Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, October 05, 2010

Ceramah Motivasi Santai bersama Dr Fazley

Pagi tadi kena bangun awal sebab ada program ceramah motivasi santai bersama dengan Dr Fazley a.k.a abg asmara. Hehehe...

Secara keseluruhannya, motivasi yang diberikan memang memberikan banyak makna. Kalau difikirkan semula, dia banyak menceritakan kisah peribadi beliau, tanpa di duga, dalam ceritanya itu dia memberikan satu motivasi terhadap para pelajar.

Bagaimana dia membina sebuah impian untuk menjadi seorang peguam yang mana akhirnya profession beliau berubah menjadi seorang pakar motivasi. Bercerita tentang kisah hidup beliau dalam slot selama hampir 2jam itu, memberikan aku banyak inspirasi untuk berjaya. Namun, bak kata beliau, segalanya bermula apabila kita mengambil langkah untuk melakukan apa yang kita inginkan.

Ramai mengenali beliau sebagai seorang artis yang telah berkecimpung hampir 10 tahun, tanpa menyedari bahawa sebenarnya beliau telah berkecimpung dalam bidang motivasi semenjak tamat SPM. 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini telah memberikan beliau begitu banyak pengalaman yang boleh dikongsikan bersama para pelajar.Selain menjadi seorang pakar motivasi, beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Program Ceramah Motivasi Santai bersama Dr Fazley yang berlangsung di Dewan Muadzam Shah (DMS), UUM pagi tadi merupakan satu program anjuran Persatuan Kewangan dan Perbankan (FABS) UUM. Sekalung tahniah diucapkan ke atas pihak pengurusan FABS yang telah menunjukkan komitmen mereka dalam program ini kerana sesunguhnya, program ini berlangsung dengan jayanya.

p/s:gambar upload nanti yea....

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: