Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, September 01, 2010

Tips Berpuasa

Hurm.. Setelah lama tidak menulis, tiba2 pulak tangan nie gatal nak menulis. Hehehe... Actually, besok (02/09/2010) aku akan balik ke KL untuk cuti selama 2minggu. Tapi, kalau korang semua nak tahu, budak2 UUM ramai dah cabut balik malam merdeka lagi. Huhu.. Biarlah diorang. Mungkin diorang tak pernah ponteng lagi. Macam aku, dah biasa ponteng kelas, so aku malas nak ponteng lagi sekali. Hehehe...

Sekarang kita sudah berada di hari ke 21 berpuas. Betul ke ek? *aku tak pernah kira pun* Dari hari pertama aku berpuasa sampai sekarang, boleh kata menu berbuka tiap2 hari adalah sama. Kuih, nasi campur. Hurm... Rindu pulak nak berbuka dengan mewahnya bila berada di rumah. Mewah macam mana? Mewah sebab makan kuih sehingga kenyang. Makan nasi memang la best. Tapi, aku tak biasa. Dan membuatkan perut aku lapar dengan cepatnya. Huhu...

Rindu dengan suasana berbuka di rumah. Biarpun tak meriah, tak mewah dengan pelbagai jenis lauk, hanya mewah dengan kuih2 saja, tapi cukup membuatkan aku senang. Hehehe...

Dari beberapa pembacaan yang sering aku lakukan bila time2 senggang, masyarakat Melayu ni rupa2nya masih lagi tidak memahami cara pemakanan yang betul sewaktu berbuka. Bukanlah nak kata yang makan nasi time berbuka salah, tapi seelok2nya biarlah berbuka dengan air suam dan kuih atau 2ketul kurma dahulu.

Pembacaan aku yang terbaru menyatakan yang perut kita akan penuh dengan asid dan gas yang terhasil apabila seharian kita tidak menjamu makanan. Oleh itu, seelok2nya seperti mana ynag di sunatkan oleh Rasulullah SAW, biarlah kita berbuka dengan air suam dan 2ketul kurma. Ini adalah untuk memberikan isyarat kepada perut bahawa telah tiba waktu untuk kita makan makanan yang lebih berat.

Sesudah itu, solatlah Maghrib terlebih dahulu. Sesudah solat, makanlah kuih2 cukup sekadar memberikan kita tenaga untuk solat Isyak dan terawih selepas itu. Masa kita solat terawih, perut telah bersedia untuk menerima makanan yang lebih berat untuk dihadamkan. Insya-Allah, perut akan berasa selesa untuk menerima makanan semula selepas terawih.

Mengikut doktor pakar pemakanan tersebut *aku tak ingat nama* pemakanan kita sewaktu bulan puasa adalah sama dengan cara pemakanan sewaktu hari2 biasa. Bezanya cuma kita makan selepas berbuka.
1. Minum air suam dan makan kurma = bersarapan
2. Makan kuih = makan tengah hari
3. Makan nasi = makan malam

Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai cara pemakanan sewaktu bulan puasa ini, dan merasakan tidak sama atau lebih kurang sama dengan aku. Bukan niat aku memandai2 untuk berbicara mengenai ini, cuma ini adalah dari pengetahuan yang aku dapat dari pembacaan di Metro Ahad yang lepas *kalau tak salah aku la*.

Aku kat rumah memang ikut cara pemakanan ni. Sebab aku kan ada gastrik. So tak boleh nak main makan je. Tak pasal2 karang aku sakit perut besoknya. Huhu.. Cuma yang bezanya, aku tak makan nasi waktu malam. Aku makan nasi waktu sahur saja. Sahur pun seelok2nya dilewatkan untuk yang ada gastrik. Ini memberikan manfaat untuk tidak cepat lapar kepada pesakit seterusnya menyebabkan sakit gastrik menyerang.

Rasanya cukuplah kot aku membebel di entry kali ini. Selamat Berbuka buat semua...

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: