Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, February 20, 2011

Impian Termakbul

Hurm.. Tiba2 hari ni ada rasa macam nak menulis je. Hehehe...

Topik hari ni?? Pada mana yang tak tau, sem ni aku amik lesen kereta pakej sekali dengan lesen motor. Tapi sila buat2 tak pernah baca part yang lesen motor tue ek. Sebabnya mama aku tak tau yang aku ambik lesen motor. Mati wooo kalau mama tau. Hehehe..

Sebelum cuti CNY, aku dah pergi ceramah KPP yang membosankan tu. Tanya lah pada mereka yang dah ada lesen, mesti ramai cakap ceramah KPP tue bosan. Hehehe... Tapi takdalah bosan sangat sebabnya pengajar tu buat lawak sikit2. Hehehe... Ujian teori berkomputer tu pun dah ambik sebelum balik cuti. Aku ambik masa cuti Hari Wilayah *Wilayah Persekutuan je yang cuti tau*.

Jumaat and Sabtu lepas *baru je semalam* aku pergi kelas Pra L untuk kereta [Jumaat] and motor [Sabtu]. Mesti korang pelikkan kenapa tiba2 ada kelas Pra L sedangkan aku dah lulus ujian komputer? Actually, kat tempat aku buat lesen ni, *lupa nak mentioned nama - Institut Memandu Mustika Muhibah* sebelum lesen L dikeluarkan, pelajar kena amik kelas 6 jam untuk setiap jenis lesen. Meaning, 6jam untuk kereta, and 6jam untuk motor. Tapim bukanlah exactly 6jam.

Untuk kereta, 3jam untuk pelajaran dalam kelas dan 3jam berikutnya adalah amali memandu. Memastikan yang korang boleh bawak kereta lepas lesen L keluar. Tapi latihan amali tu tak dibuat hari yang sama. Kena pilih hari. Untuk motor pulak, 1.5jam dalam kelas and 4.5jam latihan amali di litar. Cikgu2 akan tunjuk cara untuk bawak motor dengan cara yang 'berhemah'. Well, biasanya orang awal2 je yang akan buat, dah lama2 takkan buat lagi.

Aku buat latihan amali kereta petang semalam, and Pra L motor aku sebelah pagi. So, Jumaat atau Sabtu yang akan datang, lesen L aku siap. Kenapa aku excited?? Sebab dah lama nak buat lesen, tapi asyik tak dapat je. Sedih tau. Hehehe...

Semalam dah mula bawak kereta. Best wooo... Tapi masih ada masalah dengan pengawalan stereng and clutch. Tapi cikgu yang ajar aku semalam kata aku cepat belajar. Hehehe... Suka2. Tak sabar nak tunggu lesen siap. Boleh mula belajar memandu dan menunggang. Berasa eager dan excited sangat2.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: