Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, December 02, 2010

Kebosanan Di Waktu Cuti

Aku tinggal lagi 3papers sebelum final untuk semester ini berakhir. Agak bosan la weyh bila fikir kena balik rumah untuk satu tempoh masa yang lama. Bosan sebab aku tak tau nak buat apa kat rumah. Nak jaga baby, mama hantar baby rumah pengasuh. Mama tak rasa aku boleh jaga baby tu. Kalau fikir balik pun, memang la aku pun tak rasa aku mampu nak jaga baby baru lahir. Hehehe...

Owh yea, aku ada rancangan sebenarnya untuk cuti nie. Tapi tak pasti lagi akan terlaksana atau tidak. Apa rancangan aku?? Hehehe..

1. Tidur puas2. Hahaha...Bila ko dah besar, dah study kat u, ko akan tahu seksanya tak dapat tidur yang mencukupi. Rasa kalau dapat tidur kejap tue, heaven lah sangat. Hahaha...

2. Makan apa yang aku kempunan. Hahaha.. Kat dalam Sintok nie susah weyh nak dapat makan sedap2. KFC kena ke Jitra, Pizza Hut pun kat Jitra, Mc Donalds kena ke Alor Star. Sesak wei, kalau every time nak makan kena keluar kan duit tambang yang harga lebih kurang sama dengan harga set makan. Hahaha...

3. Kemas bilik aku. Aku lebih nak renovatekan bilik tue. Hehehe.. Nak tukar cat bilik. Tapi tak pasti la berjaya atau tidak rancangan aku yang ini. Ayah aku tak bagi tukar cat sebab dia kat baru lagi cat bilik tu. Tapi kalau ikut aku, aku tak suka warna cat bilik tu. Sebab dia warna hijau. Aku paling tak suka warna hijau, Rasa2nya barang2 aku mana ada lagi satu pun berwarna hijau. Hahaha...

4. Nak beli few perabot baru untuk bilik tu. Walaupun bilik itu akan ditinggalkan kosong untuk beberapa bulan, dan aku akan kembali mendiami bilik itu untuk satu tempoh masa yang kejap, aku still nak bilik aku nampak cantik. Huhu...

5. Nak kerja kot. Tapi entahlah. Sebab aku macam malas nak kerja. Tapi rasa macam nak kerja. Tengok keadaan dan mood la. Tak pasti nak kerja atau tidak. Hahaha...

6. Semakin aku update kat entry nie, semakin merapu aku rasa dengan entry aku. Rasanya ini entry paling merapu aku. Hahaha... Terserlah kesengalan aku di sini kan?? Hahhaa...Ha.. Cakap pasal entry, aku rasa aku nak tukar layout baru kot. Hehehe... Saya sukakannya!!!

Dah la, malas aku nak merapu panjang2. Sebab makin panjang, makin merapu aku rasa. Hahaha... K la, cau dulu yea!!!!

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: