Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, May 31, 2010

Update Mengada

Makin lama, makin malas la pulak nak update blog nie. Kenapa ek?? Hahaa.... Takda masa yang sesuai kot.. Yelah, sekarang kan aku kerja, so masa banyak habis waktu kerja. Penat memang penat, tapi aku ingin mencuba sesuatu yang baru.

Hurm, hari ni mummy pindah rumah baru. Dekat dengan area wangsa maju. Not bad la rumah tu. Cantik and selesa. Huhuhu... Besok lusa aku cuti. BEsok aku nak dating puas2 dengan abg sayang aku. Hehehe...

Dah2 la tu. Saja je nak update ngada2 pagi2 ni. Da...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, May 18, 2010

Kehilangan Seorang Adik

Lama gila aku tak update blog nie kan? Jangan tanya kenapa dan mengapa. Yang pasti aku agak sedikit penat sekarang. Hurm... Actually, aku ada satu cerita yang sedih bagi aku.

Masihkah korang ingat, tentang K? Rasanya2 kalau korang tengok gambar kat atas, korang still ingat tak siapa dia?

Semalam, 17 May 2010, K telah meninggalkan aku buat selama2nya. Aku gelarkan dia K, tapi selepas apa yang berlaku, aku selesa panggil dia sebagai adeq aku. Dulu aku pernah menyimpan perasaan pada dia, tapi pergaduhan yang berlaku membuatkan kami masing2 senyap tanpa berita. Tapi, adeq ada cari aku balik sebelum dia berhenti dari GSC dan menyambung pelajarannya ke Politeknik Port Dickson.

Biarpun arwah jarang menghubungi aku, tapi jauh di dasar hati aku, aku tak pernah sekali melupakan dia dari ingatan aku. Arwah seorang yang sangat nakal, seorang yang boleh menggembirakan sesiapa biarpun di kala kesedihan.

Pada mulanya aku cuma mendapat berita bahawa dia kemalangan dekat Melaka. Masuk ICU. Dapat je berita aku harapkan dia selamat. Tapi masa tengah kerja semalam, aku dapat berita arwah dah pergi meninggalkan aku dan kami semua.

Aku dengan sayang aku masing2 mintak balik kerja awal. Malam tu, kitorang lepak ramai2 dekat rumah mummy. Aku, sayang aku, member2 arwah masa dekat GSC. Dapat je tahu jenazah dah sampai rumah, kitorang konvoi ramai2 ke rumah arwah. Aku sedih + terkilan. Aku nak sangat tengok wajah arwah buat kali terakhir. Tapi apa yang aku sempat lihat, hanya jenazah diturunkan ke liang lahad.

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Samudera *kalau tak silap aku*, dekat dengan Lebuhraya Duke. Aku di sana sehingga selesai semua urusan. Aku cuma tahan air mata dari mengalir, tapi aku tak mampu. Melihatkan jenazah diturunkan, air mata aku mengalir tanpa henti. Waktu menyiram air atas kubur arwah, sudah cukup membuatkan aku rasa sebak kembali.

Adeq @ Khairul Nizam bin Kamarulzaman,
Adeq pergi tinggalkan akak buat selamanya. Allah lebih sayangkan adeq dari kami semua. Kenakalan adeq takkan pernah hilang dan luput dari ingatan kami semua. Akak maafkan segala perbuatan adeq. Akak doakan adeq aman di sana. Akak tetap sayangkan adeq. Al-fatihah dan takziah buat keluarga arwah.

p/s: yang pergi telah pun pergi.. kita yang masih hidup harus teruskan kehidupan ini.. kematian di kalangan rakan2 dan keluarga terdekat tanpa di duga.. memberikan kita satu peringatan.. *ajal maut di tangan Allah SWT, datangnya malaikat Izrail tidak siapa tahu*

lots of love,
[Miss Eriqa]