Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, August 21, 2010

Tidak Sependapat

Huhu.. Agak lewat nak post entry hari nie. Hehe... Hari ni mungkin berbuka seorang diri. Ada aku kisah?? Tak pun sebab aku tak pernah nak kisah. Hehehe...

Aku nak tanya la kan. Bertentangan dan tidak sefahaman berbeza atau tidak? Bagi aku sama je. Hahaha... Aku bukan apa, sebenarnya aku rindukan waktu berbuka time jadi kanak2 ribena dulu. Kenapa? Sebab berbuka akan mewah dengan makanan yang boleh membuatkan kami sekeluarga kenyang sehingga ke sahur esok paginya. Kat sini? Aku berbuka ala kadar. Disebabkan aku tak sahur dengan nasi, so kena la makan nasi time berbuka. Itu pun aku berbuka dengan kuih je dulu.

Sahur dalam gelap sebab takut nanti tak boleh tidur. Agak pelik kan sebab aku tak suka makan dalam gelap. Siapa yang sahur dalam gelap? N, bukan nama sebenar. Hahaha... Aku takkan lupa sampai bila2. Masa first day aku nak puasa, aku bangun sahur dalam pukul 5pagi. Then aku bukak lampu study table. Aku ulangi yea kawan2. Study table, bukan lampu bilik. Then kena tegur. Ayat memang la menarik, 'kenapa ko bukak lampu lynn?' Aik, aku nak makan pun salah ke? Even makan roti je pun. Takkan itu pun salah.

Actually, aku dah lama makan hati dengan dia. Tapi perangai aku jenis yang menyimpan, so aku diamkan saja la apa2 yang aku terasakan. *ada ke perkataa terasakan?* Mungkin aku pun ada buat silap, cuma aku terlalu penat bila aku kena ikut cakap dia. Tak mengapa lah.

Mungkin ada yang kenal siapa yang aku maksudkan. Tolong jangan salah tafsir yea kawan2 ku sekalian. Biarlah aku seorang yang tahu maksud itu.

lots of love, [Miss Eriqa]

Thursday, August 19, 2010

Kawan Atau Keseorangan?

Agak lama jugak aku tak update blog kan? Bila tengok orang update, aku pun nak update jugak. Tapi bila dah bukak, tak tau nak tulis apa. Hahaha... Biasalah, saya bukan kaki menulis. Bukan ke?

Sahabat @ Rakan @ Kawan @ Teman
Bagi aku tiada beza antara kata2 di atas. Memang takda beza pun, sebab bila korang check kamus dewan, maksud setiap perkataan adalah sama. Hurm.. Kenapa aku nak kupas topik ni??

Kalau yang baru kenal aku, akan selalu nampak aku sorang2. Mesti korang ingat aku lone ranger kan? Tapi kalau yang baru kenal aku sebab nampak aku lepak ramai2 dengan kawan2 aku, korang mesti takkan pernah sangka yang aku ni sebenarnya adalah lone ranger

Kalau korang semua nak tahu, aku memang lone ranger. Sebab aku memang suka keseorangan. Ada pendapat mengatakan bahawa kita sebagai manusia tak boleh hidup keseorangan. Memang la betul pendapat tu, tapi bagi aku keseorangan ni bukannya aku langsung tak bergaul. TAK. Bukan macam tu.

Kalau ada yang perasan kan status yang aku update kat FB, mesti korang tertanya2 kan, kenapa aku tulis macam tu. Apa yang aku tulis, menggambarkan apa yang aku rasai. Bukan menipu, bukan bermadah. Susunan ayat yang aku karang, sebenarnya aku nak luahkan pada seseorang. Tapi aku tak mampu untuk meluahkan apa yang terbuku.

Ya, aku tak tipu. Dan aku sendiri sedar, kadang2 tingkah laku aku membuatkan orang tak suka dengan sikap aku. Tak suka dengan cara aku melontarkan pendapat. Tak suka dengan cara aku berkata2. Tapi, apa boleh aku buat. Itu adalah cara aku. Kau tak suka, kau boleh pilih jalan keluar untuk tidak mengenali aku,

'kadang2 kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak.. sebab bila kita puaskan hati satu pihak, satu pihak yang lain akan terasa'

Aku nak highlight kan bahagian ini sebenarnya. Untuk puaskan hati semua pihak memang aku tak mampu, tapi untuk puaskan hati satu pihak dan mengecewakan hati pihak satu lagi, itu lagi aku tak mampu. Sebab itulah aku lebih suka bersendirian. Sebab itu aku tak suka rapat dengan sesiapa. Aku tahu hala tuju hidup aku, aku tahu arah mana jalan yang harus aku ambil. Itu sudah memadai bagi aku.


Tapi bila aku kenal erti persahabatan, aku semakin sedar aku perlukan mereka untuk membantu aku untuk melangkah biarpun aku tahu arah mana untuk aku tuju. Mereka buat hidup aku indah dengan cerita2 mereka, dengan lawak dan perangai mereka sendiri.

Cuma, mungkin kini hubungan kami tidak lagi serapat dulu. Tidak ada persengketaan antara aku dengan mereka. Mungkin, kehidupan seseorang akan menjadi lebih matang dalam erti yang berbeza. Dan kerana kematangan itulah, hubungan antara teman @ rakan @ kawan @ sahabat boleh menjadi renggang.

Aku tidak menyalahkan takdir. Dan aku juga tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin sikap aku juga ada sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada perkara ini.


'bila kita biasa keseorangan, kita akan rasa semak dengan kawan2 yang cuba rapat.. bila kita dah boleh terima diorang dalam kehidupan kita, kita akan rasa keseorangan bila diorang rapat dengan orang lain.. bila kita dah boleh terima yang diorang bukan milik kita seorang, kita akan rasa sedih sebab tak boleh nak rapat macam dulu..'

Apa yang cuba aku sampaikan dalam status terbaru dalam facebook tidak ditujukan pada siapa2. Ini luahan hati aku. Apa yang aku cuba maksudkan? Aku dah biasa keseorangan, rapat dengan 2,3 orang kawan saja. Bila ada yang cuba rapat dengan aku, nak jadi kawan aku, aku rasa semak. Cuma, bila dah lama2, aku dah biasa dengan diorang, aku jadi rapat dengan diorang. Cuma bila aku dah terlalu rapat, aku akan rasa janggal untuk kembali keseorangan bila diorang rapat dengan orang lain. Mungkin sebab tu aku takut nak rapat dengan sesiapa. Sebab, aku akan sedih bila aku dapat terima hakikat, diorang bukan milik aku seorang.

Buat mereka yang menjadi teman rapat aku, kawan karib, rakan baik, sahabat sejati aku,
Andai ada kekhilafan aku semenjak aku mengenali diri kalian, maafkanlah kekhilafan itu. Andai ada tutur kata yang menyakitkan hati, maafkanlah kesakitan itu. Andai kata ada antara kita merasakan kita tidak lagi menjadi seperti dahulu, maafkanlah aku atas segalanya. Aku sayang kalian, aku rindu saat kita bersama. Aku rindu saat kita menjadi TEMAN, menjadi KAWAN, menjadi RAKAN, menjadi SAHABAT.

p/s: gambar tiada kena mengena dengan entry di atas yea semua.. diorang berdua adalah kawan baik aku yang sangat2 aku sayang.. =)

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, August 13, 2010

Movies' Reviews

Tekken
A futuristic martial arts action film based on the best-selling Namco video game that centers around Jin, a young man who vows revenge against his mother's death by infiltrating the great walls of TEKKEN, a new civilization run by six powerful corporations.

Jin manages to win one of the coveted wildcard positions in the Iron Fist tournament and is set to battle other representatives from other corporations - the winner affords its sponsoring corporation the distinction as the most powerful in the world

Salt
Evelyn A. Salt (Angelina Jolie) is a CIA officer that is identified by a defector as a Russian sleeper spy and is accused of plotting the assassination of the visiting Russian President. Her CIA superiors are quickly convinced that she is involved in an international conspiracy and make her the target of an intense hunt. Evelyn risks her own life and that of her husband to prove that someone else is the traitor. 

.
Avatar: The Last Airbender
M. Night Shyamalan's latest is about Aang, a 10-year old successor to a long line of Avatars, who must put his childhood ways aside and stop the Fire Nation from enslaving the Water, Earth and Air nations. 

lots of love, [Miss Eriqa]