Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, October 12, 2010

Sangap Nak Tengok Wayang

Lama dah rasanya aku tak tengok wayang. Lama ke?? Rasanya baru 3minggu lepas kot. Tak pun 2 minggu. Masa aku balik rumah mimi. Balik rumah dia sebab dia ada buat makan2 untuk kawan2 dia. Ala, makan2 pun buat kecik2 je. Bajet mula2 dalam 20 orang. Sekali yang datang hampir 30orang. Ramai kan? Hehehe... Eh2, lari topik la pulak aku ni. Padahal nak cerita pasal movie.

Last wayang aku tengok hari tu, movie Magika. Sebuah filem muzikal garapan indah dari adeqberadeq KRU. sangat menarik. Kebanyakkan dari scene2 dalam movie tue dibuat dalam bentuk CGI. Hollywood bukan main dah ke depan dengan technology CGI, kita di Malaysia masih lagi menapak.

CGI garapan Yusry KRU sangat2 lah cantik. Tanya dalam diri, wujud ke tempat2 macam ni kat dunia ciptaan Ilahi? Terasa diri dalam dunia khayalan sebentar bila tengok movie tu. Actually movie tu target kepada budak2 kecik. Sebab cerita dia lebih kepada cerita dongengan. Tapi aku dengan mimi kan memag suka tengok cerita macam tu. Best wo... Hehehe...

Lupakan lah sebentar apa yang berlaku dalam hall masa kitorang tengok movie tu. Nanti aku cerita lain. Next entry yea. Ramai yang tahu, aku memang suka tengok wayang. Tapi kalau dah balik ke Hutan US *bak kata kak Lyana*, memang takkan dapat lah aku nak tengok wayang sekerap di KL. Sebab apa? Sebab tambang pergi balik ke mall yang ada cinema terdekat pun hampir sama dengan harga tiket. So? Baik tak payah. Tahan je lah nafsu nak tengok wayang.

Tapi, kadang2 bila rasa ada movie yang patut ditonton, rasanya aku keluar jugak. Normallynya aku keluar masa awal2 sem. Lagipun waktu tu kerja tak setimbun sekarang. Lagi2 bila tinggal lagi sebulan nak final. Bulan terakhir kelas memang sungguh mencabar minda. Sebab? Segala assignment perlu dihantar pada bulan ini. Sabar ye wahai hati. Ada jugak masa sem2 lepas, terlalu tekanan buat assignment, aku ajak jugak mimi keluar g Jitra sebab nak tengok wayang. Kadang2, ke Changlun pun jadi lepas tension. Karaoke mana yang mampu. Hehehe...

Cukup sudah nak bercerita. Wahai Miss Eriqa sedar tak awak ada assignment yang perlu dihantar kepada ketua kumpulan selewat2nya pukul 12malam ini? Dah tu, tunggu apa lagi? Pergi lah buat kerja tue... Cau cin cau.... *soya cin cau saya tak minat yea kawan2..*

 lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: