Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, October 16, 2010

Erti Persahabatan Dalam Diri

Sebelum aku mula untuk berbicara, aku mahu gelak puas2 sebab aku berjaya menyiapkan karangan tadika + budak sekolah sebanyak 4 jenis karangan. Hahahahahah... LOL...

Kenapa aku kata karangan tadika @ budak sekolah?? Sebabnya, aku tidak pernah menulis seskema itu yea wahai kawan2. Menulis untuk tujuan pemarkahan peperiksaan, itu tidak dapat dielakkan. Tetapi menulis di blog dengan ayat skema itu?? Owh... Tidak pernah aku lakukan. Hahaha... Geli dowh aku nak baca balik karangan2 itu.

Entry skema yang aku maksudkan adalah mengenai kawan2 baik aku sejak dari sekolah hinggalah ke universiti. Kena aku kata ada part2? Takkan ada berlaku bahagian jika kita yang tidak membahagikannya. Bukannya untuk menunjukkan siapa yang paling baik dengan aku atau tidak.

Part 1 - Ini adalah kawan baik selamaya *alamak skema lagi* @ Best Friends Forever aku. Secara jujurnya aku mengatakan, tanpa mereka berdua, hidup aku jadi sunyi dan sepi. Mereka yang mewarnai kehidupan aku, yang menjadikan aku setabah ini. Dan yang pasti, mereka lah yang paling memahami siapa aku sebenarnya.

Part 2 - Entry ini adalah khas buat clique aku iaitu The Devils. Disebabkan aku jarang berjumpa mereka, itu tidak bemaksud aku tidak baik atau tidak rapat dengan mereka. Malah aku sendiri tak sangka yang aku dan mereka masih boleh kekal menjadi kawan biarpun telah lama aku tinggalkan dunia persekolahan. Malah, aku sendiri tidak menjangkakan kerana aku jenis yang tidak pandai membuat kawan. Dan untuk pastikan persahabatan itu kekal lama, aku perlukan sefahaman dengan mereka.

Part 3 - Ini adalah untuk mereka2 yang rapat dengan aku sewaktu di Matrikulasi. Yea, aku rapat dengan mereka di UUM, tapi aku kenal mereka sewaktu di Matrikulasi lagi. Aku sendiri tak pernah menjangkakan bahawa aku boleh menjadi baik dengan mereka kerana sewaktu di Matrikulasi aku lebih suka keseorangan dan bersendirian. Tapi siapa sangka, aku dan diorang boleh menjadi kawan di UUM.

Part 4 - Entry ini adalah untuk mereka yang baik dengan aku sewaktu di UUM. Perkenalan dengan mereka memberikan aku seribu kemanisan dalam hidup bila terpaksa berjauhan dengan BFF aku. Mereka semua berada di DPP yang sama dengan aku. Dengan mereka aku senang tertawa dan senang bercerita.

Aku amat mengharapkan persahabatan ini tidak akan terputus sehingga bila2. Kita boleh mencari kawan baru, tetapi untuk mencari keserasian dalam persahabatan itu sesungguhnya amat susah. Kita boleh mengatakan kita kenal siapa kawan kita, hakikatnya kita adalah insan yang paling jauh mengenali dirinya.

Satu pesanan aku buat readers *ada ke yang baca* semua, jangan khianati persahabatan anda sekiranya anda tidak mahu dikhianati suatu hari nanti. Dunia ini adalah karma kehidupan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: