Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, April 29, 2011

Warkah Buat Kamu, Sayang

Buat yang tersayang,

Andai warkah ini hadir di kala keretakan dalan perhubungan kita, maafkanlah aku kerna menjadi penyebabnya. Tidak pernah terdetik di hati untuk melukai hati kamu, apatah lagi menyakiti dan membuatkan ianya berdarah. Ingin sekali aku hadir di sisi kamu, menyembuhkan luka yang berdarah itu. Namun, jarak dan masa memisahkan kita.

Sayang,
Andai masa kini masih boleh bertikam lidah, merumitkan keadaan, bagaimana pula andai kata kita membina sebuah hubungan yang halal di sisiNya? Mampukah kamu memahami keadaan aku kelak? Aku punya impian untuk aku gapai, satu impian untuk aku berjaya. Bukan hanya berjaya di masa kini, namun aku inginkan sebuah kejayaan yang mampu aku banggakan suatu ketika masa nanti. Tidak sesekali aku ingin menjadikan kamu sebagai penghalang untuk aku menggapai impian itu. Inginkan aku banggakan kamu di mata bakal anak2 kita kemudian hari.

Sayang,
Aku berubah kerana keperihatinan kamu terhadap aku. Membuatkan aku semakin menghargai kehidupan aku pada masa kini. Aku ingin terus bersama kamu, membina kejayaan dalam kehidupan berkeluarga, dan bukannya semata2 kejayaan dalam kerjaya aku kelak. Aku inginkan satu kehidupan yang senang buat kita berdua. Tidak bermaksud ingin merendah2kan kemampuan kamu dan tanggungjawab yang bakal kamu galas, tapi aku ingin turut serta dalam membantu kamu. Itu adalah bakal kehidupan kita berdua, tidak mungkin aku akan menggalaskan segalanya pada bahu kamu.

Sayang,
Aku harap kamu mengerti. Aku tidak mampu untuk mengulangi masa lampau. Membahagiakan kamu setiap masa seperti dahulu, biarpun sekuat masa harapan aku agar dapat aku menjadi seperti dahulu. Aku bukanlah seorang insan yang mampu bergantung pada kamu setiap masa. Aku adalah insan yang ingin berdikari tanpa bantuan sesiapa. Bukan bermaksud ingin membuang kamu dari sebahagian hidup aku. Aku mohon sedikit pengertian buat kamu bahawa aku tidak mampu untuk terus menjadi seperti dulu. Aku mengerti andai kata pertelingkahan antara kita akan terus berlaku, namun aku terima kemarahan kamu dengan hati yang terbuka. Kerana aku yang menjadikan kamu seperti mana kamu sekarang.

Sayang,
Janganlah dikhuatiri tentang perasaan aku. Tidak pernah berubah dari saat aku menyayangi diri kamu, dari saat aku mencintai diri kamu. Biarpun aku kerap mengabaikan kamu, aku harap seribu pengertian bahawa itu adalah masa2 untuk aku bersendirian. Bukan aku tidak perlukan kamu dalam kehidupan aku, malah kamu adalah insan yang amat aku sayangi,

Sayang,
Sekali lagi kemaafan aku pohon dari kamu kerana mengabaikan kamu, melupakan kamu kala aku bersama sahabat2 aku, melukai hati kecil kamu dengan tingkah laku yang aku sendiri sesalkan. Ingin sekali aku putarkan kembali saat2 dahulu, namun aku sedar aku tidak mampu. Dan untuk menjadi seperti dahulu juga tidak mampu, kerana aku meletakkan cinta di tempat ketiga selepas kerjaya dan keluarga aku. Namun, kamu insan kedua aku sayangi selepas keluarga yang aku miliki sekarang. Aku mengharapkan pengertian kamu.

Sayang,
Aku akan terus cuba untuk menjadi yang terbaik buat kamu, kerana tidak sesekali aku ingin kamu bersedih. Aku sayang yang teramat sangat pada kamu, cinta yang teramat mendalam buat kamu, dan rindu yang tidak pernah luput dari perasaan kecil aku ini. Sayang kamu selalu.

lots of love,
[Miss Eriqa]

1 comment:

Adeela Oh Lala said...

wahhh.. nice entry ! HIHI.. :p