Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, March 22, 2011

Konsep Persahabatan Aku

Terdetik untuk menulis bila seorang kawan update status di FB tentang macam mana nak berkawan dengan seseorang. Terdetik untuk menulis bila dia terkejut bila aku bagitahu, dengan konsep persahabatan yang aku praktikkan, persahabatan yang paling lama aku pernah kekalkan adalah berusia 16tahun. Kalaulah bersahabat boleh melahirkan anak, anak aku dah remaja dah pun. LOL!!

Okay back to topic. Macam mana aku kekalkan persahabatan selama 16tahun dan sehingga kini aku masih lagi kekal menjadi sahabat dan menjadi kawan dengan dia? Aku kongsi rahsia dengan korang, tapi terpulang lah pada korang untuk ikut atau untuk anggap ini sebagai satu kata2 biasa saja. Sekadar berkongsi pengalaman aku saja. Dan please, ini adalah melalui pengalaman yang aku lalui sepanjang aku menjadi rapat dengan seseorang.

Untuk mencari kawan memang senang. Tetapi untuk mengekalkan persahabatan yang dibina untuk satu tempoh masa yang panjang adalah susah. Sebab, macam percintaan, persahabatan pun ada pasang surut dalam perhubungan.
1. Kenali sikap dan perangai dia dalam tempoh memupuk persahabatan.
Kenapa aku kata kita kena kenal dulu sikap dan perangai dia? Manusia punya ragam yang pelbagai. Takda manusia yang sama perangai dan sikapnya. Dan kadang2, perangai yang ditunjukkan adalah tak pernah sama antara 2insan yang berbeza. Dengan kita sebagai seorang kawan baru, mungkin dia akan menjaga tertib dan kelakuan supaya kita senang untuk berkawan dengan dia. Tapi, pabila dia dengan kawan2 yang dah lama kenal dia, perangai dia akan totally berbeza. Dan kadang2 kerana ini lah kenapa persahabatan yang terbina baru 2,3 tahun mudah rapuh dan akhirnya berakhir dengan permusuhan.
2. Beri masa dan ruang untuk dia bersendiri.
Serapat mana kita dengan kawan2, kita kena ingat, tak semua perkara yang dorang nak kongsi dengan kita. Kita sebagai seorang kawan, tak boleh memaksa dia untuk bercerita segalanya dengan kita. Jika kita kadang2 inginkan masa untuk bersendirian, samalah dengan dorang. Mungkin masalah diorang terlalu peribadi untuk dikongsi bersama.
3. Cuba meletakkan diri sendiri di tempat kawan yang sedang dilanda masalah.
Kita boleh menasihati, kita boleh meluahkan, tapi sentiasa ingatlah yang kita tidak boleh sekadar menasihati dan mendengar. Cuba letak diri sendiri di tempat kawan2 korang kalau dorang tengah masalah. Cuba faham masalah yang dorang hadapi sebelum kita bagi nasihat. Takut kadang2 nasihat yang kita bagi memburukkan keadaan.
4. Simpanlah rahsia kawan sebaik yang boleh.
Bila kita dah lama berkawan, kita mula akan rasa yang dia seorang yang boleh dipercayai. Sebab tu lah, kalau boleh kita kena simpan rahsia dan cerita2 dari kawan2. Ketahuilah, kalau perkara ini terjadi memang susah untuk persahabatan itu kembal mesra seperti dahulu.
Rasanya itu je kot yang aku mampu fikirkan untuk dikongsikan. So, rehat sejenak, renungkanlah kembali persahabatan yang pernah, sedang dan akan korang lalui. =)

lots of love,
[Miss Eriqa]

1 comment: