Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, April 15, 2010

Sambutan Yang Sederhana

Lama gila kan aku tak update apa2?? Hehehe.... Actually ada je benda yang aku boleh update, tapi entah kenapa rasa malas la pulak nak bukak blog ni. Hehehe...

Okay2, this time, actually aku nak stroy pasal birthday aku last Saturday. Member2 aku ada yang tahu aku balik KL semata2 nak celebrate dengan my sayang. Yupe, aku lari balik KL kejap *kejap ke???*. Sambutan yang amat simple tapi membuatkan aku terharu and yang pasti aku menitiskan air mata malam birthday aku. Sebak weiy. Memang aku rasa nak menangis tau.

Actually, tepat pukul 12pagi tu, aku nak ajak dia pergi makan kat mana2. Tapi aku kesian pulak kat dia. Yelah, penat kot layan perangai aku sepanjang aku dekat KL. Hehehe... So, malam tu kitorang just lepak kat rumah. Around pukul 11malam macam tu la kot, dia gedik2 dengan aku. Dia kata dia lapar, nak makan. Aku cakap 'awak g la beli kat mana2..saya pun lapa jugal..' Itu semua alasan malas nak masak untuk dia. Dia taknak keluar tau!! Then, aku buat2 lah rajin. Nak tak nak masak untuk dia.

Nasib baik mak angkat dia memang tak kisah kalau aku nak masak. Siap cakap lagi, 'buat je macam umah sendiri'. Suka aku. Hehehe.... Aku masak simple je. Ayam goreng lada hitam. Dah macam masak untuk suami aku je. Siap hidangkan, tunggu nak makan sekali. Habis makan dia yang basuh pinggan. Hehehe...

Yang buat aku sebak kenapa? Sememangnya langsung takda hadiah, sambutan, kek. Yang membuatkan aku sebak, sebab tepat jam 12malam, dia wish happy birthday live depan aku. Bukan secara message atau call. Dia wish aku, hadiah yang paling membuatkan aku terharu adalah sebuah ciuman di dahi selepas ucapan selamat hari lahir. Aku nangis weiy. Ingat nak control, tapi tak boleh. Memang aku nangis. Tapi takda la teresak2. Hehehe...

Malam tu, aku tidur dalam senyuman. Indah sangat bila dapat sambut dengan orang tersayang. Hehehe... So hari Sabtu, memang tak keluar. Makan pun kat rumah. Again, masak untuk dia. Petang sikit baru keluar jumpa Oshin dengan Daus. Lama gila tak lepak dengan diorang. Rindu pulak dengan diorang.

Lepak pun takda lama mana pun. Borak2 kejap, lepas tu aku gerak dari Pavilion untuk makan kat area Desa Pandan. Makan apa?? Makan char kuew tiow. Lama gila weiy aku rasa nak makan char kuew tiow tu. Asyik tak dapat je. Nasib baik masa balik KL dapat.

Ingat malam tu nak lepak je kat rumah. Sampai kat area rumah, family angkat sayang aku ajak pergi tengok anak kakak dia yang baru keluar dari hospital sebab accident. Teruk gila okay. Huhu.. Lepak tak lama mana pun. Then balik rumah sebab nak tengok cekerarama *betul ke tak aku tak tau nak eja*. Sebelum sampai rumah, sempat lagi beli ABC nak makan dekat rumah. Hehehe....

Malam tu, aku kembung perut. Sangatlah kembung sampai aku tak boleh nak tidur. Rasa nak nangis je. Nak tak nak, aku pujuk sayang aku, kitorang keluar cari makan. Hehehe.. Jahat tak?? Makan roti canai je pun. Hehhee....

Balik rumah, memang aku tidur kepenatan. Sangat2lah penat. Hehehe... Tapi yang pasti, hari lahir ke21 memang aku takkan lupa. Tiada hadiah, tiada sambutan, sekadar ucapan selamat hari lahir dan doa untuk kebahagiaan aku dan sebuah kucupan mesra di dahi tanda betapa sayangnya dia pada aku.

Sayang, terima kasih untuk malam terindah. Sayang sangat dengan awak.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: