Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, June 25, 2010

Awak dan Kalau

Awak,
Kalau ditakdirkan awak berjumpa seseorang,
Yang lebih sempurna dari saya,
Yang mampu memahami awak lebih dari saya memahami awak,
Apakah awak akan tinggalkan saya?


Awak,
Kalau ditakdirkan awak berjumpa seseorang,
Yang mampu menyayangi awak lebih dari saya menyayangi awak,
Yang mampu mencintai awak lebih dari saya mencintai awak,
Apakah awak akan belajar untuk menyayangi dan mencintai dia?


Awak,
Kalau ditakdirkan awak berjumpa dengan seseorang,
Yang jauh lebih baik dari saya,
Yang jauh lebih lembut dan sopan dari saya,
Apakah awak akan menyelami hati dia?


Awak,
Kalau ditakdirkan saya pergi dulu sebelum awak,
Apakah awak akan terus mengingati saya selamanya,
Akan terus mencintai saya seperti saat saya masih hidup?


Awak,
Apakah saya akan terus berada dalam hati awak sehingga ke akhirnya?


notatanganmenulis: saya sayang awak lebih dari yang awak mampu fikirkan, lebih dari segalanya, hanya awak yang berjaya membuka pintu hati saya untuk saya kenal erti sebuah percintaan yang terindah, erti sebuah hakikat ingin hidup bersama...


lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

princess hearty said...

touching.
sob3x.

[Miss Eriqa] said...

tergerak hati nak menulis lepas lama tak menulis.. tq babe... memang saja nak buat orang touching.. itupun kalu diorang masih berperasaan...