Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, April 24, 2010

Aku Tetap Aku

April hampir ke penghujung. Tapi aku masih lagi di sini. Sedar tak sedar, aku semakin menghampiri penghujung tahun kedua aku sebagai seorang pelajar. Berada di tahun kedua banyak mengajar aku erti kesabaran. Yang paling penting usaha kita untuk berjaya di masa depan.

Aku bukanlah seorang pelajar yang rajin untuk mengulangkaji pelajaran. Bukan juga seorang pelajar yang mampu menelaah buku setiap masa. Life aku tak banyak berubah semenjak aku di bangku sekolah lagi. Pasti akan aku curi masa untuk mencari hiburan biarpun sekejap. Hangout dengan kawan2, lepak2 di kedai makan sambil berborak kosong. Itu yang masih kekal sehingga kini.

Jika cara kehidupan aku tidak banyak perubahannya, pelajaran aku pula yang nampak kesannya. Tidak mampu lagi untuk aku bangga dengan keputusan2 yang cantik. Kini aku paham mulai mengerti tentang bezanya antara ilmu yang dicari untuk sebuah kehidupan dengan ilmu yang dicari hanya untuk lulus peperiksaan. Mungkin pada sesetengah orang, tidak banyak bezanya. Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan menunjukkan bahawa kita mengerti tentang ilmu yang dicari. Berbeza pada aku. Aku paham, aku boleh untuk melakukan. Tapi untuk menjawab dalam peperiksaan, sudah pasti aku blank. Otak kosong. Seolah2 aku tidak pernah belajar tentang perkara tersebut.

Aku adalah aku. Dari dulu sehingga sekarang aku berpegang dengan prinsip itu. Itu yang membawa aku ke sini. Aku tidak mahu jadi hipokrit. Mengapa mesti berlakon hanya untuk disenangi dan disukai oleh orang lain. Kita masih boleh disayangi, disukai biarpun kita menjadi diri kita sendiri. Bukan untuk mengutuk atau mengata sesiapa. Bukan juga menyatakan bahawa aku sempurna. Tidak sama sekali. Aku bangga dengan diri aku. Bangga dengan keyakinan dan didikan orang tua aku. Yang pasti, aku ingin terus begini, menjadi siapa aku sebenarnya.

Hidup di tempat orang bukanlah mudah. Apatah lagi jika kita merantau ke tempat yang jauh bezanya dengan tempat asal kita. Aku anak jati KL. Aku bangga biarpun ramai yang mengatakan KL itu penuh dengan kehidupan sosial. Pub, kelab malam, disko memang mudah untuk dicari di KL. Tapi aku bangga bukan kerana itu semua. Aku bangga kerana berada di kota metropolitan ini banyak mengajar aku erti berdikari. Alhamdulillah, didikan orang tua aku banyak menolong aku bila berada di tempat orang. Berdikari mungkin mudah pada sesetengah orang, tapi untuk menggalasnya di bahu sendiri, tidak semua mampu melakukannya.

Untuk sahabat, teman, rakan, kawan
Ambillah masa sejenak. Fikirkan tentang kehidupan kita sekarang. Gembirakan kita dengan keadaan kita sekarang? Mampukah kita untuk terus hidup begini? Apakah kebahagiaan yang kita kecapi sekarang mampu untuk bertahan buat selamanya? Renungkanlah sementara kita masih punya waktu untuk berfikir.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: