Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, October 30, 2010

Sedikit Lega

Baru lepas borak dengan buah hati saya. Hehehe... Terasa sedikit lega. Tapi, yang pasti takkan ada siapa yang tahu perasaan sebegini. Mungkin Mimi dapat memahami. More or less, she just like me.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, October 29, 2010

Terasing

Kenapa aku rasakan, kadang2 aku lebih selesa bersama orang luar dari keluarga sendiri? Salah ke bila aku perluka seseorang, dan aku mengharapkan mereka yang bergelar keluarga?

Aku rasa betul2 sakit hati. Bukan nak burukkan keluarga sendiri tapi entahlah. Mungkin aku tak sebertuah orang lain, dan mungkin juga aku tak seteruk orang lain. Tapi, cukuplah aku begini.

Yea, aku penat. Penat dengan karenah mereka. Penat dengan segala2nya. Aku perlukan masa untuk aku. Bukannya masa untuk rasa down begini. Final nak dekat. Sangat dekat. Kenapa saat2 begini aku ditimpah pelbagai dugaan?

Aku tak sekuat yang orang sangka kan. Aku tak setabah mereka. Aku penat. Aku terlalu penat. Sampai bila harus aku jadi seperti ini? Tiada yang peduli, tiada yang hargai.

Terasa diri sangat terasing bila tidak dipedulikan mereka. Terasa diri tidak berguna saat kata2 penghinaan yang aku dengar. Terasa diri lebih baik tiada dari ada.

Sesungguhnya, saat entry ini ditaip, air mata mengalir akibat tekanan. Air mata mengalir bagaikan air yang sungai. Betapa aku jatuh, betapa aku sedih. Aku sangat2 perlukan mereka yang boleh berkongsi masalah. Seorang pendengar yang setia.

Aku tak mampu harungi semuanya keseorangan. Aku perlukan mereka. Namun aku sedar, mereka tidak mampu berada di sisi aku sepanjang masa. Biarlah masa yang menyembuhkan luka2 ini. Biarlah masa menentukan, apakah hati ini akan tercalit satu lagi luka yang akan terus berdarah. Biarlah masa menentukan apakah hati yang luka akan sembuh tanpa sekelumit dendam. Andai ada dendam terpalit, maafkanlah aku. Kerana sesungguhnya aku memang seorang pendedam.

p/s:biarlah masa menentukan segalanya..mereka yang aku maksudkan dalam setiap perenggan adalah tidak sama..mereka adalah insan2 berbeza...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, October 28, 2010

3 Perkara Sepanjang Minggu Ulangkaji

BOSAN

NGANTUK

LAPAR

BOSAN

NGANTUK

LAPAR

Boleh bayangkan bosannya hidup aku sewaktu study week nie???

lots of love,
[Miss Eriqa]

Bebel Dan Terus Membebel

Kelas untuk semester ini sudah berakhir. So, aku akan menempuh satu lagi cabaran iaitu FINAL EXAM. Hurm... Tak pasti sama ada aku akan dapat perform well atau tidak. Hurm.. Sangat lah bosan di bilik tanpa melakukan apa2.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, October 27, 2010

Poll Baru

Dalam saat aku bosan tadi, aku dah buat poll baru dekat Nuffnangs..
Hehehe.....
So, jemput2lah menjawab poll yang baru itu yea.
Nak tengok sejauh mana reader *blog nie ada reader ke??* kenal aku berdasarkan entry2 aku sebelum ni.
So, silalah uji minda anda.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, October 24, 2010

Satu Zaman, Seribu Kenangan Menggamit Memori

Aku jarang bercerita cerita masa aku kat matriks kan? Hehehe... Biasa mesti cerita aku kat universiti je. Kali ni aku nak bukak peti memori, menceritakan kenangan yang ada sepanjang di matriks.

Nak menyemak gambar masa kat matriks, tak boleh. Lepas laptop kena format dengan abg aku, terus segalanya hilang. Buat aku sakit hati je. Huhu...

Masa dekat matriks, segalanya kenangan manis. Biarpun ada ketika sesama rumate aku bermasam muka, tapi segalanya bagaikan satu kenangan. Bila difikirkan semula, betapa indahnya waktu2 yang ada jika dapat diulang semula.

Aku study kat Kolej Matrikulasi Perlis. Mula2 aku tak berapa nak suka masuk matriks, sebab aku rasa cam matriks ni tak best. Dah la dapat kat Arau, ulu pulak tu. Wayang takda, karaoke pun takda. Senang cakap, apa pun takda. Paling besar pun kat Kangar, ada The Store. Tempat kitorang lepak beli barang keperluan. Itu pun kalau nak g Kangar, kena naik teksi sapu. Pergi balik mesti makan dalam rm10-rm15.

Zaman matriks, biarpun kitorang rasa stress tapi stress masih boleh dihandle dengan cukap bagus. Takda rasa cam stress sekarang. Huhu... Biarpun  masa matriks dulu outing hujung minggu, tapi kami rasa sangat la seronok.

Bilik kat matriks bukan macam bilik kat UUM. Rasanya, gabung 3bilik di UUM dapat satu bilik di matriks. See, best kan. Bilik kitorang besar, terbahagi kepada 3bahagian. pemisahnya hanyalah dinding. Kiranya, dari satu bahagian ke satu bahagian, kitorang boleh melintas. Hehehe... Bahagian tengah tempat meja study. Dekat situ ada 8meja study. Tapi satu bilik hanya ada 4orang je. So, masing2 amik 2meja study. Bahagian blah kanan and blah kiri ialah tempat tidur. Hanya ada katil (double decker okay) and almari je. Actually, bilik tu untuk 8orang, tapi pihak pengurusan matriks memang letak 4orang je sebilik.

Inilah rumate aku kat matriks dulu.


Dari kiri: Aku, Nur Syazwani, Nor Izma, Nur Shahida
Lokasi: Tasik Melati

Ini kenangan masa dah nak habis matriks. Beberapa minggu sebelum kitorang habis matriks kitorang keluar g Padang Besar and Tasik Melati. Saja have fun. Actually, aku ada edit gambar. Tapi sayang, gambar tu semua dah hilang.


Lokasi: Padang Besar


Dari atas: Nur Haziqah, Nur Syazwani, Nur Shahida, Nor Izma, Aku, Nur Syamimi
Bawah: Mohd Azfar
Lokasi: Restoren Pizza Hut Kangar
Gambar yang kat atas nie, masa kitorang keluar sempena birthday aku. Nak tahu, mula2 rumate aku si Wani tak nak keluar. Sebab merajuk dengan buah hati si Azrul. Puas kena pujuk baru nak keluar. Sedih aku tau. Yelah, birthday aku, suppose have fun. Huhu.. Kiranya masa nie celebrate advanced birthday aku. Sebabnya, birthday aku jatuh hari biasa. Time birthday aku, kitorang just makan kek dalam bilik. Even though simple, sangat memberi makna. Hehehe...


Dari kiri: Aku, Nur Syazwani, Nur Shahida, Nor Izma, Nur Haziyah, Nur Fatin
Lokasi: Koridor depan pintu bilik

Masa nie aku tak ingat kitorang nak kemana, rasanya aku ada jamuan kot dekat Dewan Sri Kayang (DSK). Azieyah dengan Kak Atin adalah rumate. Bilik diorang sebelah bilik aku. Kadang2 aku suka lepak kat bilik diorang.

Masa matriks dulu, aku rapat dengan Azieqah. Nak hujung2 tue aku rapat dengan Mai. Dalam kelas aku rapat dengan Cik Pah and Tiqah. Siapa diorang?? Meh aku enterprame gambar dulu. Lepas tu baru aku sambung serita.


Ini Atiqah. Si becok yang kuat gelak dan sangat sukakan kucing. Selalu duduk sebelah dia dalam kuliah. Kalau aku tertidur *dengan sengaja* dia suka kacau aku. Huhu... Dia ni pun jiran aku. Pemisah hanyalah toilet and bilik basuh. Huhu... No bilik dia kat matriks dulu 202.


Yang inilah Azieqah. Dia selalu bagi saya nasihat and ceramah agama secara percuma. Hahaha... Buat pengetahuan semua, masa matriks dulu saya agak nakal dan sosial. Well, budak KL nak berubah serta merta memang tak dapat nak tolong la. Hahaha.. Dia sangat baik dan lembut *secara ironinya, sila terbalikkan*.


Inilah Cik Pah. Nama dia panjang, Syarifah Nur Syazwani. Pendekkan? Jadi la Cik Pah. Aku rasa aku sorang je kot panggil dia Cik Pah. Hehehe... Dalam kelas aku mesti duduk sebelah dia. Dia suka sangat mesej dalam kelas. Tapi, tak pernah tidur. Hahaha... Terbalik dengan aku. Hehehe...


Ini Maizatul. Budak pandai yang selalu jadi mangsa saya untuk ajar apa yang saya tak paham. Hehhe... Cantik kan?? Yea, dia perasan dia gemuk, tapi dia maintain cantik okay.

Diorang sangat mewarnai kehidupan matriks aku. Kalaulah boleh aku kembali ke zaman itu semula. Alangkah indahnya.....

p/s:sila jangan marah sebab aku curik gambar korang dari FB...hehehe....

 lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 23, 2010

Blur Tanpa FB

Rasanya buar 4jam aku deactivated aku puny account FB. Bosan pun ada jugak. Hahaha.. Kita tengok la berapa hari boleh bertahan tanpa FB. Hehehe...

Actually, aku cam serba salah tau nak deactivated account tue. Sebabnya, kat situ la kawan2 aku ramai. Plus, aku selalu online dengan abg and adeq aku kat situ. Tengok keadaan la. Rasanya tak jadi ko t deactivated account tue. Hahaha... Mungkin akan online balik tapi kadang2. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Deactivated FB

Tepat jam 2petang, aku dah deactivated account FB. Bukan apa, rasanya terlalu banyak masa aku dihabiskan bersama FB berbanding dengan buku2 aku untuk semester ini. Tumpuan untuk final harus dilakukan serta merta. Hehehe... Hope to see everyone again in another 2months..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, October 22, 2010

Misi Berjaya

Semalam sebelum tido bukan main aku rancang nak bangun awal hari ni sebab nak kemas bilik bagai. Sekali pukul 10 jugak aku bangun. Hahaha.... Nak buat macam mana kalau malam tadi tak boleh nak tido. Sudahnya aku dapat migrain hari ni. Mak aii.. Dah lama aku tak kena migrain rasanya. 

Apa kes cerita pasal kena migrain ni? Hahhaa... Sebenarnya aku nak cerita pasal kerajinan aku kemas bilik hari ni. Hehehe... Sangatlah seronok bila tengok katil, meja dan jugak almari aku kemas tersusun. Huhu.. Jangan ditanya apakah selama ini tidak kemaskah bilik aku. Hehehe..

Tengok gambar kat bawah. Ni gambar lepas aku dah siap mop bilik. Cantik tersusun kan?? Sila abaikan dinding yang tidak cantik di belakang itu yea. Hehehe...



Ni meja study aku. Aku akan lepak kat sini sepanjang hari kalau takda kelas atau ke mana2. Jadinya, tempat ni akan bersepah setiap kali aku tengah buat assignment. So, banyak assignment aku dah submit. So aku kemas bagi cantik la tempat ni. Buat aku lagi suka lepak kat sini. Hehehe...

Cantik kan bilik aku?? Hehe.... So, misi aku nak kemas bilik hari ni berjalan dengan lancarnya. Hehehe... Aku siap basuh baju sampai 2baldi lagi tu. Sangat seronok. Hahaha.... Jangan tanya kenapa aku basuh baju sampai 2baldi. 

Kesudahan misi ni -> bilik cantik, lantai licin, kepala migrain + bersin sepanjang hari disebabkan resdung. Kesimpulannya: saya tak suka kemas bilik. Hahaha.. 

Yea kawan2, memang aku tak suka kemas bilik. Sebab aku akan kena resdung dan migrain. Nak pastikan bilik sentiasa kemas memang tak lah kan. Kemas memang kemas, tapi tak sekemas kalau aku betul2 kemas bilik. Jangan terkejut tau. Aku boleh bersin sepanjang hari. Stop pun kejap2. Rasanya dalam 5minit, pas tu jadi balik bersin. Dari dulu lagi, memang aku akan ngelat kalau kena kemas bilik yang ada habuk. Huhu.. Nasib la siapa jadi laki aku. Hahaha...

p/s: takpe.. sebab dia memang suka kemas bilik..hehehe....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, October 18, 2010

Hetic Life

Online sebentar di lab FPK yang lembab. Hahaha... Rasanya, dari 7subject yang aku belajar semester nie, baru 3 subjects yang dah habis silibus.. But some how, aku masih lagi tak boleh ponteng kelas as there will be another presentation and so on. So, next Wednesday will be 2presentations, on Thursday need to submit Management Science assignment, and i got another presentation on the morning class. Aa well as executive meeting for BLE class at the evening.

Wow, what a hetic life i had this week. Hurm.... Saya mahu balik!!!! Nak sangat balik KL... Aku kerinduan dan tekanan berada di sini..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 16, 2010

Erti Persahabatan Dalam Diri

Sebelum aku mula untuk berbicara, aku mahu gelak puas2 sebab aku berjaya menyiapkan karangan tadika + budak sekolah sebanyak 4 jenis karangan. Hahahahahah... LOL...

Kenapa aku kata karangan tadika @ budak sekolah?? Sebabnya, aku tidak pernah menulis seskema itu yea wahai kawan2. Menulis untuk tujuan pemarkahan peperiksaan, itu tidak dapat dielakkan. Tetapi menulis di blog dengan ayat skema itu?? Owh... Tidak pernah aku lakukan. Hahaha... Geli dowh aku nak baca balik karangan2 itu.

Entry skema yang aku maksudkan adalah mengenai kawan2 baik aku sejak dari sekolah hinggalah ke universiti. Kena aku kata ada part2? Takkan ada berlaku bahagian jika kita yang tidak membahagikannya. Bukannya untuk menunjukkan siapa yang paling baik dengan aku atau tidak.

Part 1 - Ini adalah kawan baik selamaya *alamak skema lagi* @ Best Friends Forever aku. Secara jujurnya aku mengatakan, tanpa mereka berdua, hidup aku jadi sunyi dan sepi. Mereka yang mewarnai kehidupan aku, yang menjadikan aku setabah ini. Dan yang pasti, mereka lah yang paling memahami siapa aku sebenarnya.

Part 2 - Entry ini adalah khas buat clique aku iaitu The Devils. Disebabkan aku jarang berjumpa mereka, itu tidak bemaksud aku tidak baik atau tidak rapat dengan mereka. Malah aku sendiri tak sangka yang aku dan mereka masih boleh kekal menjadi kawan biarpun telah lama aku tinggalkan dunia persekolahan. Malah, aku sendiri tidak menjangkakan kerana aku jenis yang tidak pandai membuat kawan. Dan untuk pastikan persahabatan itu kekal lama, aku perlukan sefahaman dengan mereka.

Part 3 - Ini adalah untuk mereka2 yang rapat dengan aku sewaktu di Matrikulasi. Yea, aku rapat dengan mereka di UUM, tapi aku kenal mereka sewaktu di Matrikulasi lagi. Aku sendiri tak pernah menjangkakan bahawa aku boleh menjadi baik dengan mereka kerana sewaktu di Matrikulasi aku lebih suka keseorangan dan bersendirian. Tapi siapa sangka, aku dan diorang boleh menjadi kawan di UUM.

Part 4 - Entry ini adalah untuk mereka yang baik dengan aku sewaktu di UUM. Perkenalan dengan mereka memberikan aku seribu kemanisan dalam hidup bila terpaksa berjauhan dengan BFF aku. Mereka semua berada di DPP yang sama dengan aku. Dengan mereka aku senang tertawa dan senang bercerita.

Aku amat mengharapkan persahabatan ini tidak akan terputus sehingga bila2. Kita boleh mencari kawan baru, tetapi untuk mencari keserasian dalam persahabatan itu sesungguhnya amat susah. Kita boleh mengatakan kita kenal siapa kawan kita, hakikatnya kita adalah insan yang paling jauh mengenali dirinya.

Satu pesanan aku buat readers *ada ke yang baca* semua, jangan khianati persahabatan anda sekiranya anda tidak mahu dikhianati suatu hari nanti. Dunia ini adalah karma kehidupan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Kawan Baik Saya Part 4

Sewaktu di UUM, saya juga ada beberapa orang kawan baik yang selalu melayan karenah saya. Saya sayang kawan2 saya di sini.

Mereka berdua adalah roommate di blok lama saya. 


Nama kakak ni ialah Noor Hazwani Bahaudin.Dia tua 2tahun. Saya panggil dia Kak Wanie. Tapi, perangai dia kadang2 macam budak2 sikit. Dia seorang yang manja. Hehehe... =D


Yang ini adalah roommate Kak Wanie. Nama kakak ni Aminah Othman. Saya panggil dia Yong. Maksudnya kak long. Tapi dia bukan anak sulung. Saya panggil dia Yong sebab dia orang Perak. Orang Perak je yang selalu guna perkataan Yong.


Si cantik jelita ini adalah Julie Hennie Mohamad. Saya dan kawan2 panggl dia Julie, tapi saya suka pendekkan lagi jadi Jue. Dia juga satu blok dengan saya sewaktu semester 1 dan 2. 


Si kecil ini ialah Nur Ain Zulkefli. Saya panggil dia Ain. Sama kan macam nama terakhir saya? Dia jiran sebelah bilik saya sewaktu semester 1 dan 2.

Saya kenal mereka berempat sewaktu mula2 menjejakkan kaki di UUM. Mula2 saya segan untuk bertegur sapa dengan mereka, tetapi lama kelamaan saya menjadi rapat dengan mereka.


Ini ialah Noor Hazwani Abd Kahar. Saya panggil dia Wanie. Dia merupakan roommate Mimie juga sewaktu semester 1 hingga 3. Disebabkan saya selalu lepak di bilik Mimie, secara tidak langsung saya juga berkawan baik dengan dia.


Yang ini ialah Aisyah Aris. Saya panggil dia Sponge. Ala2 macam Sponge Bob tue. Jangan salah sangka, dia bukan roommate saya tetapi dia ialah roommate kepada Mimie. Saya kenal dia sewaktu semester 4 disebabkan saya suka lepak dekat bilik Mimie sampai malam. Bila dah malam, saya jadi takut nak balik sendiri. So, saya suka suruh dia hantar saya balik. Lagipun, dia merupakan kawan sekelas saya sewaktu semester 4 dalam kelas Audit 2.

Mesti pelik kenapa saya panggil dia Sponge kan? Bukan saya sorang yang panggil dia Sponge. Kawan2 dia yang lain pun panggil dia Sponge. Sebab dia suka Sponge Bob sangat2. Dan dia banyak koleksi barangan Sponge Bob. Sebab itu kami ramai2 panggil dia Sponge. Hehehe...

Saya sayang mereka. Kerana mereka selalu membuatkan hidup saya ceria. Terima kasih kawan2.

p/s: jangan gelak sewaktu membaca.. sebab aku tahu macam karangan budak sekolah kan?? hahhaa.... dan sila jangan marah sebab aku curik gambar2 korang dari fb.. hahaha...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, October 15, 2010

Kawan Baik Saya Part 2

Entry lepas, saya ada cerita yang saya ada clique yang kami gelar diri masing2 adalah The Devils kan? Nak tahu siapa kami??? Hehehe... Khas entry untuk The Devils..


Yang pertama, adalah kak long kami. Nama kak long saya ialah Nur Ateeqah Mohd Qari. Kami panggil dia Atee. Nama Devil: Devra De-vil


Yang kedua adalah Wan Khairunnisa Omar. Saya susah nak ingat nama penuh dia sebab panjang sangat. Lagipun, nama panggilan dia pendek, takda sebutan yang betul dalam nama dia. Nama Devil: King of Devil


Yang ketiga adalah Engku Farah Hanna Engku Abdul Jalil. Panjang kan? Tapi kami panggil dia Fara @ F. Pendek sangat berbanding nama dia yang panjang itu. Nama Devil: Lady Dare Devil


Yang terakhir adalah Hamizah Kamarul Husni. Kami panggil dia Eiza. Pun pendek kan?? Nama Devil: Innocent Devil

Eh2, jangan lupa saya pun adalah salah sorang dari ahli The Devils jugak tau. Nama Devil aku? Hehehe... Slutty Devil.

Okay, mari kita berkenalan dengan kawan2 baik saya di sekolah menengah. Saya kenal mereka sejak di sekolah menengah. Bermula dari tingkatan 3. Jika betul perkiraan saya, rasanya sudah 7 tahun kami menjadi kawan baik.

Masing2 punya kelebihan dan kelemahan sendiri. Tapi saya senang bergumbira bersama mereka. Kerana kami saling melengkapi. Kalau nak bercerita tentang persamaan kami, tidak dapat saya nyatakan di sini. Kerana kami masing2 mempunyai persamaan yang sama tetapi berbeza. Macam mana tu? *lu pikirlah sendiri...

Kami pernah bergaduh sesama kami. Kami pernah bertikam lidah sesama kami. Tapi itu tidak membawa maksud bahawa kami tidak boleh berbaik. Pergaduhan antara kami akan berlarutan tetapi akan sembuh dengan cepat. Saya selalu kena marah dengan Anis, Atee. Selalu menggedik dengan Eiza. Selalu berdiplomasi dengan Fara. See kami sama tapi berbeza. Huhu...

Anis meninggalkan kami sewaktu di tingkatan 4 apabila dia berpindah ke SBP di Terengganu. Sejak itu, jika ada kelapangan, pasti kami akan bertemu. Kini, masing2 telah berselerakan di atas bumi Malaysia dengan mengejar impian yang kami telah sama2 impikan.

Anis berada di Sabah, Eiza, Fara, Atee berada di Shah Alam. Dan saya berada di Kedah. Setaip tahun, rumah Atee pasti akan menjadi tumpuan untuk kami berkumpul dan berjimba sewaktu rumah terbuka Hari Raya. Tidak kira sama ada Raya Aidilfitri atau Raya Aidiladha. Sekiranya Atee membuat rumah terbuka, kami akan berkumpul, bercerita seolah2 sudah bertahun2 kami tidak berjumpa.

Sehingga sekarang, kami maish lagi berhubung. Masih lagi menjadi kawan baik. Saya sayang The Devils!!

p/s: sila jangan ketawa okay.. memang karangan budak sekolah.. hahahah......


lots of love,
[Miss Eriqa]

Kawan Baik Saya Part 1

Saya ada kawan baik. Baik sangat. Tapi diorang suka sakat saya. Nak kenal dengan kawan baik saya???

Calon yang pertama...


Kenapa dia calon pertama? Sebab saya kenal erti persahabatan melalui dia. Siapa gerangan si gadis jelita ini?? Maaf yea, dia sudah berpunya kekasih hati. Pada yang lelaki tu, silalah kecewa. Hehehe....

Nama dia Norazreen Lokman. Tapi kawan2 panggil dia Oshin. Kadang2 saya suka sangat pendekkan nama dia jadi Shin saja. Semua sebab kes malas nak sebut nama panjang2. Hehehe.. Macam panjang lah sangat kat nama Oshin tue. Hehehe... Saya kenal dia dari sekolah rendah lagi. Masa tu kalau tak salah saya, saya baru je masuk sekolah. See, sangat kawan baik kan??

Masa sekolah dulu, saya jarang lepak dengan dia. Bukan tak kawan, cuma masa sekolah dulu dia ada clique lain, saya pulak suka sorang2. Sampai sekarang okay saya suka sorang2. Hehehe... Saya mula rapat dengan dia sejak sekolah menengah. Sudah pasti tempat lepak kami adalah di JJ Maluri. Waktu kami lepak kat sana, JJ Maluri masih kecik lagi. Bukan macam sekarang dah besar. Rasanya sepanjang kami berkawan, JJ Maluri tu dah 3kali buat renovation tau. See, lama tak kami kawan? Lama kan kan??

Dulu, dia selalu jadi tempat saya luahkan sakit hati dan kekecewaan saya. Macam2 masalah saya cerita dengan dia. Dia seorang pendengar dan pemberi nasihat yang bagus tau. Saya sangat sukakannya!! Hehehe... Even, sampai sekarang pun saya masih lagi bercerita dengan dia tentang perkembangan terbaru saya di sini. Dan yang pastinya, dia harus kenal dengan semua boyfriends yang pernah saya couple dulu tau.

Sekarang, dia bekerja kat KL. Nak jumpa dia pun dah susah. Sebab saya jarang balik KL. Balik pun, mesti saya kerja. Bila dah kerja, jarang ada masa nak lepak dengan dia. Kadang2 cemburu sangat bila tengok gambar2 dia pergi karaoke dengan kawan2 tempat dia kerja. Rasa macam dia dah tak nak karaoke dengan saya.

Kegemaran kami sama. Kami suka karaoke, tengok wayang, shopping. Tapi, sekarang dah susah. Sebab saya semakin busy dengan tugas saya sebagai seorang pelajar. Dan dia semakin busy dengan kerja2 dia. Tapi, yang pasti kami tetap berhubung walaupun tak sekerap dulu. YM, FB, sms adalah salah satu cara untuk kami berhubung. Dan saya akan pastikan yang saya dan dia akan terus berkawan sampai bila2.

Macam orang lain, saya dengan dia pernah jugak bergaduh. Biasalah, masing2 dengan ego masing2. Tapi, selama mana kami bergaduh, kami akan baik balik. Saya pernah rasa keseorangan bila saya gaduh dengan dia. Sekarang, kami dah tak gaduh2 lagi. Kami baik macam adeq beradeq. Hehehe.. Saya sayang dia.

Calon yang kedua...


Nama dia Mimi Nazirah Maulat Rahman. Kawan2 panggil dia Mimie. Tapi saya suka panggil dia Babe, Yang, atau pun Mie. Saya kenal dia sejak di Matrikulasi lagi. Kami sama2 satu kuliah, tapi berlainan tutor. Dan pada permulaan persahabatan kami, kami bukanlah serapat yang orang lain ingatkan. Kenapa?? Nanti saya cerita yea.

Seperti yang saya cerita, saya dengan dia baru lagi menjadi kawan. Baru takda la baru mana pun. Rasanya sudah 3tahun persahabatan kami terjalin. Saya nak cerita, saya dengan dia dulu saling menyampah dengan diri masing2. Semua sebab kes tak puas hati dan saja nak buat jealous. Hahaha... Dulu saya suka pakai heels yang tinggi. Tapi perangai saya masih lagi seperti budak lelaki. Gamaknya, saya suka melangkah seat di kuliah dengan heels yang tinggi. Dan dia sangatlah menyampah dengan sikap saya yang itu. Dan saya pulak, menyampah dengan sikap dia yang suka pakai beg LV sedangkan dia hanya mahu ke kelas je pun. Bukannya nak pergi berjalan. Hahaha.. See, sangat jealous dan menyampah bukan?

Sama macam Oshin, saya juga suka meluahkan perasaan sedih saya pada dia. Walaupun ada masa dia seperti kanak2 ribena, tapi pemikiran dia sangat matang. Kadang2 lebih matang dari cara saya berfikir. Walaupun ada masa saya tersentap dengan kata2 dia, tapi bila difikirkan semula, ada betulnya maksud kata2 dia.

Kami juga ada kegemaran yang sama. Rasanya kawan2 saya semua saya kegemaran dengan saya tau. Hehehe... Kami berdua juga suka tengok wayang, karaoke, shopping. Cuma, jarang dilakukan disebabkan kekangan masa. Hehehe.. Lagipun, sangat tinggi kos untuk ke bandar terdekat untuk menikmati semua hiburan itu. Hehehe...

Saya suka ikut dia balik rumah dia. Sebab dekat Jitra je pun rumah dia. Sampaikan saya dah baik dengan mama dia. Hehehe... See, kawan baik kan?? Lupa pulak, dengan Oshin pun saya selalu lepak rumah dia lepas sekolah. And sampai sekarang saya baik dengan keluarga dia. Berbalik kepada kisah Mimi, kalau saya ikut dia balik rumah, mesti kitorang selalu keluar. Kadang2 tengok wayang, kadang2 karaoke. Biasanya keluar dengan mama dia. Huhu...

Sepanjang saya kenal dia, saya tak pernah gaduh dengan dia. Tapi, saya pernah terasa hati dengan dia. Lepas tu dia suka cakap saya nie terlalu sensitif sangat. Hehehe... Saya boleh jadi sedih atau cemburu bila dia rapat dengan orang lain. Tapi, sikit demi sikit saya tahu dia bukan kawan saya sorang. Saya akan pastikan kami berkawan sampai bila2. Saya sayang sangat dengan dia. Hehehe... =)

Dua calon je boleh tak? Hehehe... Itu tidak bermakna kamu, kamu, dan kamu bukan kawan baik saya. Hehehe... Mereke berdua adalah kawan baik saya sampai bila2. Hehehe.. Oh yea, saya juga ada satu clique yang ahli clique kami bagi nama The Devils. Siapa The Devils? Nanti saya bagitahu next entry yea. Saya juga ada kawan baik lelaki. Tapi, itu pun kemudian yea. Sekarang masa untuk menyiapkan assignment. Hehehe...

p/s: sila jangan gelak aku buat karangan tadika.. hahaha... sekali sekala jadi innocent.. hehehe...
lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, October 14, 2010

Tekanan Assignment Yang Memuncak Sebelum FInal

Tekanan menyiapkan report untuk assignment Advanced MA aku dah berakhir tengah hari tadi pukul 12. Huhu... Lepas ni ada tekanan lain pulak iaitu assignment FAR 4 dan Management Science pulak. And ditambah lagi satu tekanan yang aku baru tahu, iaitu Kenegaraan. Aku kalau cakap pasal subjek Kenegaraan je, mesti rasa nak berapi je. Sakit hati wo.. Tapi biarlah aku seorang je yang tahu kenapa. Hehehe...

Insya-Allah, segala tekanan aku akan berakhir pada minggu depan. Harap2 selepas minggu depan, tiada lagi tekanan assignment yang boleh menyakitkan jiwa. Huhu... Presentation ada lagi 2. Job interview sudah lepas tadi. Aku tak dapat perform yang terbaik sebab aku gugup. Tak suka!!! Minggu depan aku ada executive meeting pulak. Rasanya itulah yang paling sakit kot. Sebab kena buat role play tentang executive meeting dalam company bincang kan tentang masalah company. Hurm.. Harap dapat buat yang terbaik.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, October 12, 2010

Sangap Nak Tengok Wayang

Lama dah rasanya aku tak tengok wayang. Lama ke?? Rasanya baru 3minggu lepas kot. Tak pun 2 minggu. Masa aku balik rumah mimi. Balik rumah dia sebab dia ada buat makan2 untuk kawan2 dia. Ala, makan2 pun buat kecik2 je. Bajet mula2 dalam 20 orang. Sekali yang datang hampir 30orang. Ramai kan? Hehehe... Eh2, lari topik la pulak aku ni. Padahal nak cerita pasal movie.

Last wayang aku tengok hari tu, movie Magika. Sebuah filem muzikal garapan indah dari adeqberadeq KRU. sangat menarik. Kebanyakkan dari scene2 dalam movie tue dibuat dalam bentuk CGI. Hollywood bukan main dah ke depan dengan technology CGI, kita di Malaysia masih lagi menapak.

CGI garapan Yusry KRU sangat2 lah cantik. Tanya dalam diri, wujud ke tempat2 macam ni kat dunia ciptaan Ilahi? Terasa diri dalam dunia khayalan sebentar bila tengok movie tu. Actually movie tu target kepada budak2 kecik. Sebab cerita dia lebih kepada cerita dongengan. Tapi aku dengan mimi kan memag suka tengok cerita macam tu. Best wo... Hehehe...

Lupakan lah sebentar apa yang berlaku dalam hall masa kitorang tengok movie tu. Nanti aku cerita lain. Next entry yea. Ramai yang tahu, aku memang suka tengok wayang. Tapi kalau dah balik ke Hutan US *bak kata kak Lyana*, memang takkan dapat lah aku nak tengok wayang sekerap di KL. Sebab apa? Sebab tambang pergi balik ke mall yang ada cinema terdekat pun hampir sama dengan harga tiket. So? Baik tak payah. Tahan je lah nafsu nak tengok wayang.

Tapi, kadang2 bila rasa ada movie yang patut ditonton, rasanya aku keluar jugak. Normallynya aku keluar masa awal2 sem. Lagipun waktu tu kerja tak setimbun sekarang. Lagi2 bila tinggal lagi sebulan nak final. Bulan terakhir kelas memang sungguh mencabar minda. Sebab? Segala assignment perlu dihantar pada bulan ini. Sabar ye wahai hati. Ada jugak masa sem2 lepas, terlalu tekanan buat assignment, aku ajak jugak mimi keluar g Jitra sebab nak tengok wayang. Kadang2, ke Changlun pun jadi lepas tension. Karaoke mana yang mampu. Hehehe...

Cukup sudah nak bercerita. Wahai Miss Eriqa sedar tak awak ada assignment yang perlu dihantar kepada ketua kumpulan selewat2nya pukul 12malam ini? Dah tu, tunggu apa lagi? Pergi lah buat kerja tue... Cau cin cau.... *soya cin cau saya tak minat yea kawan2..*

 lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, October 10, 2010

Apa Erti Cinta

Semalam berborak sebentar tentang erti cinta dengan si dia. Berborak dengan cik mimi semalam pasal cinta. Itu yang tiba2 bukak topik tentang erti cinta dengan si dia. Huhu...

Aku: apa erti cinta pada awak?
Dia: erti cinta pada saya? hm... saya tengah penat nie, sakit kepala otak dah jammed. tp takpa la, saya jawab jugak. bagi saya cinta tu sesuatu yang indah apabila masing2 tahu menjaganya tapi cinta tu boleh menjadi pahit bila kita silap menilai maksudnya. Huhuhu... ntah betul ntah tidak la saya cakap nie. kenapa tiba2 awak tanya?
Aku: takda pape. saja je tanya. pada saya, cinta itu buta, takda cinta yang sempurna.
Dia: ye ke takda pape? cakap ar kenapa? biar cinta yang buta, jangan hat yang buta, sampai tak reti nak menilai yang mana intan yang mana kaca, susah nanti brader.
Aku: betul la cakap awak tu. tapi pada saya, cinta itu tetap buta, sebab takda cinta yang sempurna.
Dia: kalau awak cakap cinta tu buta, memang betul la, tak dinafikan. tapi bila awak cakap takda cinta yang sempurna saya rasa awak salah. sebab kita yang bercinta nie dan kita sebagai acuannya, bila kita sama2 pandai menjaga dan bertolak ansur, saling memahami, bertimbang rasa dan jujur dalam perhubungan, rasanya itulah cinta yang sempurna.
Aku: ~~~~~~~~

Kenapa aku tak menjawab? Aku jawab la, tapi biarlah itu jadi rahsia kami. Hehehe...

Secara tiba2 aku terfikir balik kata2 si dia. Memang betul cinta boleh jadi sempurna kerana kita yang menjadi acuannya. Tapi jika ditanya pendapat aku, aku sendiri tak pasti dengan kenyataan tersebut. Kenapa? Sebab walaupun kita yang menjadi acuan, kita kena tahu juga bahan apa yang kita bancuh dalam acuan tersebut.

Jangan menghambakan diri terhadap cinta biarpun cinta itu ada lah segalanya. Renung2kan....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 09, 2010

Versi-versi Cinta

Cinta itu buta.
Tak mengenal siapa yang dicintai, siapa yang mencintai.

Cinta itu gila.
Sanggup berbuat apa saja demi cinta.

Cinta itu suci.
Mengharapkan cinta itu ke jinjang pelamin.

Cinta itu satu permainan.
Bagi mereka yang tidak pernah kenal erti cinta.

Cinta itu bernafsu.
Mereka yang tidak mampu menahan godaan nafsu.

Cinta itu pelajaran.
Menerima dan memahami pasangan.

Cinta itu penantian.
Menanti siapakah jodoh kita yang pasti.

Cinta dan mencintai.
Menerima baik buruk pasangan.
Tanpa ada rasa jelek dan malu.
Kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sedih dan Bukan, Seiringkah Ia

Susah bila hidup perlu berdikari sedangkan kita masih punya orang untuk membatu.
Sedih bila perlu berhadapan dengan masalah seorang diri sedangkan kita masih punya orang untuk bersama.
Sedih bila perlu berhadapan dengan kesusahan sedangkan kesusahan itu tidak perlu berlaku kerana kita masih dalam tanggungjawab.
Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa.
Bukan niat untuk menyalahkan takdir Ilahi.
Bukan niat untuk merungut segalanya.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, October 05, 2010

Ceramah Motivasi Santai bersama Dr Fazley

Pagi tadi kena bangun awal sebab ada program ceramah motivasi santai bersama dengan Dr Fazley a.k.a abg asmara. Hehehe...

Secara keseluruhannya, motivasi yang diberikan memang memberikan banyak makna. Kalau difikirkan semula, dia banyak menceritakan kisah peribadi beliau, tanpa di duga, dalam ceritanya itu dia memberikan satu motivasi terhadap para pelajar.

Bagaimana dia membina sebuah impian untuk menjadi seorang peguam yang mana akhirnya profession beliau berubah menjadi seorang pakar motivasi. Bercerita tentang kisah hidup beliau dalam slot selama hampir 2jam itu, memberikan aku banyak inspirasi untuk berjaya. Namun, bak kata beliau, segalanya bermula apabila kita mengambil langkah untuk melakukan apa yang kita inginkan.

Ramai mengenali beliau sebagai seorang artis yang telah berkecimpung hampir 10 tahun, tanpa menyedari bahawa sebenarnya beliau telah berkecimpung dalam bidang motivasi semenjak tamat SPM. 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini telah memberikan beliau begitu banyak pengalaman yang boleh dikongsikan bersama para pelajar.Selain menjadi seorang pakar motivasi, beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Program Ceramah Motivasi Santai bersama Dr Fazley yang berlangsung di Dewan Muadzam Shah (DMS), UUM pagi tadi merupakan satu program anjuran Persatuan Kewangan dan Perbankan (FABS) UUM. Sekalung tahniah diucapkan ke atas pihak pengurusan FABS yang telah menunjukkan komitmen mereka dalam program ini kerana sesunguhnya, program ini berlangsung dengan jayanya.

p/s:gambar upload nanti yea....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, October 04, 2010

Ketukan Di Malam Hari

Apa perasan korang, bila korang tiba2 tersedar dari tidur di tengah2 malam, lalu mendengar bunyi ketukan di tingkap. Sedangkan, bilik anda berada di tingkat 1 *bukan paras tanah yea*??? Takut??

Ha, itulah aku nak cerita dengan korang. Malam tadi, aku tak pasti pukul berapa, aku terjaga di tengah2 malam. Rasa macam tak selesa tidur. Ingat nak ke toilet. Tapi belum sempat bukak mata *yang memang tak boleh nak bukak* aku terdengar macam bunyi ketukan kat tingkap bilik. Aku pelik ar, sebab bilik aku tingkat atas. Bukannya tingkat bawah. Niat hati nak bukak mata and tengok apa yang berlaku, tapi somehow, mata langsung tak boleh nak bukak. Seolah2 dah digam.

Aku try nak sambung tidur. Tapi tak boleh!! Aku ngantuk sangat tau tak pagi tadi. Semua pasal kes malam tadi la nie. Hurm.. Aku nie nampak je macam garang, tapi lemah semangat wooo.... Ada jugak nak mintak mama buatkan pelindung dari ayat suci Quran kat aku. Tak boleh wei.. Mahu aku tiba2 jadi biul kang. Takut punya pasal.

Kalau nak diikutkan, sebelum nie, aku boleh je berjaga malam. Malah mata aku lagi segar waktu malam dari pagi. Aku lagi bersemangat nak siapkan assignment di waktu malam, sedangkan waktu pagi boleh je aku tidur satu hari. Cuma, sejak beberapa tahun kebelakangan ini *dari semester 2 matriks* aku memang takut nak berjaga malam seorang. Gerun...

Harap2 segalanya bakal berubah bila aku nak final nanti. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]