Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, March 02, 2011

Skema atau Poyo?

Tiba2 malam ni terasa untuk kembali menulis. Tapi bukan sambungan entry Perkahwinan yea. Entry lain pulak.

Tajuk entry best kan?? Skema atau poyo. Kenapa tiba2 aku rasa ingin menulis mengenai hal ni? Sebab ada kaitan dengan aku lah aku rasa nak menulis. Haiya...

Aku tak tau apa perception orang mengenai aku. Sebab bagi aku, orang yang tak kenal aku akan berkata yang macam2 mengenai aku. Even kawan2 aku sekarang macam tu. Kalau korang semua nak tahu, apa yang orang fikir tentang aku sewaktu mula2 nampak aku akan berubah *walaupun bukan 100% tapi adalah sampai 80%*. Kenapa?? Tanya diorang lah, kalau tanya aku memang tak dapek den nak jawab.

Mungkin takkan percaya cakap aku bila aku cakap aku skema. Kenapa?? Entahlah. Bagi aku ada perkara yang kita kena ikut rules, dan ada perkara kita kena break the rules. Jangan tanya kenapa lagi boleh tak?? Malas nak bagi jawapan. Baca sampai habis baru tanya yea.

Mengikut rules yg ditetapkan bukan bermaksud kita skema. Kalau macam tu, bagi yang Islam, kalau kita ikut rules yang kita perlu lakukan dalam kehidupan seharian, itu bermaksud kita skema kah?? Takkan??

Aku tak cakap aku jenis budak2 nakal yang selalu break the rules *walaupun memang aku selalu buat*, tapi ada masa orang akan nampak aku seorang budak yang skema. Ada masa aku tak suka langgar rules sebab aku takut. See, aku baik kan?? Tapi kalau aku rasa aku memang dah tak boleh nak ikut rules tue, ko saman lah macam mana pun, aku tetap akan buat balik. See, budak nakal kan aku??

Ha, kenapa aku cakap pasal skema je sedangkan tajuk aku ada POYO. Aku pun tak pasti dari mana asal perkataan poyo ni. Bagi aku, poyo ni lebih kurang macam perasan bagus la. Tapi jujur, memang aku tak suka dengan budak2 jenis yang macam nie *aku pun kadang2 sama* sebab bagi aku, simpan2 lah ke'bagus'an korang tu. Buat apa nak dipertontonkan.

Conclusion, aku lebih suka jadi skema dari jadi perasan bagus. Heheh...

Quote for the day,
Live like an angel, doesn't mean u are an angel,
Live like a devil, doesn't mean u r a devil,
Live in a way of Islam, it means u r a Muslim,
Don't try to run from it,
As it it our ways to live happy and bless by Allah SWT.
lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: