Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, December 31, 2010

Hari Terakhir 2010

Hari terakhir 2010. Apa yang menarik?? Sekarang semua sedang bercakap mengenai kehebatan pasukan bola sepak Malaysia merangkul juara di AFF Suzuki Cup 2010 yang berakhir 2 hari lepas. Yeah, permainan yang sangat menarik untuk ditonton. Aku yang jarang tengok bola sepak tempatan boleh tertarik untuk menonton perlawanan harimau malaya. 3 perlawanan terakhir memang memberikan nafas baru kepada industri sukan negara. Menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan peningkatan di luar jangkaan.

Okay2, cukup dengan cerita pasal harimau malaya. Hahaha... Baru aku perasan, lama gila aku tak update blog. Kali terakhir adalah 3minggu lepas, sebelum berakhirnya peperiksaan akhir aku untuk semester ini.

Aku malas nak mengarut. Sebenarnya aku ada je beberapa cerita menarik. Hurm.... Nanti ada masa aku update di sini. Apa2 pun, Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua rakan2 blogger. Moga tahun baru ini memberikan seribu kenangan indah dan mematangkan kita dalam menempuh kehidupan akan datang.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, December 10, 2010

Kembali Bosan

Selepas bermaustatin di bilik Mimi hampir sebulan (masa study week and minggu exam) aku kembali semula ke bilik aku. Kenapa aku tak duduk je kat bilik, tap menumpang di bilik orang lain. Hurm.. Mungkin orang akan ingat yang aku ada masalah, tapi sebenarnya ada sebab lain yang membuatkan aku jadi macam tu.

Actually, korang tahu kan, yang Mimi tue BFF aku. And secara kebetulan, aku boleh rapat dengan roomate dia, Sponge. Sepanjang aku lepak dekat Tradewinds, aku kenal dengan junior2 Mimi yang punya fiil mereka tersendiri. Tapi aku takda lah maksudkan yang aku kenal dengan semua. Mostly yang aku kenal, budak sebelah bilik Mimi. Itupun sebab diorang suka lepak and buat havoc kat dalam bilik.

Sepanjang aku di sana, tak nafi bila aku rasa bosan. Yea, memang bosan. Tapi perasaan bosan tu boleh dikira dengan jari. Normally nya aku akan rasa bosan bila diorang semua tidur, ada yang study, and waktu2 yang kita sendiri tahu yang itu masa untuk diri dia sendiri.

Dekat sana aku sangat2 gembira. Tak rasa langsung yang aku menumpang di bilik orang. Kebanyakan masa aku diisi dengan gelak dan tawa, yang mana aku tak dapat di bilik aku sendiri. Yea, aku tak rasa happy di bilik sendiri. Kenapa?? Entahlah, aku pun tak tahu. Hurm...

Jujur aku katakan, aku rindu saat2 di bilik diorang. Biarpun aku baru je balik dari sana. Hurm.. Rasanya, inilah yang akan aku rasa bila aku menyewa bersama mereka. Huhu... And you know what?? Dekat sana aku dipaksa untuk study. Hahaha... Itu yang paling seronok. Kalau tidak, jangan haraplah aku nak study kalau kat bilik. Hehhee..

Actually, before aku balik bilik, aku ada buat sedikit financial planning untuk tahun hadapan. Apa yang telah aku rancang?? Aku post next entry yea... Till then, see ya...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, December 08, 2010

Sedih Dan Buntu

Sedih bila abg aku cakap jangan ambik Nokia N8 sebab dah banyak complaint yang dapat dari customers yang dah guna hp ni. Most of them cakap yang motherboard untuk N8 cepat rosak. So, apa yang aku patut lakukan??? Hurm...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Pengalaman Berharga Mengajar Seribu Pengajaran

Okay, actually aku update ni sebab ada benda yang aku nak kongsi bersama dengan korang. Satu pengalaman dan pengajaran untuk aku. Huhu...

Actually, tadi aku ke Changlun. Pergi klinik sebab badan aku gatal2. Naik allergic tapi, tak dapat dikenal pasti sebab apa allergic tu datang. Mula2, aku biarkan. Sebab aku malas nak ambil tahu pasal hal tu. Tapi kalau dekat 2minggu benda tu berlaku, memang aku tak dapat tahan.

Sampai kat Changlun, tengok2 doktor tengah rehat. So, kena tunggu pukul 3 baru boleh jumpa doktor. So, aku dengan Sponge pergi makan dulu. Lepas makan, aku ke C-Mart, shopping barang sikit. Hehehe... Then, ke klinik. Lepas jumpa doktor, dapat ubat, ke Watson sebab nak beli dettol. Ceritanya bermula kat sini lah.

Aku ambik 5barang untuk aku bayar. Disebabkan barang tak banyak, aku letak barang2 tu dalam helmet. Sebab malas nak pegang bakul. Sampai dekat kaunter, aku bayarlah barang2 yang aku nak bayar ke kaunter. Lepas tu, ke Marrybrown nak belikan junior akunya makanan.

Dekat Marrybrown baru aku perasan, yang aku bawak keluar dettol tanpa membayar sebab dia tersorok di belakang purse aku dalan helmet. So aku dah rasa serba salah. Perlu ke aku patah balik dan bayar atau aku just buat tak tahu dan terus balik ke UUM. Tanya pandangan Sponge. Lepas tu, fikir punya fikir, aku ambik keputusan patah balik untuk bayar barang tu.

Lepas tu aku gelak sorang. Aku pun pelik, macam mana aku boleh terlepas pandang dettol tu. Padahal dettol tu barang utama kenapa aku ke Watson. Hahaha...

So kesimpulannya, sebelum keluar dari mana2 kedai, sila pastikan segala barang yang hendak dibeli telah dibayar. So takkan jadi macam kes aku. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, December 02, 2010

Kebosanan Di Waktu Cuti

Aku tinggal lagi 3papers sebelum final untuk semester ini berakhir. Agak bosan la weyh bila fikir kena balik rumah untuk satu tempoh masa yang lama. Bosan sebab aku tak tau nak buat apa kat rumah. Nak jaga baby, mama hantar baby rumah pengasuh. Mama tak rasa aku boleh jaga baby tu. Kalau fikir balik pun, memang la aku pun tak rasa aku mampu nak jaga baby baru lahir. Hehehe...

Owh yea, aku ada rancangan sebenarnya untuk cuti nie. Tapi tak pasti lagi akan terlaksana atau tidak. Apa rancangan aku?? Hehehe..

1. Tidur puas2. Hahaha...Bila ko dah besar, dah study kat u, ko akan tahu seksanya tak dapat tidur yang mencukupi. Rasa kalau dapat tidur kejap tue, heaven lah sangat. Hahaha...

2. Makan apa yang aku kempunan. Hahaha.. Kat dalam Sintok nie susah weyh nak dapat makan sedap2. KFC kena ke Jitra, Pizza Hut pun kat Jitra, Mc Donalds kena ke Alor Star. Sesak wei, kalau every time nak makan kena keluar kan duit tambang yang harga lebih kurang sama dengan harga set makan. Hahaha...

3. Kemas bilik aku. Aku lebih nak renovatekan bilik tue. Hehehe.. Nak tukar cat bilik. Tapi tak pasti la berjaya atau tidak rancangan aku yang ini. Ayah aku tak bagi tukar cat sebab dia kat baru lagi cat bilik tu. Tapi kalau ikut aku, aku tak suka warna cat bilik tu. Sebab dia warna hijau. Aku paling tak suka warna hijau, Rasa2nya barang2 aku mana ada lagi satu pun berwarna hijau. Hahaha...

4. Nak beli few perabot baru untuk bilik tu. Walaupun bilik itu akan ditinggalkan kosong untuk beberapa bulan, dan aku akan kembali mendiami bilik itu untuk satu tempoh masa yang kejap, aku still nak bilik aku nampak cantik. Huhu...

5. Nak kerja kot. Tapi entahlah. Sebab aku macam malas nak kerja. Tapi rasa macam nak kerja. Tengok keadaan dan mood la. Tak pasti nak kerja atau tidak. Hahaha...

6. Semakin aku update kat entry nie, semakin merapu aku rasa dengan entry aku. Rasanya ini entry paling merapu aku. Hahaha... Terserlah kesengalan aku di sini kan?? Hahhaa...Ha.. Cakap pasal entry, aku rasa aku nak tukar layout baru kot. Hehehe... Saya sukakannya!!!

Dah la, malas aku nak merapu panjang2. Sebab makin panjang, makin merapu aku rasa. Hahaha... K la, cau dulu yea!!!!

lots of love,
[Miss Eriqa]