Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, February 24, 2011

Perkahwinan Part 1

Entry aku yang ke-400 sepanjang 2tahun aku menulis. Purata dengan 200 entry untuk setahun. Hahaha... Sangatlah menipu okay. Hehehehe....

Untuk entry kali ni, aku terbuka hati untuk berbicara mengenai isu perkahwinan. Kenapa tiba2 aku terbuka hati untuk menulis mengenai isu ini? Terima kasih buat seseorang yang membuatkan aku terfikir semula satu perkara yang aku tidak mahu fikir buat masa sekarang.

Impian aku sebenarnya sangatlah besar. Well, aku rasa kebanyakan perempuan2 dekat luar sentiasa mengimpikan perkara2 yang besar. Betul tak??

Seringkali kita lihat perkahwinan yang tidak sama taraf. Ada kebahagiaan ini yang kekal dan bahagia sehingga ke akhirnya, dan ada juga perkahwinan yang tidak kekal, putus di tengah jalan. Salah satu sebab kenapa aku pernah mengatakan tidak kepada perkahwinan adalah disebabkan isu perceraian.

Dia yang aku sayang bukanlah dari golongan yang berjaya walaupun dia mampu membahagiakan aku. Aku sangat2 takut dia tidak diterima oleh keluarga aku. Sekiranya terpaksa untuk membuat pilihan, siapa yang perlu aku pilih? Dia yang membahagiakan aku atau keluarga yang membesarkan aku?

Bukan niat untuk mengeji atau mengutuk sesiapan, tetapi aku tidak mampu untuk menipu perasaan aku yang inginkan seseorang yang berkerjaya dan mampu membimbing aku. Tapi aku tau, aku bukan seorang yang baik untuk dipadankan dengan seorang lelaki yang baik.

Dia banyak berubah hanya kerana ingin membahagiakan aku. Dan aku suka dengan perubahan yang dia lakukan. Satu sikap yang aku sangat2 suka yang ada dalam diri dia, adalah sikap bertanggungjawab. Dia anak yatim. Dan dia mempunyai seorang adeq yang baru je habis SPM. Aku suka dengan sikap dia yang memikul tanggungjawab untuk menjaga adeq dia. Biarpun adeq dia dah boleh bekerja dan mencari rezeki sendiri.

Korang sendiri sedia maklum kan, sebagai seorang student masalah kewangan takkan boleh lari. Samalah macam aku. Duit pinjaman yang aku dapat tak mampu nak tanggung perbelanjaan aku dekat universiti ni. Duit pinjaman tu pun biasanya bertahan untuk 2bulan je. Kadang2 kalau aku tak rajin keluar, bolehlah tahan untuk 2bulan lebih. Nasib baik ada dia. Dia banyak tolong aku kalau aku susah. Satu sikap yang jarang aku tengok dalam diri seorang lelaki.

Sekarang, hanya padaNya aku berserah supaya kami dipanjangkan jodoh. Aku sayangkan dia. Sayang yang sangat sayang.

notatanganmenulis: out nak ke kelas.. balik kelas smbung part 2 plak..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, February 23, 2011

Sakit Hati

Siapa yang pakai num Maxis prepaid???? Sila angkat tangan!!!


Pernah tak korang dengar ayat macam ni
Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.
Mesti  pernah kan. Lepas tu korang dapat satu msg dari Maxis.
RM0.05: Nombor +601xxxxxxxx yang anda panggil pada [masa] am/pm [tarikh] kini boleh dihubungi. Sila buat panggilan sekarang.
Lepas tu mesti korang akan try call balik kan?? Lepas tu, benda yang sama asyik berulang2. Bila check kredit, dari RM2.00 jadi RM1.00. Sebab apa, sebab kalau 20kali korang buat panggilan, jadi perkara macam dekat atars tue, mesti kena tolak RM1.00 kan??
RM0.05 x 20 = RM1.00
Korang sakit hati tak?? Mestilah sakit kan. Kita topup sebab nak guna call atau msg. Betul tak?? Bukan sebab nak bagi free kat Maxis kan?

Ha, itulah yang berlaku kat aku. Cuba bayangkan, aku nak call orang, urgent. Sekali kena macam tu, kalau korang, angin tak?? Mestilah angin kan??


Masa aku pakai bil postpaid Maxis pun masalah yang sama jadi. Bengang kot. Kadang2 tengah borak dengan mama pun boleh putus tiba2. Tulis status 'Connection Error'.

Aku call dari dalam UUM. Ingatkan aku sorang je yang kena, rupa2nya kawan2 aku pun sama gak. Kadang2 tu selalu terputus2. Padahal bila tengok coverage bar dekat handphone, elok je penuh. Kalau dekat KL pun sama gak. Bf yang kerja kat Pavilion pun selalu cakap benda yang sama. kadang2 perkara luar macam ni yang buat kitorang bertekak. Serius dowh, menyakitkan hati betul. Padahal Pavilion tu dalam kawasan segitiga emas KL kot.


Kepada Maxis, kalau cuma tahu nak telan duit pengguna, baik tak payah berniaga. Buat sakit hati je. Dah la coverage macam harem, lepas tu mahal pulak. Aduh, kami bayar pakai duit la. Bukan pakai daun kering kutip tepi jalan tau tak. Kalau nak caj mahal2 kepada pengguna, make sure la perkhidmatan bagus.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, February 21, 2011

Kelas Batal, Aku Kebosanan

Menulis semula untuk hari ini. Entah kenapa tiba2 rasa macam rajin sangat nak menulis. Dah jumpa ilham ke??

Hari ni kelas Adv MA aku batal. So pergi kelas pukul 10. Sekali, lect masuk kelas bagitau kelas postponed. Dia ada hal. Aku dah macam, kenapa mesti bagitahu sekarang??/ Uwa!!!! Now, tengah tunggu kelas pukul 12. Yang mana, akan start pukul 1215. So, sabar yea Miss Eriqa.

Quote for today *macam pernah buat je quote sebelum nie*.
Life goes on.
Even somtime we feel like dying in the moment.
Create the memories while you can.
So that, you won't regret your life.

lots of love,
 [Miss Eriqa]

Sunday, February 20, 2011

Impian Termakbul

Hurm.. Tiba2 hari ni ada rasa macam nak menulis je. Hehehe...

Topik hari ni?? Pada mana yang tak tau, sem ni aku amik lesen kereta pakej sekali dengan lesen motor. Tapi sila buat2 tak pernah baca part yang lesen motor tue ek. Sebabnya mama aku tak tau yang aku ambik lesen motor. Mati wooo kalau mama tau. Hehehe..

Sebelum cuti CNY, aku dah pergi ceramah KPP yang membosankan tu. Tanya lah pada mereka yang dah ada lesen, mesti ramai cakap ceramah KPP tue bosan. Hehehe... Tapi takdalah bosan sangat sebabnya pengajar tu buat lawak sikit2. Hehehe... Ujian teori berkomputer tu pun dah ambik sebelum balik cuti. Aku ambik masa cuti Hari Wilayah *Wilayah Persekutuan je yang cuti tau*.

Jumaat and Sabtu lepas *baru je semalam* aku pergi kelas Pra L untuk kereta [Jumaat] and motor [Sabtu]. Mesti korang pelikkan kenapa tiba2 ada kelas Pra L sedangkan aku dah lulus ujian komputer? Actually, kat tempat aku buat lesen ni, *lupa nak mentioned nama - Institut Memandu Mustika Muhibah* sebelum lesen L dikeluarkan, pelajar kena amik kelas 6 jam untuk setiap jenis lesen. Meaning, 6jam untuk kereta, and 6jam untuk motor. Tapim bukanlah exactly 6jam.

Untuk kereta, 3jam untuk pelajaran dalam kelas dan 3jam berikutnya adalah amali memandu. Memastikan yang korang boleh bawak kereta lepas lesen L keluar. Tapi latihan amali tu tak dibuat hari yang sama. Kena pilih hari. Untuk motor pulak, 1.5jam dalam kelas and 4.5jam latihan amali di litar. Cikgu2 akan tunjuk cara untuk bawak motor dengan cara yang 'berhemah'. Well, biasanya orang awal2 je yang akan buat, dah lama2 takkan buat lagi.

Aku buat latihan amali kereta petang semalam, and Pra L motor aku sebelah pagi. So, Jumaat atau Sabtu yang akan datang, lesen L aku siap. Kenapa aku excited?? Sebab dah lama nak buat lesen, tapi asyik tak dapat je. Sedih tau. Hehehe...

Semalam dah mula bawak kereta. Best wooo... Tapi masih ada masalah dengan pengawalan stereng and clutch. Tapi cikgu yang ajar aku semalam kata aku cepat belajar. Hehehe... Suka2. Tak sabar nak tunggu lesen siap. Boleh mula belajar memandu dan menunggang. Berasa eager dan excited sangat2.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, February 17, 2011

Daarchlea

Mungkin ramai yang tak kenal dengan band Daarchea, sebab band nie bukanlah satu band yang famous. Mana aku tahu kewujudan band nie?

Aku malas nak type history dia, so just copy and paste yea.
Daarchlea is a Metal band originated from the city of Kuala Lumpur, Malaysia. Formed in early 2007, Daarchlea was the first band for each of its member. In the first stage, Daarchlea only consist of Emme and Zizie. However, in pursuit to achieve their dreams of having their own band, they searched for other members to complete the band's line up. This effort was quite complicated because it was hard to find someone who has the same interest of music that suits the band's taste and someone who can play the type of music that Daarchlea's try to delivering. Yet after a few months of searching, Daarchlea finally found it's member and had completed its lineup. One by one, each member with similar interests as Emme and Zizie had showed up. Aiem, followed by his good friend, Emiey joined Daarchlea. As the search continued, they found Ayie to take the position as the drummer. The line up almost completed except that there was one position left to be filled which was the vocalist. It wasn't easy to find someone talented and committed enough for this position. But with luck and persistence, they finally found, Firdz and pursue him to join Daarchlea as the lead singer, and as the official front man of the band. On 2009, Emiey decided to quit from the band due to other commitments, and his position was replaced by Ash. Together with Emme as the mastermind, lead guitarist and song writer for Daarchlea, this band finally consist of Firdz (Vocals), Zizie (Guitars), Aiem (Bass), Ash (Keys), and Ayie (Drums). 
Actually, band nie band kawan aku. Mula2 aku tak berapa nak paham dengan style pembawakan music diorang, tapi sebab band member, aku cuba paham kan jugak. Lama2, aku jadi seronok dengar single diorang. Yupe, diorang adalah undergorund band yang sedang meningkat naik dalam bidang Metal.

Jangan salah label diorang sebagai satu band yang memjua syaitan, kerana itu sangatlah menipu. Aku tertarik dengan latest single yang baru diorang release kepada fans diorang. Dher Phalse Mesaya. Kalau korang dengar sekadar mendengar, korang takkan faham apa yang cuba diorang sampaikan. Tips untuk dengar lagu2 Daarchlea adalah dengan mendengar sambil membaca lirik lagu tue. Itu yang aku lakukan bila dengar latest single tue. Terbaik dari Daarchlea.

Kalau korang nak dengar single nie, click here. Link nie akan direct bawak korang ke page fan Daarchlea di Facebook. Dekat situ pun ada lirik untuk singles yang pernah diorang release.

Last word from me, Best of Luck to Daarchlea. Semoga maju di masa akan datang.

p/s:motif buat entry nie?? saja nak promote band nie di samping mengisi kebosanan aku.. hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, February 13, 2011

Entry Bodoh-bodoh

Lama sudah aku tak update blog. Huhu... Nak diikutkan, tahun lepas sangat sedikit aku menulis. Hahahaha... Entry tak sampai seratus pun. Huhu... Tak pasti kenapa mood untuk update blog sangat sukar untuk datang. Jika dulu, segala yang berlaku boleh dijadikan bahan untuk dimuatkan ke dalam blog. Tapi, sekarang sangat susah untuk mencari bahan2 tersebut. Hehehe...

Actually, aku ada beberapa cerita menarik untuk dikongsikan. Tapi, aku rasa bukan untuk malam ni kot. Hehehe... Sedikit mengantuk akibat apa aku tak pasti. So, cau dulu untuk entry kali ini. Jumpa besok.

lots of love,
[Miss Eriqa]