Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, April 28, 2010

Kadang-kadang

Kadang-kadang kita berlari,
Tak sedar langsung ke mana arah tujuan,
Tapi sampai di penghujung jalan,
Baru kita tahu arah yang di tuju,
Buknlah arah yang kita cari.

Kadang-kadang kita berfikir,
Terlalu asyik hingga lupa segalanya,
Jam yang sedang berdetik melewati malam,
Langsung tidak kita hindari,
Rupanya telah banyak masa kita bazirkan.

Kita berdiri di satu sudut,
Melihat segala ragam mereka,
Kita tidak berganjak dari situ,
Sedangkan dengan ragam mereka,
Mereka sudah maju ke hadapan.

Kita memandang bukan melihat,
Kita bercakap bukan berkata-kata,
Kita mendengar tanpa suara,
Selepas seketika baru kita tersedar,
Kita tidak memahami dir imereka.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, April 24, 2010

Aku Tetap Aku

April hampir ke penghujung. Tapi aku masih lagi di sini. Sedar tak sedar, aku semakin menghampiri penghujung tahun kedua aku sebagai seorang pelajar. Berada di tahun kedua banyak mengajar aku erti kesabaran. Yang paling penting usaha kita untuk berjaya di masa depan.

Aku bukanlah seorang pelajar yang rajin untuk mengulangkaji pelajaran. Bukan juga seorang pelajar yang mampu menelaah buku setiap masa. Life aku tak banyak berubah semenjak aku di bangku sekolah lagi. Pasti akan aku curi masa untuk mencari hiburan biarpun sekejap. Hangout dengan kawan2, lepak2 di kedai makan sambil berborak kosong. Itu yang masih kekal sehingga kini.

Jika cara kehidupan aku tidak banyak perubahannya, pelajaran aku pula yang nampak kesannya. Tidak mampu lagi untuk aku bangga dengan keputusan2 yang cantik. Kini aku paham mulai mengerti tentang bezanya antara ilmu yang dicari untuk sebuah kehidupan dengan ilmu yang dicari hanya untuk lulus peperiksaan. Mungkin pada sesetengah orang, tidak banyak bezanya. Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan menunjukkan bahawa kita mengerti tentang ilmu yang dicari. Berbeza pada aku. Aku paham, aku boleh untuk melakukan. Tapi untuk menjawab dalam peperiksaan, sudah pasti aku blank. Otak kosong. Seolah2 aku tidak pernah belajar tentang perkara tersebut.

Aku adalah aku. Dari dulu sehingga sekarang aku berpegang dengan prinsip itu. Itu yang membawa aku ke sini. Aku tidak mahu jadi hipokrit. Mengapa mesti berlakon hanya untuk disenangi dan disukai oleh orang lain. Kita masih boleh disayangi, disukai biarpun kita menjadi diri kita sendiri. Bukan untuk mengutuk atau mengata sesiapa. Bukan juga menyatakan bahawa aku sempurna. Tidak sama sekali. Aku bangga dengan diri aku. Bangga dengan keyakinan dan didikan orang tua aku. Yang pasti, aku ingin terus begini, menjadi siapa aku sebenarnya.

Hidup di tempat orang bukanlah mudah. Apatah lagi jika kita merantau ke tempat yang jauh bezanya dengan tempat asal kita. Aku anak jati KL. Aku bangga biarpun ramai yang mengatakan KL itu penuh dengan kehidupan sosial. Pub, kelab malam, disko memang mudah untuk dicari di KL. Tapi aku bangga bukan kerana itu semua. Aku bangga kerana berada di kota metropolitan ini banyak mengajar aku erti berdikari. Alhamdulillah, didikan orang tua aku banyak menolong aku bila berada di tempat orang. Berdikari mungkin mudah pada sesetengah orang, tapi untuk menggalasnya di bahu sendiri, tidak semua mampu melakukannya.

Untuk sahabat, teman, rakan, kawan
Ambillah masa sejenak. Fikirkan tentang kehidupan kita sekarang. Gembirakan kita dengan keadaan kita sekarang? Mampukah kita untuk terus hidup begini? Apakah kebahagiaan yang kita kecapi sekarang mampu untuk bertahan buat selamanya? Renungkanlah sementara kita masih punya waktu untuk berfikir.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, April 18, 2010

Movies Review

Ramai kawan2 aku dah sedia tahu aku ni jenis yang suka sangat tengok movie kan? Hehehe... Masa balik KL hari tu, macam biasa aku tetap akan pergi tengok wayang. Rasanya, takda lagi cuti aku kat Kl aku tak pergi tengok wayang. Huhu... Okay, ni list and sedikit review tentang movie2 yang aku sempat tengok dalam masa 2 hari. Yupe, 5movies watched in just 2days. Itu sudah normal. Hehehe...

First day (12/04/10)
On first day, first movie yang aku tengok Clash Of The Titans 2010 (3D). Movie ni sebenarnya remake daripada movie tahun 80's dengan title yang sama. Secara keseluruhan, jalan cerita an aksi yang menarik tapi dengan plot yang agak perlahan pada permulaan cerita.

Namun harus diingatkan pada semua, movie ni adalah satu mitos dari Greece. So, tolonglah jangan mengatakan movie ini boleh memesongkan akidah kita semua. Setiap bangsa dalam dunia ni ada mitos mereka yang tersendiri. Kebenaran dan myths adalah 2benda yang berbeza. But both can be made into live action movie. Kita yang menontonnya harus bijak menilai dari persepsi masing2.

Perbalahan antara Tuhan dan manusia memang tidak akan pernah wujud. Tapi itu yang terjadi dalam mitos bangsa Greek. So, terima movie ini sebagai satu hiburan buat semua. Rating: 4.5/5

Synopsis: In Clash of the Titans, the ultimate struggle for power pits men against kings and kings against gods. But the war between the gods themselves could destroy the world. Born of a god but raised as a man, Perseus is helpless to save his family from Hades, vengeful god of the underworld. With nothing left to lose, Perseus volunteers to lead a dangerous mission to defeat Hades before he can seize power from Zeus and unleash hell on earth. Leading a daring band of warriors, Perseus sets off on a perilous journey deep into forbidden worlds. Battling unholy demons and fearsome beasts, he will only survive if he can accept his power as a god, defy his fate and create his own destiny. Reimagined with state-of-the-art visual effects and cutting edge technology, Clash of the Titans is a timeless and awe-inspiring adventure set against the turbulent backdrop of Ancient Greece.

Then take a break kejap. Sambung pulak dengan movie Beauty On Duty. It was a Chinese comedian movie. Secara keseluruhan komedi dan jalan cerita movie ni menarik. Permulaan tidak terlalu perlahan. Biasa2 je la. Rating: 4/5

Synopsis: This Easter, be prepared for another laugh-out-loud comedy starring Sandra Ng and Charlene Choi. A rookie policewoman (Charlene Choi) rescues a witness of a murder case during her first patrol. The witness is willing to testify against the murderer only if the police team protects his daughter. As a result of this, the rookie is forced to participate in the "Miss Asia Beauty Pageant" together with the girl to ensure she is safe by her side. Who will win the title of Miss Asia, alive?

Lepas tengok Beauty On Duty, tengok movie Kaiji. Mungkin ada yang tak tak tahu, actually movie ni ada siri anime sendiri. So kiranya movie nie live-action movie la. Huhu... Akan ada yang menganggap bahawa movie ni akan berkisarkan tentang perjudian semata2. Tak terkecuali aku. Hehehe... But what will u get from watching this movie? Hurm...

Actually movie ni nak sedarkan kita bahawa kita takkan mampu berjaya jika kita tak nak berusaha dalam mencapai kejayaan. Dengan sikap suka berjudi, kita hanya akan menyusahkan diri kita sendiri dan orang lain. Satu lagi pengajaran yang aku dapat dari movie ni, bagaimana kita tak harus memperjudikan nyawa kita kerana ingin keluar dari masalah yang kita sendiri cipta. Biarpun jika kita berjaya keluar dari masalah tersebut dan berjaya mendapatkan hasil, namun itu semua takkan mampu memberikan kebahagiaan pada diri sendiri.

Mungkin akan ada yang agak berbelit baca apa yang aku tulis. Sebab ini dari sudut pandangan aku. Nak tahu lebih lanjut, tengok sendiri. Huhu... Rating: 4.5/5

Synopsis: "Kaiji: The Ultimate Gambler" is an exciting psychological thriller starring Tatsuya Fujiwara as Kaiji, man forced to enter a deadly gambling competition aboard a cruise ship, to erase a large financial debt. Based on Nobuyuki Fukumoto's hit manga series which has sold over 11 million copies, Kaiji is a 26 year-old job-hopping bum who suddenly finds himself riddled in debt after a shadowy loan company informs him that he is responsible for a loan taken by his friend (who has since gone missing) and whom he casually co-signed as a loan guarantor for!

On second day (13/04/10)
Second day aku sempat tengok 2movie je. First aku tengok Alice in Wonderland (3D). Jangan cakap cerita ni untuk budak2 yea. Sebab aku sangatlah suka tengok movie nie. Hehehe... Movie ni sambungan dari movie2 sebelum ni. Alice ke dunia Wonderland masa dia kecik kan? Around 7years old kot waktu tu. Untuk movie Alice in Wonderland 2010 ni, masa ni umur Alice dah 17years old. Dah besar untuk masuk ke dunia Wonderland yang sedang kucar kacir. Even alice sendiri dah tak ingat dengan dunia yang dia pernah datang sebelum ni. Huhu... Menarik sangat2. Rasa seperti kembali ke zaman kanak2 ribena dulu. Hehehe... Rugi tak tengok. Rating: 4.5/5

Synopsis: 17-year-old Alice (Mia Wasikowska) attends a party at a Victorian estate only to find she is about to be proposed to in front of hundreds of snooty society types. She runs off, following the White Rabbit (Michael Sheen) into a hole and ends up in Wonderland, a place she visited in a similar manner 10 years before, yet doesn't remember. Wonderland was a peaceful kingdom until the Red Queen (Helena Bonham Carter) overthrew her sister, the White Queen (Anne Hathaway). The creatures of Wonderland, such as the Cheshire Cat (Stephen Fry), Tweedledee and Tweedledum (Matt Lucas) and the March Hare (Noah Taylor), ready to revolt, wait for Alice to help them. With the help of the White Queen, the Mad Hatter (Johnny Depp) and the Caterpillar (Alan Rickman), Alice starts seeing flashbacks of her original visit, back when she was seven.

Last but not least tengok How To Train Your Dragon (3D). Huhu... Menarik seyh movie nie. Dragon Night Fury (Toothless) sangatlah comel. Suka tengok rupa dia masa dia buat muka comel dengan mata yang bulat dan besar. Alalalala.... Nak tengok lagi sekali. Comel sangat. Huhu... Disebabkan movie ni animasi, so bila tengok 3D dimension dia nampak lagi real n live jika nak dibandingkan dengan movie 3D yang aku sempat tengok. Huhuhu.. Rating: 4.5/5

Synopsis: Based on the book by Cressida Cowell, the story centers around a Viking teenager named Hiccup, who lives on the island of Berk, where fighting dragons is a way of life. The teen's smarts and offbeat sense of humor don't sit too well with his tribe or its chief... who just happens to be Hiccup's father. However, when Hiccup is included in Dragon Training with the other Viking teens, he sees his chance to prove he has what it takes to be a fighter. But when he encounters (and ultimately befriends) an injured dragon, his world is flipped upside down, and what started out as Hiccup's one shot to prove himself turns into an opportunity to set a new course for the future of the entire tribe.

p/s: nak tahu lebih lanjut, klik dekat title.. aku dah link kan dengan official site setiap movie.. yang mana dalam kurungan ada 3D, means aku tengok movie tu dalam format 3D.. hehehe... best!!!!

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, April 15, 2010

190110: Coretan Buat Yang Tersayang

Biarkan masa terhenti buat kami,
Andai itu dapat menenangkan hati kami berdua,
Biarkan masa itu berlalu buat kami,
Andai itu dapat memberikan kenangan.

Terima kasih tidak terhingga,
Buat awak pengarang jantung,
Memberikan saya seribu kemanisan,
Percintaan dan perkasihan yang indah.

Masa dan jarak memisahkan kita,
Rajuk dan tawa menjadi rencah perhubungan,
Tangis dan senyuman menjadi penyeri,
Rahsia sebenar kemesraan ini.

Kasih,
Sayang hadir tanpa sedar,
Cinta wujud tanpa diduga,
Perkenalan di situ memberikan kenangan,
Menjadikan kita milik berdua.

Sayang,
Maaf andai ada kesilapan,
Ampun andai ada dosa,
Biarkan memori indah menjadi ikatan,
Penguat kepada perhubungan ini.

Abang,
Biarpun baru sebulan kita bersama, terlalu byk kenangan yg abg ciptakan utk syg.
Terlalu banyak memori abg sematkan dalam ingatan syg.
Tulusnya sayang dan cinta syg buat abg, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Janji tidak akan ada yg terluka, tidak akan ada penipuan antara kita.
Syg terlalu encintai abg.

Tulus menyayangi,
Sayang @ Comot @ Baby...

Khas untuk yang tersayang,
Abang @ Bucuk @ My only hubby.......

p/s: coretan nie aku tulis masa kitorang genap sebulan.. sayang aku terlalu kuat untuk dirinya...

Sambutan Yang Sederhana

Lama gila kan aku tak update apa2?? Hehehe.... Actually ada je benda yang aku boleh update, tapi entah kenapa rasa malas la pulak nak bukak blog ni. Hehehe...

Okay2, this time, actually aku nak stroy pasal birthday aku last Saturday. Member2 aku ada yang tahu aku balik KL semata2 nak celebrate dengan my sayang. Yupe, aku lari balik KL kejap *kejap ke???*. Sambutan yang amat simple tapi membuatkan aku terharu and yang pasti aku menitiskan air mata malam birthday aku. Sebak weiy. Memang aku rasa nak menangis tau.

Actually, tepat pukul 12pagi tu, aku nak ajak dia pergi makan kat mana2. Tapi aku kesian pulak kat dia. Yelah, penat kot layan perangai aku sepanjang aku dekat KL. Hehehe... So, malam tu kitorang just lepak kat rumah. Around pukul 11malam macam tu la kot, dia gedik2 dengan aku. Dia kata dia lapar, nak makan. Aku cakap 'awak g la beli kat mana2..saya pun lapa jugal..' Itu semua alasan malas nak masak untuk dia. Dia taknak keluar tau!! Then, aku buat2 lah rajin. Nak tak nak masak untuk dia.

Nasib baik mak angkat dia memang tak kisah kalau aku nak masak. Siap cakap lagi, 'buat je macam umah sendiri'. Suka aku. Hehehe.... Aku masak simple je. Ayam goreng lada hitam. Dah macam masak untuk suami aku je. Siap hidangkan, tunggu nak makan sekali. Habis makan dia yang basuh pinggan. Hehehe...

Yang buat aku sebak kenapa? Sememangnya langsung takda hadiah, sambutan, kek. Yang membuatkan aku sebak, sebab tepat jam 12malam, dia wish happy birthday live depan aku. Bukan secara message atau call. Dia wish aku, hadiah yang paling membuatkan aku terharu adalah sebuah ciuman di dahi selepas ucapan selamat hari lahir. Aku nangis weiy. Ingat nak control, tapi tak boleh. Memang aku nangis. Tapi takda la teresak2. Hehehe...

Malam tu, aku tidur dalam senyuman. Indah sangat bila dapat sambut dengan orang tersayang. Hehehe... So hari Sabtu, memang tak keluar. Makan pun kat rumah. Again, masak untuk dia. Petang sikit baru keluar jumpa Oshin dengan Daus. Lama gila tak lepak dengan diorang. Rindu pulak dengan diorang.

Lepak pun takda lama mana pun. Borak2 kejap, lepas tu aku gerak dari Pavilion untuk makan kat area Desa Pandan. Makan apa?? Makan char kuew tiow. Lama gila weiy aku rasa nak makan char kuew tiow tu. Asyik tak dapat je. Nasib baik masa balik KL dapat.

Ingat malam tu nak lepak je kat rumah. Sampai kat area rumah, family angkat sayang aku ajak pergi tengok anak kakak dia yang baru keluar dari hospital sebab accident. Teruk gila okay. Huhu.. Lepak tak lama mana pun. Then balik rumah sebab nak tengok cekerarama *betul ke tak aku tak tau nak eja*. Sebelum sampai rumah, sempat lagi beli ABC nak makan dekat rumah. Hehehe....

Malam tu, aku kembung perut. Sangatlah kembung sampai aku tak boleh nak tidur. Rasa nak nangis je. Nak tak nak, aku pujuk sayang aku, kitorang keluar cari makan. Hehehe.. Jahat tak?? Makan roti canai je pun. Hehhee....

Balik rumah, memang aku tidur kepenatan. Sangat2lah penat. Hehehe... Tapi yang pasti, hari lahir ke21 memang aku takkan lupa. Tiada hadiah, tiada sambutan, sekadar ucapan selamat hari lahir dan doa untuk kebahagiaan aku dan sebuah kucupan mesra di dahi tanda betapa sayangnya dia pada aku.

Sayang, terima kasih untuk malam terindah. Sayang sangat dengan awak.

lots of love,
[Miss Eriqa]