Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, October 29, 2010

Terasing

Kenapa aku rasakan, kadang2 aku lebih selesa bersama orang luar dari keluarga sendiri? Salah ke bila aku perluka seseorang, dan aku mengharapkan mereka yang bergelar keluarga?

Aku rasa betul2 sakit hati. Bukan nak burukkan keluarga sendiri tapi entahlah. Mungkin aku tak sebertuah orang lain, dan mungkin juga aku tak seteruk orang lain. Tapi, cukuplah aku begini.

Yea, aku penat. Penat dengan karenah mereka. Penat dengan segala2nya. Aku perlukan masa untuk aku. Bukannya masa untuk rasa down begini. Final nak dekat. Sangat dekat. Kenapa saat2 begini aku ditimpah pelbagai dugaan?

Aku tak sekuat yang orang sangka kan. Aku tak setabah mereka. Aku penat. Aku terlalu penat. Sampai bila harus aku jadi seperti ini? Tiada yang peduli, tiada yang hargai.

Terasa diri sangat terasing bila tidak dipedulikan mereka. Terasa diri tidak berguna saat kata2 penghinaan yang aku dengar. Terasa diri lebih baik tiada dari ada.

Sesungguhnya, saat entry ini ditaip, air mata mengalir akibat tekanan. Air mata mengalir bagaikan air yang sungai. Betapa aku jatuh, betapa aku sedih. Aku sangat2 perlukan mereka yang boleh berkongsi masalah. Seorang pendengar yang setia.

Aku tak mampu harungi semuanya keseorangan. Aku perlukan mereka. Namun aku sedar, mereka tidak mampu berada di sisi aku sepanjang masa. Biarlah masa yang menyembuhkan luka2 ini. Biarlah masa menentukan, apakah hati ini akan tercalit satu lagi luka yang akan terus berdarah. Biarlah masa menentukan apakah hati yang luka akan sembuh tanpa sekelumit dendam. Andai ada dendam terpalit, maafkanlah aku. Kerana sesungguhnya aku memang seorang pendedam.

p/s:biarlah masa menentukan segalanya..mereka yang aku maksudkan dalam setiap perenggan adalah tidak sama..mereka adalah insan2 berbeza...

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: