Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, October 16, 2010

Kawan Baik Saya Part 4

Sewaktu di UUM, saya juga ada beberapa orang kawan baik yang selalu melayan karenah saya. Saya sayang kawan2 saya di sini.

Mereka berdua adalah roommate di blok lama saya. 


Nama kakak ni ialah Noor Hazwani Bahaudin.Dia tua 2tahun. Saya panggil dia Kak Wanie. Tapi, perangai dia kadang2 macam budak2 sikit. Dia seorang yang manja. Hehehe... =D


Yang ini adalah roommate Kak Wanie. Nama kakak ni Aminah Othman. Saya panggil dia Yong. Maksudnya kak long. Tapi dia bukan anak sulung. Saya panggil dia Yong sebab dia orang Perak. Orang Perak je yang selalu guna perkataan Yong.


Si cantik jelita ini adalah Julie Hennie Mohamad. Saya dan kawan2 panggl dia Julie, tapi saya suka pendekkan lagi jadi Jue. Dia juga satu blok dengan saya sewaktu semester 1 dan 2. 


Si kecil ini ialah Nur Ain Zulkefli. Saya panggil dia Ain. Sama kan macam nama terakhir saya? Dia jiran sebelah bilik saya sewaktu semester 1 dan 2.

Saya kenal mereka berempat sewaktu mula2 menjejakkan kaki di UUM. Mula2 saya segan untuk bertegur sapa dengan mereka, tetapi lama kelamaan saya menjadi rapat dengan mereka.


Ini ialah Noor Hazwani Abd Kahar. Saya panggil dia Wanie. Dia merupakan roommate Mimie juga sewaktu semester 1 hingga 3. Disebabkan saya selalu lepak di bilik Mimie, secara tidak langsung saya juga berkawan baik dengan dia.


Yang ini ialah Aisyah Aris. Saya panggil dia Sponge. Ala2 macam Sponge Bob tue. Jangan salah sangka, dia bukan roommate saya tetapi dia ialah roommate kepada Mimie. Saya kenal dia sewaktu semester 4 disebabkan saya suka lepak dekat bilik Mimie sampai malam. Bila dah malam, saya jadi takut nak balik sendiri. So, saya suka suruh dia hantar saya balik. Lagipun, dia merupakan kawan sekelas saya sewaktu semester 4 dalam kelas Audit 2.

Mesti pelik kenapa saya panggil dia Sponge kan? Bukan saya sorang yang panggil dia Sponge. Kawan2 dia yang lain pun panggil dia Sponge. Sebab dia suka Sponge Bob sangat2. Dan dia banyak koleksi barangan Sponge Bob. Sebab itu kami ramai2 panggil dia Sponge. Hehehe...

Saya sayang mereka. Kerana mereka selalu membuatkan hidup saya ceria. Terima kasih kawan2.

p/s: jangan gelak sewaktu membaca.. sebab aku tahu macam karangan budak sekolah kan?? hahhaa.... dan sila jangan marah sebab aku curik gambar2 korang dari fb.. hahaha...

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

little ain said...

okeh. aku bangga gamba aku masuk sini. miahahahaha :)

p/s : suka nak songlap pictures dalam fb eh.

[Miss Eriqa] said...

memang patut pun ko bangga.. hahaha.... oooppsss... bukan begitu lah wahai kawan ku.. dah takda gmbr yang cantik.. so aku songlap je la dari fb.. hehehe...