Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, October 24, 2010

Satu Zaman, Seribu Kenangan Menggamit Memori

Aku jarang bercerita cerita masa aku kat matriks kan? Hehehe... Biasa mesti cerita aku kat universiti je. Kali ni aku nak bukak peti memori, menceritakan kenangan yang ada sepanjang di matriks.

Nak menyemak gambar masa kat matriks, tak boleh. Lepas laptop kena format dengan abg aku, terus segalanya hilang. Buat aku sakit hati je. Huhu...

Masa dekat matriks, segalanya kenangan manis. Biarpun ada ketika sesama rumate aku bermasam muka, tapi segalanya bagaikan satu kenangan. Bila difikirkan semula, betapa indahnya waktu2 yang ada jika dapat diulang semula.

Aku study kat Kolej Matrikulasi Perlis. Mula2 aku tak berapa nak suka masuk matriks, sebab aku rasa cam matriks ni tak best. Dah la dapat kat Arau, ulu pulak tu. Wayang takda, karaoke pun takda. Senang cakap, apa pun takda. Paling besar pun kat Kangar, ada The Store. Tempat kitorang lepak beli barang keperluan. Itu pun kalau nak g Kangar, kena naik teksi sapu. Pergi balik mesti makan dalam rm10-rm15.

Zaman matriks, biarpun kitorang rasa stress tapi stress masih boleh dihandle dengan cukap bagus. Takda rasa cam stress sekarang. Huhu... Biarpun  masa matriks dulu outing hujung minggu, tapi kami rasa sangat la seronok.

Bilik kat matriks bukan macam bilik kat UUM. Rasanya, gabung 3bilik di UUM dapat satu bilik di matriks. See, best kan. Bilik kitorang besar, terbahagi kepada 3bahagian. pemisahnya hanyalah dinding. Kiranya, dari satu bahagian ke satu bahagian, kitorang boleh melintas. Hehehe... Bahagian tengah tempat meja study. Dekat situ ada 8meja study. Tapi satu bilik hanya ada 4orang je. So, masing2 amik 2meja study. Bahagian blah kanan and blah kiri ialah tempat tidur. Hanya ada katil (double decker okay) and almari je. Actually, bilik tu untuk 8orang, tapi pihak pengurusan matriks memang letak 4orang je sebilik.

Inilah rumate aku kat matriks dulu.


Dari kiri: Aku, Nur Syazwani, Nor Izma, Nur Shahida
Lokasi: Tasik Melati

Ini kenangan masa dah nak habis matriks. Beberapa minggu sebelum kitorang habis matriks kitorang keluar g Padang Besar and Tasik Melati. Saja have fun. Actually, aku ada edit gambar. Tapi sayang, gambar tu semua dah hilang.


Lokasi: Padang Besar


Dari atas: Nur Haziqah, Nur Syazwani, Nur Shahida, Nor Izma, Aku, Nur Syamimi
Bawah: Mohd Azfar
Lokasi: Restoren Pizza Hut Kangar
Gambar yang kat atas nie, masa kitorang keluar sempena birthday aku. Nak tahu, mula2 rumate aku si Wani tak nak keluar. Sebab merajuk dengan buah hati si Azrul. Puas kena pujuk baru nak keluar. Sedih aku tau. Yelah, birthday aku, suppose have fun. Huhu.. Kiranya masa nie celebrate advanced birthday aku. Sebabnya, birthday aku jatuh hari biasa. Time birthday aku, kitorang just makan kek dalam bilik. Even though simple, sangat memberi makna. Hehehe...


Dari kiri: Aku, Nur Syazwani, Nur Shahida, Nor Izma, Nur Haziyah, Nur Fatin
Lokasi: Koridor depan pintu bilik

Masa nie aku tak ingat kitorang nak kemana, rasanya aku ada jamuan kot dekat Dewan Sri Kayang (DSK). Azieyah dengan Kak Atin adalah rumate. Bilik diorang sebelah bilik aku. Kadang2 aku suka lepak kat bilik diorang.

Masa matriks dulu, aku rapat dengan Azieqah. Nak hujung2 tue aku rapat dengan Mai. Dalam kelas aku rapat dengan Cik Pah and Tiqah. Siapa diorang?? Meh aku enterprame gambar dulu. Lepas tu baru aku sambung serita.


Ini Atiqah. Si becok yang kuat gelak dan sangat sukakan kucing. Selalu duduk sebelah dia dalam kuliah. Kalau aku tertidur *dengan sengaja* dia suka kacau aku. Huhu... Dia ni pun jiran aku. Pemisah hanyalah toilet and bilik basuh. Huhu... No bilik dia kat matriks dulu 202.


Yang inilah Azieqah. Dia selalu bagi saya nasihat and ceramah agama secara percuma. Hahaha... Buat pengetahuan semua, masa matriks dulu saya agak nakal dan sosial. Well, budak KL nak berubah serta merta memang tak dapat nak tolong la. Hahaha.. Dia sangat baik dan lembut *secara ironinya, sila terbalikkan*.


Inilah Cik Pah. Nama dia panjang, Syarifah Nur Syazwani. Pendekkan? Jadi la Cik Pah. Aku rasa aku sorang je kot panggil dia Cik Pah. Hehehe... Dalam kelas aku mesti duduk sebelah dia. Dia suka sangat mesej dalam kelas. Tapi, tak pernah tidur. Hahaha... Terbalik dengan aku. Hehehe...


Ini Maizatul. Budak pandai yang selalu jadi mangsa saya untuk ajar apa yang saya tak paham. Hehhe... Cantik kan?? Yea, dia perasan dia gemuk, tapi dia maintain cantik okay.

Diorang sangat mewarnai kehidupan matriks aku. Kalaulah boleh aku kembali ke zaman itu semula. Alangkah indahnya.....

p/s:sila jangan marah sebab aku curik gambar korang dari FB...hehehe....

 lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: