Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, March 12, 2011

Fesyen Bertudung Zaman Moden

Malam ni ada rasa nak menulis selepas melihat sekeping gambar yang di post di Facebook. Mengenai apa?? Korang bacalah dulu ya.

Aku sedar aku sendiri bukan lah seorang manusia yang sempurna pakai, iman, malah ada masa aku rasa aku manusia yang terlalu jahil tentang agama.. Tapi apa yang aku ingin komen di sini adalah berdasarkan pendapat aku.

Terdetik menulis mengenai perkara ini bukan disebabkan ingin menyokong beberapa entry yang pernah di post kan oleh blogger2 terkenal, malah sampai satu tahap, aku tak pasti kenapa diorang rasa blogger2 yang famous tu punya entry menarik. Eh2.. Ini sudah lari topik.

Berbalik pada topik yang ingin aku kupas, sebelum panjang lebar aku tulis, aku describe sikit mengenai fesyen2 tertudung yang sering kita lihat zaman sekarang. Andaikan semua fesyen di bawah adalah dipadankan dengan fesyen2 bertudung zaman moden yea.
1. Blaus pendek paras separuh peha yang dipadankan dengan legging cotton.
2. Blaus berkemban yang bergetah di bahagian dada diapadankan dengan inner cotton.
3. Singlet tali halus dipadankan dengan inner cotton atau T-shirt di bahagian dalam.
4. Baju cotton putih yang jarang.
5. Jeans low-cut yang bila duduk nampak lurah kat belakang.
Sebenarnya, banyak lagi fesyen yang ada sekarang. Tapi, aku malas nak type semua. Huhu...

Bagi aku, bila diorang ni berpakaian sebegini, tetapi bertudung atau berselendang, jujur aku cakap, baik tanggal je tudung tu. Korang nak tengok gambar2 yang aku cakap memalukan???


Korang rasa kat sebelah tu siapa?? Suami ke boyfriend???? Aku rasa suami, tapi tak malu ke suami dia bila lelaki lain pandang apa yang halal bagi dia dan apa yang haram bagi mereka???


Better cabut je tudung tu.


Aku dah kurang bersukan sebab sekarang aku dah taknak bukak tudung. Kenapa?? Bila aku bersukan, aku tak boleh pakai tudung. Kepala aku tak boleh panas berbahang akibat terkurung. Nanti aku senang nak kena serang dengan migrain. Sebab tu setiap kali aku bersukan atau buat apa2 yang boleh buat aku berpeluh dengan tahap yang sangat banyak, aku akan bukak tudung. Lagipun aku suka pakai tracksuit and T-shirt yang aku lipat lengan ke atas sampai paras bahu bila nak bersukan.


Gambar ni memang famous satu masa dulu. Even sampai sekarang kot aku rasa. Cuma aku tak pasti dari mana gambar ni. Aku Googling, dapat gambar ni. Huhu...

Kenapa aku nak kongsi dengan korang? Sebab aku juga seorang perempuan yang bertudung. Aku masih boleh terima kalau perempuan tu pakai jeans ketat, atau baju ketat. Tapi fesyen di atas??? Memalukan mereka yang bertudung dan betul2 menjaga aurat.

Tak aku nafikan, aku bukanlah seorang yang baik untuk menasihati mereka yang lain, tapi korang kena faham lah. Disebabkan korang, kitorang yang tak terbabit pun boleh jadi malu tau. Sekarang ni, aku lebih suka pakai jeans dan T-shirt biasa je. Dah malas nak bergaya lebih2. Hahaha... Kadang2 aku keluar pakai T-shirt lengan pendek je. Ha, cakap pasal lengan pendek, ini satu lagi. Pernah tak korang tengok perempuan pakai tudung dengan baju lengan pendek yang tahap boleh nampak ketiak??? Macam tu pun, baik tak payah pakai tudung.

Kalau pakai lengan pendek ala2 macam T-shirt lelaki, aku tak kisah. Sebab takda la pendek mana pun. Tapi, kalau dah sampai tahap boleh nampak bulu ketiak yang ko dah lama tak buang, eeeuuuwwww!!!! Geli + nak muntah aku. Hahaha... Sorry la kalau ada yang terasa, sebabnya aku memang mulut lancang berkata2. Huhu... Ha, satu lagi. Malu sangat sebab kebanyakan yang buat entry pasal perempuan bertudung macam nie adalah LELAKI!!!!! Korang tak malu ke??? Aku malu kot!!!!

End of story and the conclusion??? Bawak2 la ubah sikit gaya pakaian korang tu. Kalau tak sanggup nak pakai tudung labuh and jubah sepanjang masa, at least biarlah nampak sopan sikit gaya tu. Sampaikan kadang2 aku rasa, non-Muslim pun akan pelik dengan cara kita berpakaian.

p/s:maaf kalau ada yang terasa, sebabnya aku memang lancang berkata2....dan gambar2 di atas adalah ihsan dari ENCIK GOOGLE yea...so no saman2 atas sebab mengaibkan diri sesiapa okay.....dan ini juga sebagai satu peringatan pada diri aku supaya janganlah berpakaian sedemikian....

lots of love,
[Miss Eriqa]

4 comments:

princess hearty said...

terbaek..:))

[Miss Eriqa] said...

malu seyh... baca punya baca.. banyak entry dari laki je...

Cutiesifa said...

agree with you...

skrg dah banyak sgt fesyen yang lawa tapi kena disesuaikan dgn girl yg bertudung..bagi sy if pakai baju n inner still okay but not with legging lah..lawa nanye bila tgk orang pakai tapi cam x sesuai pulak rasa..better pakai jeans lagi, even ikut bentuk jugak, but still x lah teruk sgt cam legging..pendapat sy je :)

p/s: follow u kat twitter :)

[Miss Eriqa] said...

huhu... actually.. malu tau bila kebanyakannya lelaki yang buat entry pasal nie.. kita pun bukan sempurna sangat nak tegur orang.. tapi kita tegur sebagai satu peringatan kepada diri sendiri...

p/s:follow u back... =)