Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, February 24, 2011

Perkahwinan Part 1

Entry aku yang ke-400 sepanjang 2tahun aku menulis. Purata dengan 200 entry untuk setahun. Hahaha... Sangatlah menipu okay. Hehehehe....

Untuk entry kali ni, aku terbuka hati untuk berbicara mengenai isu perkahwinan. Kenapa tiba2 aku terbuka hati untuk menulis mengenai isu ini? Terima kasih buat seseorang yang membuatkan aku terfikir semula satu perkara yang aku tidak mahu fikir buat masa sekarang.

Impian aku sebenarnya sangatlah besar. Well, aku rasa kebanyakan perempuan2 dekat luar sentiasa mengimpikan perkara2 yang besar. Betul tak??

Seringkali kita lihat perkahwinan yang tidak sama taraf. Ada kebahagiaan ini yang kekal dan bahagia sehingga ke akhirnya, dan ada juga perkahwinan yang tidak kekal, putus di tengah jalan. Salah satu sebab kenapa aku pernah mengatakan tidak kepada perkahwinan adalah disebabkan isu perceraian.

Dia yang aku sayang bukanlah dari golongan yang berjaya walaupun dia mampu membahagiakan aku. Aku sangat2 takut dia tidak diterima oleh keluarga aku. Sekiranya terpaksa untuk membuat pilihan, siapa yang perlu aku pilih? Dia yang membahagiakan aku atau keluarga yang membesarkan aku?

Bukan niat untuk mengeji atau mengutuk sesiapan, tetapi aku tidak mampu untuk menipu perasaan aku yang inginkan seseorang yang berkerjaya dan mampu membimbing aku. Tapi aku tau, aku bukan seorang yang baik untuk dipadankan dengan seorang lelaki yang baik.

Dia banyak berubah hanya kerana ingin membahagiakan aku. Dan aku suka dengan perubahan yang dia lakukan. Satu sikap yang aku sangat2 suka yang ada dalam diri dia, adalah sikap bertanggungjawab. Dia anak yatim. Dan dia mempunyai seorang adeq yang baru je habis SPM. Aku suka dengan sikap dia yang memikul tanggungjawab untuk menjaga adeq dia. Biarpun adeq dia dah boleh bekerja dan mencari rezeki sendiri.

Korang sendiri sedia maklum kan, sebagai seorang student masalah kewangan takkan boleh lari. Samalah macam aku. Duit pinjaman yang aku dapat tak mampu nak tanggung perbelanjaan aku dekat universiti ni. Duit pinjaman tu pun biasanya bertahan untuk 2bulan je. Kadang2 kalau aku tak rajin keluar, bolehlah tahan untuk 2bulan lebih. Nasib baik ada dia. Dia banyak tolong aku kalau aku susah. Satu sikap yang jarang aku tengok dalam diri seorang lelaki.

Sekarang, hanya padaNya aku berserah supaya kami dipanjangkan jodoh. Aku sayangkan dia. Sayang yang sangat sayang.

notatanganmenulis: out nak ke kelas.. balik kelas smbung part 2 plak..

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

princess hearty said...

ingat kan ko tulis pasal ko nak kawen..... haisya,,,,

[Miss Eriqa] said...

hahaha... lambat lagi aku nak post pasal aku kawin la... ceit...