Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, October 15, 2010

Kawan Baik Saya Part 2

Entry lepas, saya ada cerita yang saya ada clique yang kami gelar diri masing2 adalah The Devils kan? Nak tahu siapa kami??? Hehehe... Khas entry untuk The Devils..


Yang pertama, adalah kak long kami. Nama kak long saya ialah Nur Ateeqah Mohd Qari. Kami panggil dia Atee. Nama Devil: Devra De-vil


Yang kedua adalah Wan Khairunnisa Omar. Saya susah nak ingat nama penuh dia sebab panjang sangat. Lagipun, nama panggilan dia pendek, takda sebutan yang betul dalam nama dia. Nama Devil: King of Devil


Yang ketiga adalah Engku Farah Hanna Engku Abdul Jalil. Panjang kan? Tapi kami panggil dia Fara @ F. Pendek sangat berbanding nama dia yang panjang itu. Nama Devil: Lady Dare Devil


Yang terakhir adalah Hamizah Kamarul Husni. Kami panggil dia Eiza. Pun pendek kan?? Nama Devil: Innocent Devil

Eh2, jangan lupa saya pun adalah salah sorang dari ahli The Devils jugak tau. Nama Devil aku? Hehehe... Slutty Devil.

Okay, mari kita berkenalan dengan kawan2 baik saya di sekolah menengah. Saya kenal mereka sejak di sekolah menengah. Bermula dari tingkatan 3. Jika betul perkiraan saya, rasanya sudah 7 tahun kami menjadi kawan baik.

Masing2 punya kelebihan dan kelemahan sendiri. Tapi saya senang bergumbira bersama mereka. Kerana kami saling melengkapi. Kalau nak bercerita tentang persamaan kami, tidak dapat saya nyatakan di sini. Kerana kami masing2 mempunyai persamaan yang sama tetapi berbeza. Macam mana tu? *lu pikirlah sendiri...

Kami pernah bergaduh sesama kami. Kami pernah bertikam lidah sesama kami. Tapi itu tidak membawa maksud bahawa kami tidak boleh berbaik. Pergaduhan antara kami akan berlarutan tetapi akan sembuh dengan cepat. Saya selalu kena marah dengan Anis, Atee. Selalu menggedik dengan Eiza. Selalu berdiplomasi dengan Fara. See kami sama tapi berbeza. Huhu...

Anis meninggalkan kami sewaktu di tingkatan 4 apabila dia berpindah ke SBP di Terengganu. Sejak itu, jika ada kelapangan, pasti kami akan bertemu. Kini, masing2 telah berselerakan di atas bumi Malaysia dengan mengejar impian yang kami telah sama2 impikan.

Anis berada di Sabah, Eiza, Fara, Atee berada di Shah Alam. Dan saya berada di Kedah. Setaip tahun, rumah Atee pasti akan menjadi tumpuan untuk kami berkumpul dan berjimba sewaktu rumah terbuka Hari Raya. Tidak kira sama ada Raya Aidilfitri atau Raya Aidiladha. Sekiranya Atee membuat rumah terbuka, kami akan berkumpul, bercerita seolah2 sudah bertahun2 kami tidak berjumpa.

Sehingga sekarang, kami maish lagi berhubung. Masih lagi menjadi kawan baik. Saya sayang The Devils!!

p/s: sila jangan ketawa okay.. memang karangan budak sekolah.. hahahah......


lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: