Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, January 27, 2011

27012011: Entry Pertama di Tahun Baru

2010 meninggalkan banyak kenangan buat aku. Tak payah cakap la kenangan apa. Manis, pahit, gembira, pedih kelat, semuanya ada dalam tahun tersebut. Kini 2010 telah 19hari mengembangkan sayapnya meninggalkan kita semua dan itu termasuklah aku.

Aku mengharapakan bahawa aku mampu menjadi seorang yang lebih matang dari sebelumnya dalam tahun baru 2011. Tahun baru bermaksud semester baru. Hehehe... Yea, aku kembali menjadi student setelah sebulan bersantai di rumah menjaga si kecik Khairul Ihtisyam Rif'at. Bagi yang masih tidak mengetahui, saya mempunyai adeq baru. Dan saya sangat sayangkan dia.

Okay, nak cerita pasal life di UUM dahulu. Ramai yang tahu kan yang UUM menerima kesan dari peristiwa banjir teruk yang berlaku di Kedah penghujung tahun lepas. Dan kerana itu, student UUM telah mendaftar masuk semula lewat 2minggu berbanding universiti2 lain di Malaysia. So, kiranya aku baru masuk hari ke5 di sini.

Semester lepas menunjukkan peningkatan dalam pointer aku biarpun tak banyak. Hehehe... Rasa2nya mungkin sebab aku ada paper yang boleh tolong aku kot. Huhu... Semester baru menunjukkan aku telah berada di penghujung tahun ke3 aku di sini. Tak sabar nak masuk tahun ke4 dan seterusnya aku melangkah ke alam pekerjaan.

Owh yea, semester ini jugak berlaku satu perubahan di mana aku kembali ke blok lama aku tetapi berlainan bilik dan saya berada di paras bawah dan hujung. Aku tak suka sebab tak boleh macam dulu. Huhu... Tak boleh nak seksi meksi dalam bilik lagi. Haha.. Tapi aku tak peduli sebab aku selesa begini. Hehehe... Dan aku jugak dapat rumate baru. Tapi, aku tak boleh nak get along dengan rumate baru aku. Kenapa? Biarlah rahsia. Takmo jadi macam semester lepas.

Next nak cerita pasal adeq baru aku. Nama dia aku dah sebut kat atas. Nama panjang2, tapi panggil Iyat @ Yat je. Huhu.. sangat comel dan sangat nakal. Hehehe... Saya rindu bangat sama dia.

Sabtu lepas, dia genap 2bulan. So kecil and comel okay. Macam kakak dia jugak *tiba2*. Hahaha...

Malas nak membebel sebab tak tau nak bebel apa. Next entry sambung lagi yea..

lots of love,
[Miss Eriqa]

1 comment:

[z@ck] said...

my cousin used to be the MPP there.nama dia Izzati.Kenal tak? hehehe