Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, March 18, 2011

Sedihkan Aku

Tengah serabut buat assignment yang harus dihantar besok dan lusa.  Sila jangan kata aku suka buat kerja last minute -padahal meman betul pun- sebab kali ni, aku tak buat last minute. Aku stuck dekat area executive summary which aku tak tahu nak buat macam mana. Dah petang2 macam ni, memang aku tak rasa nak sambung. Sambung malam lah.

Lama rasanya tak menjengah blog2 follower. Dan lama juga aku rasa aku tak update. Kenapa? Aku rasa semester ni paling busy. Assignment sangat2 memenatkan, tapi aku sedar, takkan ada peluang lagi untuk ber'twitter' bersama2 Lah, Afy, Mek Lin selepas habis study di UUM. Hurm...


Kenapa tiba2 ada gambar kek hari lahir ni?? Birthday sesiapakah hari ini??

Terlintas untuk menulis mengenai sambutan hari lahir. Kenapa?? Jujur aku katakan, aku tak pernah melalui celebration sewaktu zaman student. -nampak macam aku takda kawan yang nak celebrate sekali kan??- Bila aku join celebration -lebih kepada mendajalkan birthday boy@girl-, selalu terdetik di hati nurani,

'Kenapa aku tak pernah merasakan keadaan ini?? Kenapa aku harus meraikan keceriaan orang lain tapi tiada siapa yang ingin meraikan keceriaan aku??"
Mungkin ramai akan cakap,
'Ala, birthday je pun. Itu pun perlu touching ke??'

Tak, aku tak pernah touching. Aku tak pernah sentap dengan keadaan sebegini. Dan aku tidak pernah mengharapkan keadaan sebegini. Kenapa?? Biarlah orang cakap, aku old fashion. Tapi aku suka dengan kehidupan aku. Sambutan sebegini memang tidak aku inginkan. Cukuplah ucapan ikhlas dari kawan2 rapat. Itu lebih bermakna. Sekurang2nya aku masih punya kawan yang mengingati hari lahir aku.
'Ala, nak sedapkan hati je tu."
Tidak. Bukan cara itu menyedapkan hati aku. Jujur aku katakan, aku lebih senang terasa dan lebih senang terasa hati bila kawan2 rapat aku lupakan hari lahir aku. Tapi, aku tak pernah mengungkit. Dan mereka mungkin mengetahui dari entry ini.
'Kenapa harus menulis jika tidak pernah mengungkit??'
Ini tempat aku meluahkan perasaan. Perkara yang tidak mampu aku sampaikan secara terus kepada mereka. Tidak. Aku tidak menguungkit. Tetapi menghargai mereka yang mengingati tarikh kelahiran aku. Terima kasih buat kalian. =)

Ada perkara yang kita tak mampu untuk berterus terang. Dan ada perkara yang tidak mampu untuk kita perkatakan kepada mereka.

p/s: sebab sebenar kenapa aku tak pernah rasa...aku tak suka.. buat apa nak berhuhaha...sedangkan lebih elok kalau kita ucapkan terima kasih kepada ibu@mak@mama@mummy@umi yang melahirkan kita...sebab mereka sanggup bertarung nyawa untuk membenarkan kita merasai hidup di duniawi.....
Terima kasih Mama!!
lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: