Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, October 10, 2010

Apa Erti Cinta

Semalam berborak sebentar tentang erti cinta dengan si dia. Berborak dengan cik mimi semalam pasal cinta. Itu yang tiba2 bukak topik tentang erti cinta dengan si dia. Huhu...

Aku: apa erti cinta pada awak?
Dia: erti cinta pada saya? hm... saya tengah penat nie, sakit kepala otak dah jammed. tp takpa la, saya jawab jugak. bagi saya cinta tu sesuatu yang indah apabila masing2 tahu menjaganya tapi cinta tu boleh menjadi pahit bila kita silap menilai maksudnya. Huhuhu... ntah betul ntah tidak la saya cakap nie. kenapa tiba2 awak tanya?
Aku: takda pape. saja je tanya. pada saya, cinta itu buta, takda cinta yang sempurna.
Dia: ye ke takda pape? cakap ar kenapa? biar cinta yang buta, jangan hat yang buta, sampai tak reti nak menilai yang mana intan yang mana kaca, susah nanti brader.
Aku: betul la cakap awak tu. tapi pada saya, cinta itu tetap buta, sebab takda cinta yang sempurna.
Dia: kalau awak cakap cinta tu buta, memang betul la, tak dinafikan. tapi bila awak cakap takda cinta yang sempurna saya rasa awak salah. sebab kita yang bercinta nie dan kita sebagai acuannya, bila kita sama2 pandai menjaga dan bertolak ansur, saling memahami, bertimbang rasa dan jujur dalam perhubungan, rasanya itulah cinta yang sempurna.
Aku: ~~~~~~~~

Kenapa aku tak menjawab? Aku jawab la, tapi biarlah itu jadi rahsia kami. Hehehe...

Secara tiba2 aku terfikir balik kata2 si dia. Memang betul cinta boleh jadi sempurna kerana kita yang menjadi acuannya. Tapi jika ditanya pendapat aku, aku sendiri tak pasti dengan kenyataan tersebut. Kenapa? Sebab walaupun kita yang menjadi acuan, kita kena tahu juga bahan apa yang kita bancuh dalam acuan tersebut.

Jangan menghambakan diri terhadap cinta biarpun cinta itu ada lah segalanya. Renung2kan....

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: