Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, March 13, 2011

Persahabatan Itu Indah

Tergerak hati untuk menulis mengenai sahabat. Sebelum apa2, aku buat nak buat entry menyentapkan sesiapa okay.

Bila aku sorang, aku selalu terkenang saat aku gembira bersama2 dengan sahabat2 yang aku sayangi. *sudah, skema aku kembali dalam penulisan*


Sahabat, kawan, rakan, member. Semua membawa kepada satu maksud yang sama. Seseorang yang mempunyai hubungan persahabatan yang erat dengan kita. Jujur aku katakan, aku tidak banyak kawan rapat yang betul2 mengenali siapa aku sebenarnya. Dan aku bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka.

Walaupun ada masa aku berasa sangat jauh dengan diorang, tapi aku sedar dan aku cuba untuk berfikiran matang. Aku sentiasa berkata, menjadi seorang rakan rapat bukan bermaksud kita patut mengetahui segalanya tentang hidup dia.


Dulu yea, aku sangat terasa bila diorang tidak mahu berkongsi masalah, berkongsi cerita dengan aku. Tapi bila aku semakin meningkat dewasa, semakin matang dalam pemikiran, aku mulai sedar, aku tidak patut rasa begitu *kadang2 terasa gak*.

Diorang perlukan masa untuk diorang sendiri. Masa yang mana kita dianggap sebagai orang luar. Yea, aku juga begitu. Tidak mahu berkongsi masalah, tidak mahu berkongsi derita, tidak mahu berkongsi cerita. Tetapi, aku sedar, aku masih punya mereka sebagai kawan. Terima kasih sahabat.

Aku sedar, aku mengerti, tiada apa yang lebih baik, dari memahami masa dan ruang yang mereka perlukan sebagai seorang insan biasa. Dan kini, aku mula kenal erti bahagia mempunyai mereka sebagai kawan.

Rindu saat-saat yang pernah berlalu,
Mecaari kebebasan dalam erti kata sendiri,
Mencari secebis memori untuk kita lalui bersama,
Mengikat kita menjadi lebih bahagia.
Ada masa, ada ketika,
Kau dan aku bagaikan orang asing,
Kau punya kehidupan sendiri,
Aku perlukan ruang tersendiri.
Namun,
Itu semua tidah pernah menjarakkan kita,
Malah menjadikan kita semakin rapat dalam persabahatan,
Dulu aku khilaf,
Membuatkan persahabatan longgar,
Membuatkan kesedihan itu sebagai teman aku.
Tapi kini,
Aku bahagia punya kamu sebagai kawan,
Aku gembira kamu ada di sisi,
Dah sesungguhnya,
Akan aku simpan kenangan itu dalam ingatan,
Tersimpan kemas di sudut hati.
TERIMA KASIH SAHABAT.

p/s: aku rindu kamu semua!!!!!!

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: