Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, April 29, 2011

Warkah Buat Kamu, Sayang

Buat yang tersayang,

Andai warkah ini hadir di kala keretakan dalan perhubungan kita, maafkanlah aku kerna menjadi penyebabnya. Tidak pernah terdetik di hati untuk melukai hati kamu, apatah lagi menyakiti dan membuatkan ianya berdarah. Ingin sekali aku hadir di sisi kamu, menyembuhkan luka yang berdarah itu. Namun, jarak dan masa memisahkan kita.

Sayang,
Andai masa kini masih boleh bertikam lidah, merumitkan keadaan, bagaimana pula andai kata kita membina sebuah hubungan yang halal di sisiNya? Mampukah kamu memahami keadaan aku kelak? Aku punya impian untuk aku gapai, satu impian untuk aku berjaya. Bukan hanya berjaya di masa kini, namun aku inginkan sebuah kejayaan yang mampu aku banggakan suatu ketika masa nanti. Tidak sesekali aku ingin menjadikan kamu sebagai penghalang untuk aku menggapai impian itu. Inginkan aku banggakan kamu di mata bakal anak2 kita kemudian hari.

Sayang,
Aku berubah kerana keperihatinan kamu terhadap aku. Membuatkan aku semakin menghargai kehidupan aku pada masa kini. Aku ingin terus bersama kamu, membina kejayaan dalam kehidupan berkeluarga, dan bukannya semata2 kejayaan dalam kerjaya aku kelak. Aku inginkan satu kehidupan yang senang buat kita berdua. Tidak bermaksud ingin merendah2kan kemampuan kamu dan tanggungjawab yang bakal kamu galas, tapi aku ingin turut serta dalam membantu kamu. Itu adalah bakal kehidupan kita berdua, tidak mungkin aku akan menggalaskan segalanya pada bahu kamu.

Sayang,
Aku harap kamu mengerti. Aku tidak mampu untuk mengulangi masa lampau. Membahagiakan kamu setiap masa seperti dahulu, biarpun sekuat masa harapan aku agar dapat aku menjadi seperti dahulu. Aku bukanlah seorang insan yang mampu bergantung pada kamu setiap masa. Aku adalah insan yang ingin berdikari tanpa bantuan sesiapa. Bukan bermaksud ingin membuang kamu dari sebahagian hidup aku. Aku mohon sedikit pengertian buat kamu bahawa aku tidak mampu untuk terus menjadi seperti dulu. Aku mengerti andai kata pertelingkahan antara kita akan terus berlaku, namun aku terima kemarahan kamu dengan hati yang terbuka. Kerana aku yang menjadikan kamu seperti mana kamu sekarang.

Sayang,
Janganlah dikhuatiri tentang perasaan aku. Tidak pernah berubah dari saat aku menyayangi diri kamu, dari saat aku mencintai diri kamu. Biarpun aku kerap mengabaikan kamu, aku harap seribu pengertian bahawa itu adalah masa2 untuk aku bersendirian. Bukan aku tidak perlukan kamu dalam kehidupan aku, malah kamu adalah insan yang amat aku sayangi,

Sayang,
Sekali lagi kemaafan aku pohon dari kamu kerana mengabaikan kamu, melupakan kamu kala aku bersama sahabat2 aku, melukai hati kecil kamu dengan tingkah laku yang aku sendiri sesalkan. Ingin sekali aku putarkan kembali saat2 dahulu, namun aku sedar aku tidak mampu. Dan untuk menjadi seperti dahulu juga tidak mampu, kerana aku meletakkan cinta di tempat ketiga selepas kerjaya dan keluarga aku. Namun, kamu insan kedua aku sayangi selepas keluarga yang aku miliki sekarang. Aku mengharapkan pengertian kamu.

Sayang,
Aku akan terus cuba untuk menjadi yang terbaik buat kamu, kerana tidak sesekali aku ingin kamu bersedih. Aku sayang yang teramat sangat pada kamu, cinta yang teramat mendalam buat kamu, dan rindu yang tidak pernah luput dari perasaan kecil aku ini. Sayang kamu selalu.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, April 18, 2011

First Time

Satu pengalaman yang berharga. Buat pertama kalinya, aku menderma darah. Yezzzaaa!!!! Lepas jugak kali ni. Sebelum nie tak lepas, so jadi macam malas nak derma dah. Tadi gagahkan jugak diri pergi untuk suka2. Hehehe... Akhirnya lepas jugak. Suka2..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, April 12, 2011

My Cake


This is my cake for yesterday... Sangat sedap tau... =)

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thanks To All ^_^

Hurm... What should i say??? Happy or touched or both???

Birthday aku hari sabtu lepas. Well, disebabkan takda siapa nak celebrate, aku sambut birthday aku dekat Mustika Muhibah. Hahaha... Aku pergi belajar motor and kereta sebab on 11 April aku ada test JPJ untuk lesen P. Dah la straight dari kelas. Hehehe... Lepas balik dari latihan, aku balik bilik and tukar baju untuk ke Changlun bersama Mimie. Lepak and hangout di Changlun sampai pukul 7. Dan terus balik ke bilik. Sangat bosan kan birthday tahun ni.

Semalam 11 April aku ada test JPJ untuk lesen P. Itu aku cerita kemudian lah, bila dah dapat lesen P yang betul2. Hehehe... Balik dari test pukul 5, Sponge ajak aku ke Changlun sebab dia nak beli air and nak belanja aku makan. Suka2. Pergi around pukul 6. Sampai Changlun terus pergi makan dulu di C Kopitiam depan C-Mart.

Makan macam biasa, tapi terkantoi disebabkan oleh seorang kak waitress yang agak sengal bertanya terang2an bila nak bawak masuk kek. Aku macam dah boleh agak, tapi buat2 tak tau. And tengah2 makan, tunggu jugak la, bila kek nak sampai. Ingatkan kek coklat yang biasa sebab just mak makan untuk 3orang je. Sekali, special cartoon cake. Waaaa!!!! I'm so touched. Mimi pandai pilih kek. Hehehe.. Lepak makan sampai dekat2 pukul 8, karaoke sejam and terus balik. Balik bilik, aku lepak cafe. Disebabkan cake banyak lagi (separuh) aku jamu rumate aku and member2 aku makan kat cafe SD.

Masa karaoke, Kak Wanie call, kata nak datang print. Tunggu punya tunggu, pukul 1130 baru akak aku datang bilik. Saya sangat mengantuk waktu itu sebab seharian penat di luar. Akak mengadu pendrive hilang akibat terjatuh. Aku dapat agak macam akan ada yang berlaku. get ready siap2. Memang betul un. Kena mandi dengan tepung malam tadi. Uwa!!!! First time kena sepanjang life aku. Hahaha... And aku dapat lagi sebijik kek malam tue. Surprise diorang pun tak menjadi sebab Wan dah kantoikan yang dia pergi beli kek untuk aku sebab Mira and Kak Wanie mintak tolong. Hehehe...

Yea, Aku rasakan tahun nie paling meriah. Sangat seronok dengan sambutan dari kawan2.

Buat Mimie and Sponge, walaupun surprise korang tak menjadi, tapi kek yang dipilih memang dapat buat aku terkedu sebentar. Hehehe... Thanks sangat2 walaupun lewat sehari kita sambut birthday aku.

Buat Kak Wanie, Yong, Mira, Eng n Kak Hawa, thanks sebab sanggup prank aku malam tadi dengan tepung. Tahniah sebab jadi yang pertama dapat prank aku. A million thanks.

Pada mereka yang wish, terima kasih sangat2 walaupun ada yang lewat. Terima kasih buat semua. Sayang korang ketat2.

p/s:gambar kena tunggu upload di FB oleh Sponge and Mimie... =)

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, April 10, 2011

Untitled in Life

22 years ago, a girl was born at night. Having difficulties to deliver the baby due to size of the baby, but her mother was strong enough to make it happened. Thus, she still standing here in this world, watching the sun to rise, the rain to drop.


The girl was me. Today was my birthday, yet, I don't feel like to celebrating it. Birthday for me just another year, telling yourself that you are getting older, getting matured, getting more independent. Another year had come, adding the number of my age. Nothing special for my birthday. Nothing much to do.

Life as a student, I never felt the enjoyable of it. It just another task, anther path to take in order to achieve my dream. Yet, I met my BFF here. Friends that I can depend on, telling stories of my life, problems I need to faced, happiness that come in my life.

Who will remember my birthday?? No one I guess. There are people who will remember my birthday, thanks to reminder in FB and handphones. Every time the date come, I always thinking of people who honestly remember my birthday without any reminders. Is there anyone of your out there?

I never celebrate my birthday. Just wishes form friends and loved one. Sometimes, I felt so pathetic, letting someone know its my birthday today. I guess, I'm just nobody in their life. Yeah, I'm just nobody. Just a friends to chit-chat, a daughter, a sister to them. There is n o value of having me in their life. *yes, i'm a girl who had a negative thinking*

Well, don't feel like to continue typing for this entry. Just wanna wish myself,


Happy 22nd Birthday,
Fadzlin Nur'Ain @ Miss Eriqa
May all my dreams come true,
May happiness, joyful comes to my life,
May sadness, sorrow go far away from my life,
May Allah bless me always,
And last,
Thanks mama for giving me chance to see the world, to learns about life.
Thanks friends for cheering up my life.
Thanks sayang for being there at my side whenever I need you.
Love all of you.



lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, April 08, 2011

Untitled

Hari yang sangat stress.
Jangan ditanya kenapa.
Tak rasa untuk bertemu orang lain.
Inginkan masa bersendirian.
Tapi aku perlukan seseorang.
Sangat2 perlukan seseorang.
Seseorang yang mengetahui kisah hidup aku.
Seseorang yang mengenali aku luar dan dalam.
Tapi persoalannya, SIAPAKAH???

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, April 02, 2011

Untitled

Saya sayang awak.


Saya rindu awak.
Tolonglah maafkan saya.


Saya cuma nak dengar suara awak semula.
Jiwa saya tak tenang bila bergaduh dengan awak.
Tak mampu nak tahan air mata dari menitik.


Tak mampu nak terus menunggu.
Awak, maafkanlah saya.
Saya cuma nak awak.
Saya sayang awak........
MAZLAN SHAH

lots of love,
[Miss Eriqa]