Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, March 27, 2010

Aku Adalah Aku

Aku bingung, aku celaru. Kadang2 mereka baik, kadang2 mereka masam muka. Perlu ke semua itu berlaku? Ada insan pernah memberikan nasihat, tidak aku mati kerana hinaan, tidak aku hidup kerana pujian. Maksudnya? Bila aku fikirkan semula, kadang2 aku tidak mempunyai kekuatan untuk terus bersikap pendiam, bersikap sambil lewa.

Aku lebih gemar begini. Hidup dikelilingi buku, hidup dikelilingi kawan yang rapat dengan aku. Biarpun ada masa hubungan kami bagaikan pasang dan surutnya air di lautan, tapi aku tahu mereka kenal siapa aku.

Aku tidak gemar berdiam diri. Maksud aku, aku lebih melontarkan pendapat aku. Tapi bila pendapat dilontarkan, aku dikatakan berlagak pandai, berlagak bagus. Salahkah pandangan itu diutarakan?

Aku penat untuk menjaga hati orang, aku penat untuk menjaga tutur kata. Seolah2 aku bukan aku. HIPOKRIT???? Itu satu perkataan yang sangat bagus. Kerana aku penat menjadi hipokrit di hadapan semua orang. Perubahan sering aku tanamkan dalam diri. Namun aku sedar aku tidak mampu melakukan semua itu tanpa sokongan.

Mereka memberikan aku semangat, memberikan aku kata2 kekuatan. Tapi sehingga bila mereka akan berada di sisi aku? Yea, selama2nya. Namun mereka juga punya hidup mereka, punya cerita mereka. Tidak mungkin mereka akan berada bersama aku selama2nya. Hanya satu yang aku pinta, biarlah kita terus menjadi sahabat. Biarlah persahabatan ini terus berkekalan.

Aku rindukan masa2 yang dulu. Andai dapat aku putarkan kembali masa itu, pasti akan aku hargai sebaik yang mungkin saat2 gembira bila kita bersama. Aku sayang korang semua.

Best Friends Forever

p/s:gambar tidak ada kaitan dengan entry ini okay...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, March 24, 2010

Kenapa Dan Kenapa

Hidup kadang2 bukan seperti yang kita rancangkan. Kenapa jika kita meletakkan harapan, pasti akan ada halangan untuk kita melepaskan harapan yang pernah menjadi satu kebangaan suatu ketika dulu?

Kenapa mereka merasakan mereka adalah betul, sedangkan mereka tidak berada di situ untuk merasai kesakitan berada di atas? Mereka rasakan seolah2 itu semua hanyalah air yang boleh mengalir, sedangkan mereka tidak tahu, lumpur yang mengotori lukisan itu tidak mampu untuk dihilangkan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, March 23, 2010

Entry Kosong

MOOD: KEBOSANAN + TEKANAN + KERINDUAN = GILA!!!

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, March 21, 2010

Bosan + Update Sejenak

Lama sudah rupanya aku tak update blog kan? Hurm... Entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa aku makin malas. Malas nak ke kelas, malas nak buat assignment, malas nak update blog. Hurm... Kenapa ek??

Bulan March semakin ke penghujung. Bulan April semakin menghampiri. APRIL???? Alamak, aku dah nak masuk umur 21 la. Hahaha.... Nampaknya, aku semakin meningkat umur. Huhu... Apa nak buat ek tahun nie nak celebrate birthday aku? Balik KL? Sudah semestinya. Hurm...

Menjangkau usia 21, membuatkan aku semakin menjadi matang. Tapi, mampukah aku kota2kan kata2 aku sebelum ini? Mampukah untuk aku semakin matang, sedangkan aku masih lagi bersikap begini? Kata2 mimie dan sayang aku membuatkan aku berfikir semula. Apakah mampu untuk aku teruskan perjalanan kehidupan ini???

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, March 04, 2010

Ketidakpuasan Hati

Hurm... Rasa2 aku, tahun ni paling susah untuk aku update blog aku. Huhu... Tahap kemalasan memang sudah melanda diri semenjak dari awal semester lagi. Hahaha... Poyo je kan bila awal2 semester dulu cakap nak berubah. Actually, ada la nampak sikit. Hahaha...

Actually, tujuan aku post entry ni, sebab aku sangat2 lah stress. Dan bila aku stress, takda tempat untuk aku luahkan masalah aku biarpun aku punya my sayang. Bukan aku tak boleh nak melepaskan segalanya. Dia orang yang terdekat dengan aku selepas mereka yang bergelar sahabat sejati.

Aku tertarik dengan satu ungkapan, 'anak kera di hutan di susukan, anak sendiri mati kelaparan di rumah'. Yea, semua dah tahu maksud ungkapan ni kan? Tapi bagi aku, ungkapan ini tak lagi mempunyai satu maksud. Hehehe...

Aku mengalami tekanan? Yea memang aku dilanda tekanan. Tertekan dengan sikap orang di sekeliling yang tidak mahu memahami malah melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh mereka.

Sangat2 rasa bersalah dengan dia yang telah banyak membantu aku. Tapi aku, apa yang telah aku berikan kepada dia sebagai balasan? Yang aku sedihnya, orang lain la lebih mengerti perasaan aku, mengerti kepayahan hidup aku. Lebih membuatkan aku terharu, kenapa mesti dia menggalas tanggungjawab terhadap aku? Aku betul2 penat dan terseksa dengan semua yang berlaku. Bukan mengungkit, bukan menyalahkan sesiapa, tapi sekadar meluahkan rasa ketidakpuasan hati.

Terima kasih sayang sebab sudi menyokong saya dari belakang, sentiasa berada di sisi saya tiap kali saya perlukan seseorang untuk berbicara.lots of love,
[Miss Eriqa]