kalau keluar dating, mesti takkan ke tempat lain. Lepak GSC tengok wayang, pergi makan2, pergi mana2 bukit untuk lihat pemandangan matahari terbenam. Sangatlah menenangkan jiwa. Huhu... Romantik? Tak pernah.

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

Cutiesifa said...

i x pnh g taman tasik ampang hilir & bukit cinta..

cam menarik je tmpt tu..

akan ku terhah ke sana :D

[Miss Eriqa] said...

tempat tu sangat cantik.. lagi2 kalau pergi waktu matahari dah nak terbenam.. lepak kat atas bukit cinta @ bukit permai dari kul 530 sampai 7lebih pun rasa kejap je..