Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, September 27, 2010

Air Mata Itu

Aku sedih melihat dia begitu,
Dengan air matanya mengalir di pipi mulus itu,
Dengan kemurungan di wajah sepi itu,
Seakan-akan mempamerkan seribu permasalahan,
Memberikan aku satu kesedihan.

Aku tahu dia mampu teruskan permainan ini,
Namun sampai bilakah harus dia berseorangan,
Dugaan tidak akan hilang seperti yang diharapkan,
Aku tahu dia mampu,
Aku harap dia tabah.

Namun,
Mengapa air mata itu semakin deras mengalir,
Seolah-olah dia telah mengaku kekalahan itu,
Sedangkan aku tahu dan aku mengerti,
Dia masih lagi tegak berdiri,
Mencari jalan terbaik menempuh dugaan itu.

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

little ain said...

mencari segenap ruang dah peluang.

mungkin juga mengumpul segala kekuatan.

[Miss Eriqa] said...

betul2.. tapi kan ain.. aku sedih bila tengok kawan2 aku bersedih.. rasa cam nak tukar tempat je as long dia leh happy...