Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, March 27, 2010

Aku Adalah Aku

Aku bingung, aku celaru. Kadang2 mereka baik, kadang2 mereka masam muka. Perlu ke semua itu berlaku? Ada insan pernah memberikan nasihat, tidak aku mati kerana hinaan, tidak aku hidup kerana pujian. Maksudnya? Bila aku fikirkan semula, kadang2 aku tidak mempunyai kekuatan untuk terus bersikap pendiam, bersikap sambil lewa.

Aku lebih gemar begini. Hidup dikelilingi buku, hidup dikelilingi kawan yang rapat dengan aku. Biarpun ada masa hubungan kami bagaikan pasang dan surutnya air di lautan, tapi aku tahu mereka kenal siapa aku.

Aku tidak gemar berdiam diri. Maksud aku, aku lebih melontarkan pendapat aku. Tapi bila pendapat dilontarkan, aku dikatakan berlagak pandai, berlagak bagus. Salahkah pandangan itu diutarakan?

Aku penat untuk menjaga hati orang, aku penat untuk menjaga tutur kata. Seolah2 aku bukan aku. HIPOKRIT???? Itu satu perkataan yang sangat bagus. Kerana aku penat menjadi hipokrit di hadapan semua orang. Perubahan sering aku tanamkan dalam diri. Namun aku sedar aku tidak mampu melakukan semua itu tanpa sokongan.

Mereka memberikan aku semangat, memberikan aku kata2 kekuatan. Tapi sehingga bila mereka akan berada di sisi aku? Yea, selama2nya. Namun mereka juga punya hidup mereka, punya cerita mereka. Tidak mungkin mereka akan berada bersama aku selama2nya. Hanya satu yang aku pinta, biarlah kita terus menjadi sahabat. Biarlah persahabatan ini terus berkekalan.

Aku rindukan masa2 yang dulu. Andai dapat aku putarkan kembali masa itu, pasti akan aku hargai sebaik yang mungkin saat2 gembira bila kita bersama. Aku sayang korang semua.

Best Friends Forever

p/s:gambar tidak ada kaitan dengan entry ini okay...

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: