Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, February 23, 2011

Sakit Hati

Siapa yang pakai num Maxis prepaid???? Sila angkat tangan!!!


Pernah tak korang dengar ayat macam ni
Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi.
Mesti  pernah kan. Lepas tu korang dapat satu msg dari Maxis.
RM0.05: Nombor +601xxxxxxxx yang anda panggil pada [masa] am/pm [tarikh] kini boleh dihubungi. Sila buat panggilan sekarang.
Lepas tu mesti korang akan try call balik kan?? Lepas tu, benda yang sama asyik berulang2. Bila check kredit, dari RM2.00 jadi RM1.00. Sebab apa, sebab kalau 20kali korang buat panggilan, jadi perkara macam dekat atars tue, mesti kena tolak RM1.00 kan??
RM0.05 x 20 = RM1.00
Korang sakit hati tak?? Mestilah sakit kan. Kita topup sebab nak guna call atau msg. Betul tak?? Bukan sebab nak bagi free kat Maxis kan?

Ha, itulah yang berlaku kat aku. Cuba bayangkan, aku nak call orang, urgent. Sekali kena macam tu, kalau korang, angin tak?? Mestilah angin kan??


Masa aku pakai bil postpaid Maxis pun masalah yang sama jadi. Bengang kot. Kadang2 tengah borak dengan mama pun boleh putus tiba2. Tulis status 'Connection Error'.

Aku call dari dalam UUM. Ingatkan aku sorang je yang kena, rupa2nya kawan2 aku pun sama gak. Kadang2 tu selalu terputus2. Padahal bila tengok coverage bar dekat handphone, elok je penuh. Kalau dekat KL pun sama gak. Bf yang kerja kat Pavilion pun selalu cakap benda yang sama. kadang2 perkara luar macam ni yang buat kitorang bertekak. Serius dowh, menyakitkan hati betul. Padahal Pavilion tu dalam kawasan segitiga emas KL kot.


Kepada Maxis, kalau cuma tahu nak telan duit pengguna, baik tak payah berniaga. Buat sakit hati je. Dah la coverage macam harem, lepas tu mahal pulak. Aduh, kami bayar pakai duit la. Bukan pakai daun kering kutip tepi jalan tau tak. Kalau nak caj mahal2 kepada pengguna, make sure la perkhidmatan bagus.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: